MENGENAI FILEM DUAN NAGO BOGHO DARI SABRI YUNUS


Sesuatu tentang Duan Nago Bogho dari Sabri Yunus.

Soalan yang pernah ditanya saya (Sabri Yunus) tentangnya.
  1. Apa tu Duan Nago Bogho? Duan tu nama watak.. Ridhwan.. Nago Bogho ( naga boro) tu sejenis ular berbisa..jadi Nago Bogho adalah gelaran pada Duan.
  2. Kenapa dialek Kelantan? Kenapa tak bahasa Melayu standard? sebab ini cerita latar belakang seni makyung.. bahasa pengucapan makyung dalam dialek Kelantan..dan cerita tentang jati diri.. jadi lebih meyakinkan dalam dialek Kelantan.. Dan tak semua pelakon cakap Kelantan.. ada cakap mandrin pun..
  3. Adakah ini cerita utk orang Kelantan saja? Cerita tetap universal.. tapi saya harus pilih satu latar utk bercerita.. cerita tentang bangsa kita.. tentang kecintaan pada seni budaya, pada hubungan kaum, pada erti persahabatan, pada keterbukaan minda..
  4. Kenapa pelakon sama jer dalam cerita cerita Sabri Yunus? Ya.. dalam Duan Nago Bogho sebenarnya ramai yang pertamakali dgn saya.. Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh, Dr Lim Swee Tin, Jason Chong, antaranya.. Sangeeta baru kali kedua.. pertama dakam telemovie.. Dr Lim Swee Tin dan Zamzuriah adalah kali pertama berlakon depan kamera.. pelakon lain memang selalu dgn saya.. mereka semua saya kenali kemampuan dan hati budi.. Saya percaya dengan mereka.. ini biasa mana mana pengarah pun .. kita boleh tengok pelakon pelakon mereka.. baik dalam negara atau luar negara.. biasa saja ni.. Teguh Karya semasa hayatnya hanya dua hero pilihannya. Satu Slamet Rahardjo dan Alexs Komeng.. itu pun bila Slamet dah tua baru ganti Aleks. Makna nya itu perkara biasa.. Asrulfaizal, Saidi Sabri, Issey Fazlisham, Husairi Husin, Angeline Tan Tyy, Arjunasukma, Pok Ku Redang.. bukan saja saling mengenali dan memahami malah mereka bagi yg terbaik dalam Duan Nago Bogho saperti selalunya dalam karya karya lain.. Malah saya juga berterima kasih pada Dr Saleeh Rahamad, Cik Mohd Khair Nagidiron dan sahabat PENA yg turut terlibat berlakon dan kerjasama yg lain.. Dan soalan terakhir..
  5. Cerita ni kesah apa bang? Itu kena tengok di panggung nanti.. Terima kasih..
Official Trailer- Duan Nago Bogho -MakYung dan Bergaduh Itu Maruah Aku | Di Pawagam 19

Petikan dari status facebook Sabrii Ibn Yunus


Post a Comment

0 Comments