KONSERT JOM TONTON | ULANGTAHUN BERSAMA PENGGUNA TONTON VIP

KONSERT JOM TONTON | ULANGTAHUN BERSAMA PENGGUNA TONTON VIP

Hujung minggu lepas (22 April 2017) saya dan kawan-kawan telah ke The Curve, Mutiara Damansara untuk menonton Konsert Jom Tonton. Konsert Jom Tonton anjuran TONTON itu telah berlansung seawal 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Untuk pengetahuan korang Konsert Jom Tonton itu diraikan sempena ulang tahun portal penstriman video nombor satu di Malaysia. Portal Tonton kini telah mencatatkan penambahan ahlinya seramai 5.6 juta orang pengguna. Dengan itu, Konsert Jom Tonton ini juga bertujuan untuk meraikan pengguna-pengguna VIP nya yang sentiasa setia bersama mereka.

KONSERT JOM TONTON | ULANGTAHUN BERSAMA PENGGUNA TONTON VIP

Antara artis yang hadir menyerikan majlis ialah Dato' Seri Vida - Queen Of Tonton, Ayda Jebat, Redza Rosli dan Thomas Jack - sebagai Duta Tonton yang baru.

KONSERT JOM TONTON | Seterusnya para pengunjung telah dihiburkan dengan pelbagai slot persembahan dari artis-artis terkenal tanah air seperti Wani Hasrita, Diana Danielle - Pelakon Slot Drama Tonton "Raisha", Jinnyboy TV - Youtuber terkenal, Forteen, Alvin Chong, Kaka Azraff, Orange Tan, Jieyang Tha dan Dr. Soo Winci.

Selain itu, mereka yang hadir boleh membeli belah di Street Market dan kemudahan eksklusif di gerai-gerai yang menyediakan diskaun hebat di Ruang Piazza, The Curve.

KONSERT JOM TONTON | Bermula 8.00 Malam, Kemuncak Konsert Jom Tonton menampilkan beberapa artis yang best-best, antaranya Ning Baizura, Waris, Juzzthin dan Aboz, Kaka Azraf, Sufian Suhaimi, Alvin Chong, Azlan & The Typewriter, Ara Johari dan Bunkface. Pesembahan kesemua artis memang sangat happening dan bertenaga.

KONSERT JOM TONTON | ULANGTAHUN BERSAMA PENGGUNA TONTON VIP

KONSERT JOM TONTON | ULANGTAHUN BERSAMA PENGGUNA TONTON VIP

Tahniah saya ucapkan kepada TONTON kerana penganjuran Konsert Jom Tonton yang sangat meriah. Jika korang ingin melanggan dan menjadi salah seorang ahli VIP Tonton, anda boleh memilih pelan langganan VIP yang bermula dari serendah RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun).

Untuk maklumat lanjut mengenai Tonton, sila layari :

Laman Rasmi Tonton 

Facebook Rasmi Tonton

Instagram Rasmi Tonton

Post a Comment

2 Comments