NUR SAJAT UBAHSUAI RUMAH DENGAN KOS 700 RIBU RINGGIT MALAYSIA


Nur Sajat merupakan seorang usahawan kosmetik yang terkenal di Malaysia. Beliau sering dikecam dan menjadi viral di media sosial, tetapi itu semua tidak mematahkan semangat usahawan ini untuk terus maju di dalam perniagaannya. Untuk pengetahuan korang, kini beliau telah mengembangkan empayar perniagaannya dengan membuka satu lagi cabang perniagaan iaitu menjual emas.


Selain dari itu, Nur Sajat juga memiliki sebuah kediaman yang mewah yang dibeli dari rakan baiknya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri hasil dari keuntungan perniagaannya. Baru-baru ini saya sendiri berkesempatan menjejakkan kaki ke rumah baru Nur Sajat yang terletak di Kota Damansara bagi memenuhi undangan untuk Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat.


Majlis ini adalah untuk berkongsi rasa gembira dengan rakan media dimana rumah yang didiami oleh beliau ini telah selamat diubah suai dengan jumlah kos sebanyak RM700,000. Korang boleh bayangkan bagaimana mewahnya rumah ini, kos ubah suai sahaja sudah mencecah RM700,000. Itu pun bukan kos ubah suai keseluruhan rumah tau.

Apapon tahniah buat Nur Sajat semoga terus berjaya dalam perniagaan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Harga ubah suai rumah pun dah boleh sebiji lagi rumah yang agak mewah untuk orang kebanyakan ni. Huhu

    ReplyDelete
  2. ELEH, MAHAL SIKIT JE, DARI HARGA RUMAH AKU, RUMAH AKU PUN RM 694,000.

    ReplyDelete