Kajang memang cukup popular dengan Sate, yang mana ianya telah diiktiraf sebagai salah satu dari jenis makanan warisan di negeri Selangor. Tapi, tahukah korang bahawa di Kajang mempunyai sebuah Galeri Sate ?. Walaupun sudah berapa tahun duduk di kajang, MY sendiri tak pernah tahu akan kewujudan Galeri Sate Kajang. Ianya terletak bersebelahan dengan medan sate lama yang mana tidak jauh dari Medan Sate Haji Samuri.
Sempena program Eat Travel Write anjuran Gaya Travel yang lepas, MY dan rakan media berkesempatan untuk datang ke Galeri Sate Kajang dan mempelajari mengenai sejarah sate di negara kita.
"Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19."
Di sini korang akan dapat mengetahui secara lebih mendalam bagaimana sejarah sate di negara kita mula berkembang dari tahun ke tahun. Galeri Sate Kajang beroperasi setiap hari Sabtu hingga Khamis dari 11 pagi hingga 8 malam. Waktu rehat pada 3 petang hingga 4 petang. Setiap hari jumaat Galeri Sate Kajang akan tutup. Masuk adalah PERCUMA!







12 تعليقات
wah..sampai ade galeri tuh..
ردحذفtau takpe
حذفkerajaan selangor serius sampai buat galeri ya
ردحذفgaleri ni sebenarnya dah lama. cuma kita tak tahu kewujudan dia
حذفsate memang sedap, untunglah selangor buat jadi makanan warisan
ردحذفdiorang kena lebih serius huhu
حذفMV yang dah lama bertapak di bangi pun tak pernah pergi lagi galeri tu...masa makan sate kat samuri kajang pun tak terdetik nak pergi tengok sejarah...hihi
ردحذفnanti boleh singgah la.
حذفNak pergi gak kalau ada org nak belanja..
ردحذفTak tahu tentang kewujudannya walaupun suka makan satay... ��
ردحذفsatay kajang memang popular dan saya teringin nak makan
ردحذفbaru pekena semalam.. hihii
ردحذف