Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog saya. Sudah lama rasanya blog ni tak terupdate kerana kesibukan menyambut Syawal. *macamana raya korang tahun ni, ada yang best nak dikongsikan tak? . Kalau tanya kisah cerita raya saya, semuanya baik-baik je. Pada minggu pertama sahaja sempat saya bersama rakan blogger lain turun ke Bentong dan Temerloh untuk beraya. *alang-alang semua jemputan pula pada hari yang sama kan.
KENDURI AZWAN KOMBOS | Lokasi pertama kami selepas food review di Damansara ialah ke kenduri kahwin Azwan Kombos dengan pilihan hatinya Ezzaty di Bentong. Kami sampaipun agak kelewatan kerana jalan yang jammed. Kat kenduri ni, pertama kali saya makan kulit lembu masak lemak. Boleh tahan jugak rasa, sebelum ni mampu tengok je kan.
OPEN HOUSE NISA KAY | Lokasi kedua kami ialah ke Temerloh iaitu dimana terletaknya rumah keluarga Nisa Kay. Memandangkan Temerloh ni cukup popular dengan masakan patin masak tempoyak, maka ibu beliau sendiri telah menyediakan patin masak tempoyak untuk kami. Bukan tu je, hidangan lontong, lemang dan amcam-macam lagi.
OPEN HOUSE POTIA | Selepas ke Temerloh, kami berpatah balik ke Bentong untuk memenuhi jemputan makan-makan oleh Potia. Apa yang bestnya di rumah potia, ianya cukup mengingatkan suasana rumah kampung saya sendiri di Kelantan. Kalau bab makanan pulak memang tidak mengecewakan. Mak beliau masak ala kenduri kawin di pantai timur, dengan acar timun, gulai ayam, ayam masak merah, sambal kenduri dan lain-lain. Serius menyelerakan, semuanya makan bertambah-tambah ha.
Selesai di rumah Potia, kami mula bertolak balik ke Kuala Lumpur dan balik ke rumah masing-masing. Walaupun dah agak lewat, masing-masing cukup gembira dengan trip seharian ni.
p/s : jemputan rumah terbuka banyak sangat, tapi baju yang sesuai pula tak cukup. Rasanya plan nak beli online je. Dengar khabar Saleduck Malaysia ada bagi discount code sekarang. Memang kenalah dengan masa kan. Beli dan jimat.
7 Comments
awak ni yang selalu datang nana kan...
ReplyDeleteSelamat hari raya, bro. Mohon maaf zahir batin ye.
ReplyDeletewahhh seronok berayaaaa, madi bila nak buat oopen house. hehehe
ReplyDeletesemuanya muda remaja..
ReplyDeletesori la tak dapat menjemput korang ke rumah aku tahun ni.
ReplyDeletetahun depan inshaAllah ;)
thanks for coming !
ReplyDeleteGreat post! Thank you for sharing.
ReplyDelete