Alhamdulillah buat pertama kali dalam sejarah wa membuang undi. Menjalankan tanggungjawab untuk negara tercinta. Rasa cuak, gementar, excited , gemuruh, semua ada. Memang ini kalilah untuk wa lakukan .

Tahun ni wa berpeluang membuang undi di negeri tanah tumpah darah ku, Kelantan. Dimana mencari pemimpin untuk Parlimen Machang dan Dun Kemuning. Sangat meriah dan teruja, tambah pula buat pertama kali diberi peluang dan layak untuk mengundi.

Sini bukti yang sempat wa ambil selepas beberapa minit membuang undi. Ya dakwat kekal "kekal tapi tanggal"

Wa rasa dakwat kekal ni perlu kajian terperinci untuk menjamin ketelusan dalam PRU Malaysia .  
Ini cadangan ke soalan? Ya ini cadangan :)