Sempurna Bukan Syarat Wajib Untuk Sampaikan Dakwah | Menegur Atau Ditegur

Sempurna Bukan Syarat Wajib Untuk Sampaikan Dakwah | Menegur Atau Ditegur | Pernah ke korang menegur orang yang memang luarnya kelihatan jauh lebih baik dari anda, atau lebih berilmu dari anda? Atau anda sendiri tergolong dalam golongan tersebut dan pernah ditegur oleh orang lain yang pada fikiran anda jauh lebih jahil dari anda?

"Aku faham setiap perkara punya tertib. Dan dalam menegur itu juga ada tertib-tertibnya. Lebih-lebih lagi menegur kesilapan orang yang alim. Tetapi jika teguran itu berlandaskan kebenaran yang nyata. Dan yang ditegur itu melakukan kesilapan yang nyata, maka kenapa mempertikaikan sangat tertib yang agak kasar didalam menyampaikan teguran tersebut? Lantas tolak saja dan abaikan saja? Kenapa melihatnya dari sudut yang sangat angkuh dan sombong?

Apabila seseorang itu melakukan kesilapan, Allah hantar kepadanya peringatan berbentuk teguran melalui berbagai-bagai cara. Salah satunya, Allah hantar orang lain untuk menegur kesilapan tersebut. Itu penzahiran Kasih Sayang Allah kepada hamba-hambaNYA yang berbuat salah. Kerana Allah itu Maha Mengetahui hambaNYA itu berbuat kesilapan kerana sifat lemahnya manusia itu tidak bisa lari dari sifat pelupa." _ Sumber

Post a Comment

2 Comments

  1. sy pernah terbace satu ayat tu, "lihatla pade ape yg dikatekan, jgn lihat siape yng berkate". sorry kalau silap. tp lebih kurang tu laa maksud ayatnye..

    ReplyDelete
  2. Bila kita terlalu taksub dengan seseorang tidak kira lah pemimpin mahupun alim ulama' yang salah pun kita akan nafikan umpama menegakkan benang yang basah.. Tiada manusia yang sempurna dan tidak pernah tidak berbuat silap..

    ReplyDelete