Suprise Birthday Dari Orang Jauh

17 November yang lepas merupakan tarikh lahir saya. Selepas beberapa tahun balik menetap di kampung, tahun ni saya menerima suprise dari team Young Living yang mana masing-masing berada jauh termasuklah Naz yang sekarang berada di Australia, Kak Nek di Putrajaya, Ney di Kedah dan Moka yang ada di Kuala Lumpur.

suprise birthday

Sebenarnya hari tersebut sangatlah busy sampai berkejar orang yang diorang amanahkan untuk suprisekan kita dari siang sampai malam haha. Tengoklah, dengan berkain pelikat kita keluar siap bawa pen sebab akak tu kata dia dari JnT nak hantar dokumen yang perlu tandatangan. Awal-awal dh rasa pelik hahaha. Eh akak ni malam pun kerja juga ke hahaha.

Apapon terima kasih banyak-banyak buat korang semua yang ucap dan mendoakan kebaikan untuk saya. Semoga kalian juga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

Buat Naz, Kak Nek, Ney dan Moka, terima kasih untuk hadiah ni. Terima kasih atas ucapan dan doa kalian. Semoga persahabatan kita utuh sampai bila-bila. Saya doakan kalian diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam business Young Living. Insyaallah tak lama lagi kita boleh berkumpul semua.

Post a Comment

1 Comments