Monday, January 20, 2020

AUSPICIOUS REUNION | MAKAN BESAR TAHUN BARU CINA DI CELESTIAL COURT SHERATON IMPERIAL KL

Tahun Baru Cina 2020 atau The Lunar New Year sudah semakin hampir tiba. Inilah masa yang dinantikan untuk setiap ahli keluarga berkumpul bersama di rumah ibubapa tercinta. Tradisi Makan Besar sudah semestinya akan disambut meriah pada malam sambutan Tahun Baru Cina nanti.


Bila bercakap mengenai makanan, masyarakat Cina sangat terkenal dengan simbolik makna makanan yang dikaitkan dengan perkara-perkara yang baik dalam kehidupan mereka. Setiap makanan yang dihidangkan pada hari perayaan membawa maksud yang tersendiri. Ini berdasarkan sebutan karakter Cina dalam perkataan jenis makanan tersebut serta rupa makanan itu sendiri. Lazimnya makanan yang dipilih merupakan simbolik kepada kekayaan, tuah, kemewahan, kejayaan mahupun panjang umur. Hidangan seperti ikan, udang, ayam, mi, limau mandarin serta kuih bakul boleh dikatakan sebagai sajian wajib ketika Tradisi Makan Besar.


Hal yang biasa berlaku dalam tradisi makan besar ini adalah "Lo Hei" iaitu melambung yee sang. Hal ini sudah menjadi satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit, sambil melaungkan ucapan-ucapan baik untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
Yusheng, yee sang atau yuu sahng (Cina Ringkas: 鱼生; pinyin: yúshēng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya KantonisDikatakan berasal dari Seremban pada tahun 1940-an. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. Secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
AUSPICIOUS CHINESE NEW YEAR REUNION DI HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR

Dengan ini, Sheraton Imperial Kuala Lumpur mengambil peluang untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina 2020 dengan membawakan pelbagai jenis menu istimewa daripada salah satu restoran terbaik mereka (An Award-Winning Chinese Restaurant)  lengkap dengan suasana yang selesa dan pilihan yang menarik untuk kedua-dua masakan cina tradisional dan moden.


Bermula pada 13 Januari 2020 sehingga 8 Februari 2020, Celestial Court ada menawarkan tiga (3) Auspicious Chinese New Year Reunion 9-Course Set Menu yang berharga bermula dari RM 1688.00 nett .
  • Chinese New Year Wealth Set at RM 1688.00 nett per table
  • Chinese New Year Prosperity Set at RM 1988.00 nett per table
  • Chinese New Year Happiness Set at RM 2388.00 nett per table

Auspicious Chinese New Year Reunion 9-Course Set Menu ini boleh didapati untuk waktu makan tengah hari dan juga makan malam. 

UNITY LOU SANG, SIGNATURE YEE SANG


Sebagai simbol tuah (good luck), kemakmuran (prosperity), kesihatan (health) dan pelbagai lagi yang istimewa, Celestial Court menghasilkan Unity Lou Sang. Makanan ikonik ini menawarkan empat pilihan yang mewah dan gabungan yang seimbang dalam kandungannya yang dihasilkan untuk meraikan anda bersama orang yang tersayang. Bukan hanya untuk santapan di restoran, Unity Lou Sang juga boleh didapati untuk dibawa balik (take-away).

  • Abalone Sliced with Fresh Scallop Yee Sang (Standard : RM 188 nett | Large: RM 376 nett)
  • Crispy Soft-Shell Crab Yee Sang (Standard : RM 108 nett | Large: RM 216 nett)
  • Norwegian Salmon Yee Sang ( Standard : RM 108 nett | Large : RM 216 nett)
  • Jelly Fish Yee Sang ( Standard : RM 88 nett | Large : RM 176 nett )

Tempohari saya dan rakan-rakan berpeluang merasai sendiri beberapa menu istimewa yang ada dalam senarai Auspicious Chinese New Year Reunion ni. Semuanya sedap dan korang sendiri kena cuba.

Yee Sang With Crispy Soft-shell Crab And Crystal Pear
- Menu 2 : Prosperity Set Rm1988.00 Nett Per Table -
Crispy Roasted Chicken With Spicy Sichuan Sauce
- Menu 1 : Wealth Set Rm1688.00 Nett Per Table -
Stewed Dried Oyster With Sea Cucumber
- Menu 2 : Prosperity Set Rm1988.00 Nett Per Table -
Wok-fried Prawns With Angled Luffa Gourd, Shimeji Mushrooms And Cashew Nuts
- Menu 2 : Prosperity Set Rm1988.00 Nett Per Table -
Steamed Sea Grouper With Enoki Mushrooms And Minced Chili In Superior Soy Sauce
- Menu 2 : Prosperity Set Rm1988.00 Nett Per Table -
Pan-fried Traditional Lunar New Year Cake 'nian Gau'
- Available On All Menu -
Alhamdulillah, semua menu bukan sahaja nampak good dalam presentationnya, malah rasanya juga sangat sedap. Kalau berpeluang untuk makan besar pada malam tahun baru cina di sini, cubalah Crispy Soft-Shell Crab Yee Sang dia. Memang berbaloi dan sedap. Pertama kali dalam sejarah hidup saya makan sea cucumber atau lebih dikenali sebagai gamat. Rasanya not bad dan tak rasa geli pun bila dah terhidang cantik macam tu kan. Biasa guna sebagai ubat je kan.

ESSENCE, AN ALL-DAY DINING RESTAURANT

Ada lagi perkara yang best yang boleh korang nikmati di sini sepanjang promosi Tahun Baru Cina ini iaitu Reunion Seafood and Grill Buffet. Antara yang tersenarai dalam buffet tersebut adalah seperti berikut :-
  • Fortune Yee Sang Buffet
  • Steamed Dumpling "Jiao Zhi" with Chicken and Chives
  • Braised Broccoli with Sea Moss
  • Steamed Fried Rice in Lotus Leaves
  • Chinese New Year Dumpling Dessert Soup
  • Pilihan cookies CNY
  • King Crab Leg, Sakoshi Fresh Oyster, Slipper Lobster dan Tomahawk Steak Cravings.
Reunion Seafood and Grill Dinner Buffet ini boleh didapati dari 24 Januari 2020 sehingga 27 Januari 2020 dengan harga RM 199 nett per individu.


Selain itu, Chinese New Year Inspired Buffet Lunch and High Tea juga boleh didapati dari 24 Januari sehingga 8 February 2020 (setiap hari kecuali hari Ahad) untuk meraikan Tahun Baru Cina. Antara yang menarik termasuklah :-
  • Fortune Yee Sang
  • Chinese New Year Cake " Nian Gao"
  • Pilihan Chinese New Year cookies
  • Banyak lagi
👉 Chinese New Year Inspired High Tea Buffet, harga RM 98 per individu
👉 Chinese New Year Inspired Lunch Buffet, harga RM 128 per individu

EXCLUSIVE PROMOTIONS AND DISCOUNTS

👉Pemilik kad Maybank, HSBC atau CIMB boleh menikmati diskaun sehingga 20% 
(tidak berkenaan dengan tawaran atau promosi lain)
👉Club Marriott members enjoy 30% discount (not applicable with any other offers or promotions). 
👉Marriott Bonvoy members enjoys special discount based on membership tier
  • Platinum or Titanium – 20% off
  • Gold – 15% off
  • Silver – 10% off
(Semua di atas tidak berkaitan dengan mana-mana tawaran atau promosi lain)

Untuk tempahan dan maklumat tentang promosi menu Tahun baru Cina, korang boleh terus hubungi mereka di +603 2717 9977 atau melalui email [email protected] .

14 comments:

  1. Sedapnya menu yang ada tu. Ayam tu buat Rawlins teringat masakan arwah nenek.

    Ajak Rawlins sekali next time ye. Nak makan situ gak

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak menu dia. Paling saya nampak menarik yang oyster tu. Jarang jarang nak makan oyster tapi yang tu nampak menarik

    ReplyDelete
  3. Memang ber loh sang tanpa henti je la this week and next week. Tak lama lagi berbuffet ramadhan pulak. Malaysian so blessed!

    ReplyDelete
  4. Waa mcm2 pilihan Yee Sang ada disediakan di sana yea, bagus tuu bolehla customer pilih ikot budget dan pilihan yg plg digemari kan. Nampak sedap2 semuaa mknn tu jugak.

    ReplyDelete
  5. Kalau Sis paling suka ikan stimnya..sedapnyaa..mena-mana event CNY, yang itu laaa Sis rebutkan hahahaha..Madi, macam mana masuk video macamtu ek dalam blog?

    ReplyDelete
  6. meriahnya sambutan CNY tu. makanan pun sedap2 kan. selamat bercuti semua

    ReplyDelete
  7. nampak sedap menu kat sherton hotel ni. Lagi la menu CNY dan yee sang. Apapun thanks sharing info ni.

    ReplyDelete
  8. Tengok gambar food terliur. Nampak sedap. Chinese food memang sedap cuma susah nak cari tempat yang halal

    ReplyDelete
  9. Makanan dia nampak menarik.ayam dia tu nampak sedap je. Kelaparan dah ni

    ReplyDelete
  10. Ayoooo... sodapnya weiii... aku suka semua tu esp ikan tu. teringat pulak kesedapannya. Kalau ikut hati sampai ke kepala nak ratah tapi segan la pulak.. ehh.. haha

    ReplyDelete
  11. Tengok semua gambar tu masyaAllah telan air liur berkali kali. Lagi lah baca time tengah hari belum lunch. Lagi2 ikan steam tu

    ReplyDelete
  12. bestnya dapat try semua menu tue...nampak sangat menarik.

    ReplyDelete
  13. memang sedap! suka dengan ayam & ikan tu. memang teringat smpai sekarang rasanya. ish nak kena repeat ni

    ReplyDelete
  14. Wah makan besar juga nampak dah tu kat hotel besar lak mesti la sedap kan?

    ReplyDelete