Pada tanggal 23 Mac 2016 yang lepas, seperti biasa berbekalkan bagpack dan bag galas biasa yang berisi laptop aku turun seawal subuh mentari menuju ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) dimana tempat berkumpul semua media yang join trip kali ni. Merujuk pada itinery yang telah diemailkan kepada kami, bas yang akan kami naiki akan mula bertolak ke Kuala Kangsar tepat jam 7 pagi. *jadi masa kena kita tepati kalau tak nak kena charut hahahah. Untuk pengetahuan pembaca semua, program ini bukan hanya melibatkan media dari Malaysia sahaja, ia juga turut disertai beberapa orang media asing dari Indonesia dan Filipina.
Walaupun perjalanan memakan masa yang agak lama, kami tidak gelisah dengan adanya fast UNLIMITED data dari @visondata_MY #SamuraiWifi. *so boleh la cari info-info penting mana yang patut untuk life update nanti kan.
Setelah beberapa jam perjalanan kami, akhirnya kami sampai ke destinasi pertama pada kali ini di Kuala Kangsar iaitu GALERI SULTAN AZLAN SHAH. Walaupun saya ni bukanlah seorang pencinta sejarah, tetapi ia tidak membuatkan saya menolak untuk masuk dan melihat apa yang ada di dalam GALERI SULTAN AZLAN SHAH tersebut. *sekurang-kurangnya saya telah mempelajari sesuatu berkenaan dengan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan.
Selesai menerokai GALERI SULTAN AZLAN SHAH, kami telah dibawa ke suatu resort berdekatan untuk makan tengahari, solat dan menunggu masa untuk bertolak ke destinasi seterusnya iaitu BELUM RAINFOREST RESORT.
Perjalanan kami diteruskan lagi ke daerah BELUM. Sekitar dua jam perjalanan, Alhamdulillah kami sampai dengan selamat dengan bantuan escot dari polis. Beberapa tahun yang lalu, daerah ini hanya mampu saya lalu sahaja untuk ke Pulau Pinang. Tapi hari ni, saya telah berpeluang untuk memijak tanah bertuah ni. Sejujurnya ini pertama kali saya berpeluang datang ke sini iaitu tempat dimana ianya terdapat hutan yang tertua didunia yang mencecah 130 tahun lamanya. *siapa tak bangga dapat datang ke tempat dimana ada menyimpan khazanah yang lebih berusia dan lebih bernilai ni kan.
Apa yang bestnya di sini, korang boleh menikmati keindahan matahari terbenam dari beberapa sudut yang cukup indah.
Perjalanan hari pertama selesai di sini dan kami perlukan rehat secukupnya untuk menempuh hari esok untuk menerokai Hutan Royal Belum.
3 Comments
cantik juga tempat ni
ReplyDeletejadi teringin visit perak & staycation kat belum rainforest resort!
ReplyDeleteOKAY SERIUSSSSS SUKE GILA KOLAM DIAA !!
ReplyDelete