Air cetek di Air Terjun FRIM, Kepong | FRIM ( Forest Research Institute Malaysia ) membuka  peluang kepada kita yang gemarkan alam sekitar untuk mempelajari lebih lanjut tentang hutan dan pada masa yang sama bersantai di persekitaran yang tidak tercemar. Selain daripada itu, FRIM boleh dijadikan tapak untuk pelbagai aktiviti seperti hari keluarga, perkhemahan, dan lain-lain lagi. 

Kehadiran kami warga blogger ke sini dengan tujuan untuk menikmati keindahan alam semulajadi memang berbaloi-baloi. Dengan kemudahan yang disediakan (tandas baru siap) amat menyenangkan hati sapa-sapa yang selalu ada masalah untuk berhajat. hihihi.

Tapi agak kecewa sedikit bila paras airnya haya sampai di bahagian betis wa aja. huhu . Malas nak naik tinggi-tinggi. Kami berfikiran positif, mungkin ini salah satu dari sistem keselamatan yang FRIM buat supaya tiada kes lemas di sini =.= 

Tapi , itu tidak mematahkan semangat kami untuk bersuka ria di sini. 
( erkkk dah macam hape wa tengok diorang ni kan wakakakaak )

Apapon terima kasih FRIM untuk pengalaman ini, kami akan simpan dalam hati. Tapi rasanya ada lagi yang wa tak puas hati. Apa pasal nak masuk kena bayo hah? Huh.. Sampai satu kete kena RM8. pui pui. Mengalahkan nak masuk rumah hantu kat Genting Highland. haahahaha..

p/s: apapon hargai alam sekitar kita.