Sunday, January 19, 2020

FORTUNE FEAST | MAKAN BESAR TAHUN BARU CINA DI TONY ROMA'S MALAYSIA

fortune feast tony romas 2020

Tak lama lagi kita bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina.  Sudah menjadi perkara wajib bagi masyarakat cina untuk melaksanakan Tradisi Makan Besar sehari sebelum Tahun Baru Cina. Tradisi makan besar sebenarnya melambangkan keutuhan sesebuah keluarga. Tradisi ini merupakan aktiviti paling penting dalam perayaan Tahun Baru Cina.

Oleh sebab itu, Tony Roma's Malaysia menjemput korang sekeluarga untuk melaksanakan  Tradisi Makan Besar ini bersama mereka dengan beberapa menu terbaru sempena sambutan Tahun Baru Cina ini. Okay jom kita layan menu apa yang mereka tawarkan. Kita mulakan dengan Yee Sang!

fortune feast tony romas 2020

Ong Lai Salad dengan crispy Salmon skin (RM38.88 nett) - Bukan seperti “Yee Sang” yang biasa kita tengok, kerana ia terdiri daripada ramuan khas seperti radish segar, zucchini, nanas, lobak merah, kubis merah, kapsul merah, walnut, goreng memenangi jalur tan, serbuk dan Salmon Skin yang rangup. Sejujurnya, Yee Sang ni buat saya makan siap tapau untuk dijadikan jajan sambil tengok movie. hahaha.

fortune feast tony romas 2020

Salmon Fortune dengan Salmon Grilled dan Crispy Salmon Skin (RM58.88 nett) - sama juga seperti menu di atas, tetapi dengan beza beberapa ringgit, korang boleh menikmati kesedapan grilled salmon yang cukup lazat.

fortune feast tony romas 2020

Fortune Dip (RM28.88 nett) - Roti Perancis dicelup dengan sos Rich Chipotle Beef & Beans. Nikmati juga kerepek kentang goreng  bersama sos Rich Chipotle Beef & beans sementara masih panas itulah cara yang terbaik.

fortune feast tony romas 2020

Trio Happiness (RM68.88 nett) - Ada 3 jenis rasa berbeza dalam satu hidangan yang super jimat. Set ini korang boleh nikmati kelazatan Red Hot Buffalo Wings, Salted Egg Chicken Wings and Flaming Spicy Chicken Wings. Awas!! Salted Egg Chicken WIngs dia buat kami berebut!!

fortune feast tony romas 2020

Reunion Meal (RM138.88 nett) - Set yang korang wajib oder. Menu ini mengabungkan 3 menu popular dalam satu pinggan yang menjadikannya super jimat dan berbaloi. Dilengkapi dengan menu Flame Grilled Lamb Ribs yang sangat juicy, half BBQ Chicken dan crunchy spicy half Signature Kickin’ Shrimp.

fortune feast tony romas 2020

Short Ribs with Honey Plum Sauce (RM98.99 nett) - Tender dan seasoned Short Ribs lengkap bersama Honey Plum Sauce. Hidangan ini juga disajikan dengan Mashed Potatoes, Fire Roasted Vegetables dan French Toast.

fortune feast tony romas 2020

Tak lengkap hidangan korang tanpa minuman yang lazat kan? Fortune Feast juga ada sesiakan tiga (3) seleksi minuman yang sangat best untuk korang cuba iaitu Pineapple Ong Lai, Cranberry Colada dan Golden Angpow.

fortune feast tony romas 2020

Tunggu apa lagi!! #JomTonyRomas yang ada berdekatan dengan korang semua ! Fortune Feast ni hanya ada dari 2 Jan sampai 1 March 2020 ni je tau.


17 comments:

  1. Perghhh dia pun Yee Sang lain dari yang lain..
    Tak sangka TR pun ada buat Prosperity CNY ni...nak ajak Suami laa minta dia belanja hehehe

    ReplyDelete
  2. wow yee sang dia ada salmon, memang sedap lah kalau makan sambil tengok netflix. Tak sedar kalau habis ngap satu pinggan haha

    ReplyDelete
  3. Eh eh bukan main gif ambil ayam tu ye. Yang tu nampak paling menyelerakan sebab ada tangan ambik ayam tu hahahahha.

    ReplyDelete
  4. Rawlins dah pergi dan makan dengan kengkawan aritu! Semua bahagia sebab sedap dan harganya berpatutan.

    ReplyDelete
  5. Semua makanan nampak sedap. Nak nak dengan harga murha macam tuh memang puas hati lah

    ReplyDelete
  6. meriah betul hidangan atas meja tu.. untung siapa yang dapat merasa makanan tu.. pasti enak

    ReplyDelete
  7. meriahnya makanan untuk sambutan CNY dekat Tonny Roma tu... saya suka makan yee sang yang ada salmon emm sedapnye

    ReplyDelete
  8. gambar yng sangat cantik! lagilah sedap! memang best kalau dapat makan ni. alhamdulillah, tahun ni dapat jugak saya makan yee sang :)

    ReplyDelete
  9. kami pun berebut makan sebab sedap.. serius TONYROMAS tak pernah mengecewakan bila datang bab makanan diaorang. jatuh hati dengan Ong Lai salad tu.. serius sedap dengan krup krup salmon skin tu.. nak repeat balik

    ReplyDelete
  10. Fortune dip & duo happiness tu kemain menggoda nampak! Adoiii tak pasal2 kena ke TR hari ni

    ReplyDelete
  11. Wowwww salmon skin... Mmg sedap la cita dia... Akak suka makan salmon skin tu kat sushi king... Kalau buat yee sang pun mesti sedap kannn... Harga pun mcm reasonable kot

    ReplyDelete
  12. Mood CNY, gambar pun byk aura merah.. Manyak ong ni.. hehe. Ye la TR pun warna tema merah kan. Makanan pun sodappp... Teringat set reunion meal tu.. puas hati makan

    ReplyDelete
  13. Bestnya hidangan cny kat tr. Macam2 ada memang meriah dan terbaik

    ReplyDelete
  14. Perghhhh... Meriahnya! Gambarntu jahat tau, menyelerakan sungguh! Terbaik laa review

    ReplyDelete
  15. Pergh lama juga tak pergi TOny romas ni..tengok gambar tau makan dia sedap..kalau ade reeki nanti boleh singgah cuab makan

    ReplyDelete
  16. Tengok menu2 TR sempena CNY mmg mengeliurkan betul.Pelbagai menu yang disediakan.Boleh try nnti.huhuhu

    ReplyDelete
  17. bestnya, dah lama tak ke TR ni. insyaAllah boleh singgah nk makan steak kan. skin salmon tu pun nampak sedap

    ReplyDelete