Alhamdulillah, ini merupakan kali ke dua saya dapat mengikuti program besar yang dianjurkan oleh pihak Alam Flora. Kalau sebelum ni peserta hanya melibatkan pengamal media blogger sahaja, kali ini ianya melibatkan tiga (3) kategori pengamal media iaitu Blogger, Influencer dan Key Opinion Leaders (KOL) yang mana masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam dunia sosial media. Apa yang lebih menariknya, kali ni ada penampilan khas artis baru Sufian Suhaimi tau.


Sepertimana yang sedia maklum, Alam Flora Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat pengurusan alam sekitar terkemuka di Malaysia yang berdedikasi untuk berkhidmat kepada masyarakat untuk menguruskan dan mengurangkan sisa dengan kesan alam sekitar yang minimum.

CYBER ECO HUNT 2019


CYBER ECO HUNT 2019 yang kami join pada kali ni, sudah semestinya berkait rapat dengan alam sekitar dan seumpamanya. Tak jauh berbeza dari treasure hunt yang lain, cuma ianya dinilai pada penglibatan individu atas setiap tugasan yang diberikan. Secara ringkasnya, tugasan peserta akan dinilai diatas kreativiti para peserta menyampaikan masej kepada followers mereka melalui sosial media post seperti, Instagram Post, IG Stories, Facebook Post dan Twitter post.

Checkpoint 1 : DRB-Hicom
Tugasan 1 : Square Footage Calculator


Tugasan pertama kami adalah melibatakan skill pengiraan. Nasib baiklah ilmu matematik masa belajar dulu masih boleh digunakan. Kami diminta untuk mengira luas kotak yang telah ditanda. Aplikasinya, pengiraan tersebut adalah untuk menentukan keseluruhan harga service pihak @dhessdnbhd kenakan untuk membersih lantai. 

Tugasan 2 : Work & Safety & Life of Gardener


Untuk tugasan kedua, kami masih di kawasan sekitar DRB-Hicom. Untuk tugasan kali ni, kami kena mendalami sendiri cara kerja yang dipraktiskan oleh setiap pekerja Alam Flora dan Dhess. Penggunaan peralatan yang betul termasuklah cara kerja berhemah untuk keselamatan.

Checkpoint 2 : Kuala Lumpur
Tugasan 1 : Creative Campaign


Tugasan seterusnya, kami dibawa ke lokasi pelancongan di Kuala Lumpur iaitu "River Of Live". Disini kami kena buat kempen "Buang Sampah ke Dalam Tong Sampah” dengan sekreatif  yang mungkin.

Tugasan 2 : Love Food, Hate Waste & Say No to Straw


Tugasan kali ni mengigatkan saya dengan program yang saya sertai bersama Alam Flora sebelum ni. Ianya bertemakan Love Food, Hate Waste . Bagaimana kesan sisa pepejal kepada bumi. Jadi untuk tugasan ini, kami didedahkan bagaimana pentingnya untuk kita mengurangkan sisa pepejal dan menguruskannya dengan baik.

Checkpoint 3 : Putrajaya
Tugasan 1 : Used Cooking Oil & 3R on Wheels


Selepas habis tugasan kami di Kuala Lumpur, kami telah dibawa ke checkpoin seterusnya iaitu di Putrajaya. Tugasan kami kali ini adalah dalam kumpulan kerana ianya melibatkan tugasan bersama penduduk / surirumah di Pangsapuri Presint 9, Putrajaya.


Kami didedahkan oleh pihak Alam Flora tentang kepentingan untuk recycle. Antara bahan recycle yang difokuskan pada kali ini adalah minyak masak.  Tahukah Anda bahawa Minyak Masak yang telah digunakan boleh dijual dengan harga yang sangat tinggi? Harga yang dibeli untuk 1kg Minyak Masak yang telah digunakan adalah RM 1.10. Jadi kenapa perlu buang kalau ianya boleh menguntungkan kita. Jadi, menerusi trak DHES menerusi 3R on Wheels ni korang boleh menerima wang tunai serta mata ganjaran Petronas Mesra ya. Untung orang Putrajaya.

Tugasan 2 : Alam Flora Buy Back Centre di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS)


Tugasan seterusnya, saya telah digandingkan dengan Sufian Suhaimi untuk selesaikan tugasan mini treasure hunt. Kami diminta untuk mencari sampah di Tasik Presint 9 dengan menggunakan petunjuk dari aplikasi QR Code dan Google Maps.


Alhamdulillah, kami merupakan kumpulan yang pertama dapat menyelesaikan task ini dengan jayanya. 5 bungkusan sampah berjaya diasingkan, ditimbang, dan masukkan ke dalam tong sampah yang dilabel kertas, tin dan plastik. Untuk pengetahuan korang, kat sini juga mengajar kami tentang kepentingan recycle. Di sini juga korang boleh menerima wang tunai dan mata ganjaran Petronas Mesra. Terbaik bukan.

Tugasan 3 : Integrated Recycling Facility (IRF)


Ini merupakan tugasan terakhir untuk kami. Kami dibawa ke satulokasi rahsia iaitu Integrated Recycling Facility (IRF) dimana lokasi ini merupakan tempat untuk mengasingkan sampah dan diproses untuk kitar semula. Kesemua bahan yang di asingkan akan diproses dan bersedia untuk dijual kepada kilang-kilang besar yang memerlukannya.


Alhamdulillah kami berjaya menyelesaikan tugas dengan jayanya. Banyak betul perkara yang kami dapat belajar menerusi program seperti ini. Bagi kami, ini merupasa satu inisiatif yang sangat bagus dari Alam Flora untuk mendidik kita semua untuk merawat bumi kita yang semakin tenat. Saya sendiri pun berharap agar orang ramai tidak menilai program ini sekadar satu pertandingan sahaja antara kami. Ambillah apa yang kami sampaikan itu sebaik mungkin dan aplikasilah dalam kehidupan seharian kita. Jom sama-sama kita rawat bumi kita.


Tahniah kepada semua pemenang dan Terima kasih kepada pihak Alam Flora dan Dhess kerana memberi kesempatan untuk saya sertai acara ini. Diharap program ini tidak terhenti sampai disini saja. Kami menunggu acara sama pada masa akan datang Insyaallah. 

Mengenai Alam Flora Sdn Bhd


Ditubuhkan pada tahun 1995, Alam Flora Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat pengurusan alam sekitar terkemuka di Malaysia yang berdedikasi untuk berkhidmat kepada masyarakat untuk menguruskan dan mengurangkan sisa dengan kesan alam sekitar yang minimum. Alam Flora adalah anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Berhad, salah satu syarikat terkemuka di Malaysia yang tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Berhad, memainkan peranan penting dalam menyokong transformasi Malaysia menjadi negara berdaya saing, berasaskan pengetahuan dan berpendapatan tinggi.

Alam Flora menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa yang komprehensif kepada beberapa kawasan konsesi di kawasan-kawasan tertentu di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan Pahang.


Mengenai DHES Sdn Bhd

Ditubuhkan pada tahun 2013, Syarikat Alam Sekitar DRB-Hicom Sdn Bhd (DHES) adalah anak syarikat milik penuh Alam Flora Sdn Bhd (AFSB) di bawah kumpulan drb-hicom berhad (salah satu konglomerat utama Malaysia yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia berhad). Bersertifikat dengan ISO 9001: 2008 pada tahun 2015, DHES telah memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelbagai syarikat, kerajaan dan institusi sepanjang tahun.

Bersertifikat dengan ISO 9001: 2008 pada tahun 2015, DHES telah memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelbagai syarikat, kerajaan dan institusi sepanjang tahun. DHES mengkhususkan diri dalam menyediakan perkhidmatan alam sekitar yang komprehensif untuk memperkaya kualiti hidup. Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan persekitaran yang kompetitif dan premium termasuk Pengurusan Sisa Pengurusan Bersepadu, Kitar Semula dan Rawatan Buangan, Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur, Pengurusan Kemudahan Aset dan Pengurusan Projek dan Perundingan.

Website : www.dhes.com.my