TARIKAN POPULAR NIPAH GUESTHOUSE DI PULAU PANGKOR


TARIKAN POPULAR NIPAH GUESTHOUSE DI PULAU PANGKOR | Pulau Pangkor merupakan salah satu pulau pilihan percutian popular di Malaysia. *siapa tidak teruja bila berpeluang untuk bercuti ke Pulau Pangkor.

Kali ini MY cukup bertuah dan berterima kasih kepada Gaya Travel [klik] dan Tourism Perak [klik] kerana sudi membawa MY untuk meneroka dan menikmati keindahan Pulau Pangkor ni buat pertama kalinya.

Pihak Gaya Travel dan Tourism Perak
Pihak Gaya Travel dan Tourism Perak


Apa yang MY nak cerita kali ni bukan mengenai pulau, tapi ianya mengenai keunikan sebuah guesthouse yang berada di Pulau Pangkor ni. Ianya ialah NIPAH GUESTHOUSE. Memang MY tak sangka, di Malaysia pun boleh ada guesthouse sebegini.

Nipah GuestHouse

NIPAH GUESTHOUSE | 
Untuk pengetahuan pembaca, Nipah GuestHouse ini dimiliki oleh Encik Anuar Razak. Apa yang membuatkan MY lagi teruja, ia adalah hasil titik peluh keluarga iaitu beliau dan isteri. Bak kata isterinya, suaminya mampu melakukan banyak perkara. Dialah pemilik, dialah tukang kebun, dialah tukang paip dan sebagainya. Manakala isterinya pula menjaga hal ehwal pengurusan. *sangat teruja dan respect keluarga ni.

Nipah GuestHouse

Nipah GuestHouse

Berkat usaha dan minat yang kuat, mereka telah pergi lebih jauh dan banyak mendapat penghargaan dan anugerah termasuk dari TripAdvisor [klik]. *Tahniah dari team kami untuk mereka.

Antara anugerah yang pernah mereka terima
Apa yang lebih menarik tentang NIPAH GUESTHOUSE ini, ia menyediakan dapur terbuka untuk pelanggannya meyediakan makanan sendiri terutama pada waktu makan pagi . Pelanggan boleh memasak dan membersihkan sendiri alatan yang mereka telah gunakan semasa sarapan. 

Sekitar cafe / kantin Nipah Guest House
Tidak hairanlah jika ramai pelangganya berpuas hati jika datang ke sini. Layanan dari kedua suami isteri ini sangat mesra dan meyenangkan sesiapa sahaja yang datang.


KADAR HARGA BILIK

A- Frame Cottage ( Max 2 orang termasuk kanak-kanak ) 

A- Frame Cottage


Ahad - Khamis: RM120.00 seunit / malam 
Jumaat, Sabtu & Cuti Sekolah : RM150.00 seunit / malam 
Musim Puncak : RM180.00 seunit / malam 
Terdapat 4 unit

Menara Cottage ( Max 3 orang termasuk kanak-kanak ) 

Menara Cottage

Menara Cottage

Ahad - Khamis: RM180.00 seunit / malam 
Jumaat, Sabtu & Cuti Sekolah : RM210.00 seunit / malam 
Musim Puncak : RM240.00 seunit / malam 
Hanya 1 unit

Deluxe Chalet ( Max 3 orang termasuk kanak-kanak ) 

Ahad - Khamis: RM150.00 seunit / malam 
Jumaat, Sabtu & Cuti Sekolah : RM180.00 seunit / malam 
Musim Puncak : RM210.00 seunit / malam 
Terdapat 2 unit

Guesthouse ( Sehingga 6 orang termasuk kanak-kanak ) 

Ahad - Khamis: RM300.00 seunit / malam 
Jumaat, Sabtu & Cuti Sekolah : RM350.00 seunit / malam 
Musim Puncak : RM400.00 seunit / malam 
Hanya 1 unit

** Sarapan rumah DIY termasuk dalam kadar harga bilik

Walaupun hanya memiliki beberapa buah bilik untuk disewakan kepada pelanggannya, mereka mempunyai sebab yang kukuh tentangnya. Apa yang mereka fokuskan disini adalah Kualiti, bukan pada Kuantiti.


Apa yang MY nak pesan pada korang. Bagi mereka yang ingin berbulan madu disini bersama pasangan anda, pastikan anda mempunyai / bawa bukti perkahwinan korang. Jika tidak, anda dan pasangan anda tidak dibenarkan untuk menginap di sini. (hanya untuk pasangan beragama islam sahaja)

Jika ingin bercuti disini, pastikan anda membuat booking seawal mungkin kerana ianya sentiasa penuh terutama untuk hujung minggu.

Bagi mereka yang ingin kesini dari Jeti Pulau Pangkor, mereka boleh menyewa teksi dengan kadar RM15 sebuah. (harga dari jeti pulau pangkor ke Nipah GuestHouse)

Untuk Maklumat Lanjut Boleh Hubungi :

NIPAH GUESTHOUSE

*HOME AWAY FROM HOME*
Safety, Clean, Comfort.

Anuar Abd Razak 
017-5069259

Alamat : 
Lot 4506, 
Teluk Nipah, 
32300 Pulau Pangkor, 
Perak. 

E-Mail : 


Post a Comment

4 Comments

  1. Gila cool bilik dia! Aku nak cuba nanti! Anyway, lawa layout baru!

    ReplyDelete
  2. kalo tgk keaaan sekitar itu amat puas hati bersih dan selesa.

    ReplyDelete