PENGALAMAN BAYAR TUNGGAKAN PTPTN MELALUI KWSP AKAUN 2

Ramai diantara kita mempunyai masalah yang sama iaitu dalam memberi komitmen membayar hutang pinjaman semasa belajar dengan PTPTN. Oleh sebab yang demikian, ramai diantara kita telah di Blacklist dan menyebabkan tidak boleh membuat loan dan disekat untuk keluar negara. Walau apapon, hutang memang wajib dibayar.



Sedarkah korang bahawa, jika korang mempunyai wang simpanan KWSP, korang boleh menggunakan wang dari akaun 2 KWSP tersebut untuk membayar hutang PTPTN. Berikut merupakan cara mudah bayar PTPTN melalui KWSP akaun 2. 


LANGKAH MUDAH PENGELUARAN KWSP:

1. Daftar I-Akaun di www.kwsp.gov.my
2. Hubungi Careline PTPTN 03-2193 3000 (*dapatkan baki pinjaman)
3. Mohon pengeluaran KWSP secara online. (e-Pengeluaran)
4. Semak status permohonan melalui SMS/ Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun
(*dalam tempoh 4 hingga 14 hari bekerja selepas permohonan dibuat)
5. Hadir ke KWSP (*bawa dokumen sokongan, contoh : transkrip dan skrol pengajian semasa pinjaman)

Ambil peluang dan masa yang ada sebaik mungkin sebelum korang disenarai hitamkan / CCRIS oleh PTPTN. Semoga perkongsian ni dapat membantu masalah peminjam PTPTN di luar sana. Marilah bersama-sama kita selesaikan hutang yang wajib dibayar.

Post a Comment

3 Comments

  1. alahai... hutang mmg kena bayarkan. nasib baik ada byk cara boleh bantu kita bayar peterpan ni

    ReplyDelete
  2. hutang mesti dibayar hehee... nasib baik aku tak amik PTPTN masa belajar dulu. kalau tak sakit kepala nak bayar :D

    ReplyDelete
  3. Assalam...tumpang bertanya..sy dh stop kwsp lepas dh dpt skim pencen pada tahun 2012..dh pon keluarkan dlm akaun 1..adakah akaun 2 tu boleh digunakan utk bayar ptptn?trima kasih

    ReplyDelete