KAJIAN UPACARA PENGEBUMIAN DAN KEMATIAN KE ATAS KAUM UTAMA DI MALAYSIA | BAKAR MAYAT | Entry kali ni wa nak kongsi dengan pembaca semua tentang kajian yang wa dah buat untuk subjek hubungan etnik semasa wa second semester dulu di UPM.

Kajian ini bertajuk

“KAJIAN UPACARA PENGEBUMIAN DAN KEMATIAN KE ATAS KAUM UTAMA DI MALAYSIA”

Semasa kajian dibuat 60 Questionare telah di edar kepada pelajar UPM. Ini adalah langkah pertama kami untuk menjayakan kajian ini ke peringkat seterusnya. Ia juga kerana untuk mendapat bukti yang kuat untuk kami meneruskan kajian ke atas tajuk ini.

Untuk kajian ini kami telah bekerjasama dengan pegawai bandaraya untuk mendapat kebenaran untuk pergi ke tempat perkuburan dan tempat pembakaran mayat. Kami telah didedahkan dengan upacara pembakaran mayat bagi kaum bukan islam. Kami juga berpeluang untuk melihat bagaimana mereka menguruskan dan membakar mayat. Selain itu kami juga berpeluang untuk melihat dengan mata kami sendiri bagaimana keadaan mayat dibakar.

Secara tidak langsung ia memberikan satu kesan yang mendalam buat kami. Keadaan mayat yang sedang dibakar sangat mengerikan dan menyedarkan kami bahawa semua manusia akan mati.
Gambar-gambar temuramah dan sekitar di luar kawasan tempat pembakaran mayat .


Gambar pembakaran mayat sedang dijalankan

Gambar tulang mayat yang tidak hancur dan mesin untuk menghancurkan tulang. 

Cara membakar mayat ini biasanya kita tahu berlaku kepada penganut agama hindu, tetapi ia sudah menjadi kebiasaan kepada semua kepercayaan kecuali agama islam. Ini kerana timbulnya masalah kekurangan tanah untuk mayat dikebumikan, khususnya di Malaysia ini.