Kebun Buah Golden Melon Sedap, Manis & Rangup Di Pasir Puteh Kelantan

Buah Golden Melon di Kelantan

Buah Golden Melon Sedap, Manis & Rangup Di Pasir Puteh Kelantan | Penggemar buah Melon mesti dah biasa dengar kan mengenai buah Golden Melon? Sejujurnya saya sendiri baru pertama kali dalam hidup tahu tentang kewujudan buah Golden Melon ni.

Itupon selepas saya dan kawan-kawan content creator di Kelantan di jemput ke Kebun JS Melon yang terletak di Kampung Jerat Semata, Pasir Puteh Kelantan. Kebiasaannya hanya tengok dan rasa buah Melon yang warna putih tu je. Tak sangka pula wujud variasi melon premium yang di gelar Golden Melon ni.

Buah Golden Melon di Kelantan

Teruja sangat dapat makan buah ni, rasa dia manis sangat dan paling best texture dia yang crunchy. Memang puas hati sangat dapat makan. Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Untuk pengetahuan korang, kebun JS Melon ni mempunyai 2 rumah perlindungan hujan ( RPH ) berkapasiti 6000 pokok dan telah di asasakan oleh Dato’ Ir Hj Razani Lazid. 

Apa yang menarik mengenai Golden Melon?

✅ Musim : Golden Melon berbuah sepanjang tahun, waktu puncak untuk berbuah adalah pada bulan Febuari.
✅ Berat : Berat sebiji Melon antara 1.0kg hingga 1.7kg.
✅ Rasa: Sangat manis (Brix 18) 
✅ Texture: Rangup (boleh rujuk video di tiktok)
✅ Selamat : Bebas penggunaan racun serangga/kulat kimia. Ianya dijaga hanya dengan menggunakan semburan menggunakan kawalan organik.


✅ Kandungan Nutrisi:
  • 60 calories per cawan dan mengandungi 90% air.
  • Sumber Vitamin C dan postassium yg lebih bagus jika dibandingkan dengan pisang dengan kandungan kalori yg rendah.
  • Juga mengandungi sumber Vitamin B, niacin, asid pantothenic serta mineral penting.
✅ Kebaikan Melon:
  • Kandungan air yang tinggi bersama potassium menjadikan melon buah terbaik untuk mengekalkan tekanan darah.
  •  Melon yangg kaya dengan Vitamin C dan Mineral bantu kekalkan kesihatan kulit melalui penghasilan kolagen utk membaiki tisu.
  • Membantu mengekalkan kesihatan kulit melalui penghasilan kolagen untuk membaiki tisu.

Cara Belian Golden Melon Premium

Buah Golden Melon di Kelantan

Kalau korang nak beli buah Golden Melon yang Sedap, Manis & Rangup ni, korang boleh klik link berikut https://shope.ee/10RFb5ZYuH . Pastikan korang claim voucher FREE SHIPPING ( jika ada ) untuk lebih jimat.

Post a Comment

1 Comments

  1. Bestnyaaaa...akak suka buah ni..sedap and manis sangat....

    ReplyDelete