FOOT HEALTH TALK DI SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE


Kaki merupakan salah satu anggota badan yang sangat penting bagi kita. Memiliki sepasang kaki yang sempurna merupakan sebuah anugerah yang perlu kita syukuri. Persoalannya, wujud ke manusia yang mempunyai kaki 100% sempurna di dunia ni?


Menyedari tentang kepentingan fungsi dan kesihatan kaki, baru-baru ni saya dan beberapa rakan yang lain telah berkesempatan menghadirkan diri mendengar satu talk berkenaan kesihatan kaki bersama pakar di Sunfeet International Rehab Centre yang terletak di Petaling Jaya. Melalui talk tersebut, banyak hal yang di bincangkan termasuk jenis-jenis kaki, personaliti kaki dan cara penjagaan kaki yang tepat.

Selain itu, kami juga diberi peluang untuk membuat pemeriksaan kaki dan konsultansi masalah kaki secara PERCUMA bersama Dato' Dr. Edmund Lee (Pakar Ortotik dan Prostetik Ternama Asia).

Analisis kaki menerusi imbasan tapak kaki 3D di Sunfeet

Korang mesti pernah tengok orang pakai kasut yang direka khas mengikut keadaan, saiz, keperluan kaki mereka. Ini kerana setiap orang mempunyai kaki yang berbeza, malah selepas melalukan pemeriksaan kaki saya sendiri pun baru tahu bahawa seseorang itu juga mungkin mempunyai sepasang kaki dengan saiz yang berbeza. 

Gambar bersama Dato' Dr. Edmund Lee

MENGENAI PEMILIK SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE

Untuk pengetahuan korang, Sunfeet International Rehab Centre ni dimiliki oleh Dato' Dr. Edmund Lee yang merupakan Pakar Ortotik dan Prostetik Ternama Asia. Dato' Dr. Edmund Lee merupakan generasi ke-3 keluarga pakar Orthotics dan Prostetik di Malaysia.


Beliau telah menamatkan 4 tahun latihan ortotik dan prostetik di University of Salford, United Kingdom, dan bekerja di pelbagai jabatan ortotik di Stoke-on-Trent dan London, United Kingdom selama 2 tahun. Dengan pengalaman yang  ada, beliau kembali ke Malaysia dan memulakan Sunfeet International Rehab Centre untuk membantu rakyat Malaysia yang mempunyai masalah yang berkaitan.

PROMOSI KASUT 'BACK TO SCHOOL'

Bersempena dengan musim persekolahan yang bakal tiba ni, Sunfeet International Rehab Centre menawarkan sehingga 30% potongan harga bagi kasut sekolah dan juga kasut sukan. Rekaan yang tersedia khas dari mereka memang cantik dan sudah pastinya berkualiti. Jadi, jangan lepaskan peluang baik ini untuk beli kasut yang berkualiti dan terbaik buat anak-anak korang.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kesihatan kaki, nak lakukan pemeriksaan kaki, nak dapatkan sebarang konsultasi mengenai masalah kaki atau nak dapatkan kasut untuk kesihatan korang, bolehlah ke Sunfeet International Rehab Centre.



Sunfeet International Rehab Centre

Sunfeet International Rehab Centre

Lokasi : Ground Floor, Wisma Daju 5,
No 21, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
(Waze : Starbucks PJ8)

Waktu Operasi : Isnin - Sabtu (10am - 5.30pm)

Hubungi : 0135283939/ 0139122839
Laman Web : www.sunfeet.com.my

#NewSunfeet #DrEdmundLee #SunfeetMY #Sunfeet #foothealth #podiatry #footcare

Post a Comment

0 Comments