Barisan pelakon teater Mok Cun |
TEATER MAK CUN BEST | Siapa yang tidak tahu akan kisah Mak Cun (Mok Cun) yang mana merupakan usahawan desa yang mempunyai cita-cita tinggi berasal dari Kodiang, Kedah. Kisah dari drama bersirinya cukup popular dan menjadi fenomena pada semua golongan usia tak kira yang tua, muda mahupun kanak-kanak.
Rahim Razali bersama para pelakon utama Mak Cun iaitu Datin Seri Umie Aida (kiri), Erma Fatima (kanan) dan Balqis Samundur Khan (duduk) – Foto TV3 |
Selepas drama bersiri Mok Cun tamat di tayangkan di tv3, atas permintaan peminat-peminatnya. Eirma Fatima telah menghasilkan sebuah pementasan teater Mok Cun di Istana Budaya iaitu bermula 14 November sehingga 22 November 2015 lepas. Dengan berkonsepkan teater musikal komedi, sudah semestinya ia sangat menghiburkan.
Memang rugilah bagi MY kalau tak dapat tengok pementasan teater Mok Cun ni. Tambah pulak bila ianya hasil dari karyawan dan pelakon hebat Eirma Fatima kan? Walaupun ianya sudah ditayangkan sebagai drama bersiri di tv. MY yakin bahawa Eirma Fatima akan membawakan sesuatu kelainan pada pementasan teater Mok Cun ni. Ternyata ianya tidak mengecewakan.
Teater Mok Cun ini bukanlah satu pementasan atau cerita yang sia-sia. Ianya penuh dengan nilai positif dan pengajaran untuk kita khususnya usahawan melayu. Kalau nak bercerita mengenai lawak, ianya cukup perfact. *tidak mungkin akan ada yang tertidur semasa menonton teater ini barangkali. Semua watak yang ada memainkan peranan masing-masing dengan cukup baik. Tidak kira dari watak utama iaitu Eirma Fatima sendiri sehingga sekecil-kecil watak pelakon tambahan.
Apa yang MY harapkan, pementasan Mok Cun ini tidak berhenti hanya disini. Tolong buat lagi please.
Foto : Khai Artzfar
Foto : Khai Artzfar
0 Comments