Lepak Di Malam Hujung Minggu | DESTINASI MALAM HUJUNG MINGGU

Lepak Di Malam Hujung Minggu | DESTINASI MALAM HUJUNG MINGGU | Secara tidak disengajakan malam ni kami dapat berkumpul bersama untuk lepak-lepak selepas event di Flamingo Hotel, Ampang.

Memang cukup meriah dengan kehadiran kakak kawasan merangkap ketua kadet tunas puteri sekolah-sekolah rendah semalaysia. *eh hahahaah Cik Paris Asyikin kita.
Apa yang bestnya , makanan kami pada malam ni ditaja khas oleh beliau yang meletop boom boom boom tu ha. *terima kasih hakak, moga Allah murahkan rezeki akak sekeluarga. Ameen. Tak cukup dengan sate 30 cucuk, tambah lagi sampai tersadung semua hahaha. Ada pulak kerang bakar berprop yang over-over letop boom boom berapi-rapi tu ha. *over sangat prop api-api camtu kan

Bila sate tak cukup, bergaduh tarik-tarik rambut, hentak-hentak kaki sambil isap ibu jari tangan. *ahahhahha, over cerita MY kali ni. Biasa la dah lama tak lemak dengan hakak kawasan katakan. So malam ni memang happening giler lah kan. Nasib baik x pillow talk kat gerai yang kami lepak tu je. Siap-siap, tuan kedai dah punggah meja dan cuci kedai dah bagi hint suh kami balik. *kaedahnya kan. ekekekekeke

Apapon terima kasih hakak kawasan kerana sudi belanja kami berlima. Hope tak serik lah untuk lepak dengan kami berkongsi ilmu lagi ya. Yang penting, siapa kata orang hebat macam kakak kita ni tak pandang blogger-blogger macam kami. Kami ni dah rasa macam adik-beradik dah kan . Semoga persahabatan kita semua kekal diredhai Allah . Ameen.

p/s : sate dia memang sedap. tapi sayang tak ingat apa nama tempat dan nama kedai tu.


Post a Comment

6 Comments

  1. terima kasih kak yong kawasan sudi vlanja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi red velvet plak ekekeke kan @nuar

      Delete
  2. Eh MY boleh lupa pulak nama kedai makan tu..nasib akak yg belanja tak dilupakan...meriah nampaknya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, sangat meriah, sampai x tengok pon nama kedai huhu

      Delete
  3. Tergoda bila tengok kuantiti kerang tu, ya Allah bestnyaaa.. ena memang suka makan kerang bakar.. kalau banyak tu pun ena boleh habiskan seorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu kerang utk 4 org makan huhu. meriahkan. dengan api menyala2 kt bawah ekekkeke

      Delete