Tips Pilih Buah Tembikai Yang Manis Dan Baik | Cara Beli Buah Tembikai Yang Elok | Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
Kata orang Buah Tembikai sebenarnya ada jantan dan betina. TEMBIKAI BETINA lebih besar daripada TEMBIKAI JANTAN. Cara mengenal buah tembikai jantan atau betina senang je, anda perlu lihat JALUR yang terdapat pada buah tembikai tersebut. Jika jalur buah tembikai tersebut kecil, maka jantanlah, dan kalau jalurnya lebar ,betinalah buah tembikai itu.
Jadi petuanya, PILIHLAH Buah Tembikai BETINA, sebab yang betina, manis dan kurang biji benih. Tak macam jantan, benih je banyak, tapi tak manis pun.
- Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin
- Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya
- Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah
- Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air. Warna buahnya hijau yang menarik dan bentuk buahnya sekata kiri dan kanan (simetri)
- Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih
- Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.
Maklumat tambahan mengenai Buah Tembikai: Di KELANTAN buah Tembikai dikenali sebagai Timun Cina.





14 تعليقات
wahh tips yang baik :) thanks
ردحذفWahh info sgt berguna.. Sy cuma tau yang main ketuk tu jer.. Dulu beli yang tak nak berat sgt.. Sbb timbang nanti harga makin mahal haha
ردحذفsedap plak tgk buah timun ni..rasa nk p cari skang je..:)
ردحذفbuat air tembikai sedap nihhhhhhhh
ردحذفharga tembikai mahal.. hurm
ردحذفorg trganu panggil timun cina gak..hihi
ردحذفtips bagus ni.. selama ni beli asyik tepuk2 tembikai jer.. huhuhu motip apa tak tahu.. :p
ردحذفbukan org kelantan ckp timun kan madi..
ردحذفya sis, timun cina
حذفok aku tak tau pape pasal tembikai. tau makan je
ردحذفSaya selalu beli buah tembikai. Biasanya saya jentik dahulu untuk mengetahui isinya merah mekar atau merah pucat.
ردحذفTerima kasih bro berkongsi tip.
wahhh baru tau caranya begini rupanya...
ردحذفbaru tahu cmni tipsnya...tq
ردحذفSUNBLOCK TERBAIK DI WATSON
Terimakasih info dan tipsnya sangat membantu,.
ردحذف