Siapa Itu Tangmo? Biodata Lengkap Pelakon Thailand Yang Mati & Viral Di Tiktok

Tangmo Nida

Sekarang ini, heboh tentang berita mengenai kematian pelakon Thailand bernama Tangmo Nida di social media. Malah, kematian misteri Tangmo Nida telah menarik perhatian netizen, bukan sahaja di Thailand, malah negara-negara jiran seperti Indonesia dan Malaysia.

Tangmo Nida merupakan seorang pelakon berbakat dan juga model cantik dari Thailand telah ditemui meninggal dunia pada 26 Februari 2022 selepas hilang selama 2 hari selepas dikatakan terjatuh dari bot laju yang dinaikinya bersama pengurus dan empat rakannya yang lain di sungai Chao Phraya pada Khamis, 24 Februari 2022.

Mayat beliau ditemui terapung berhampiran jeti Pibulsongkram Nonthaburi oleh polis tempatan yang mencari sejak 25 Februari 2022.

Kematian pelakon Thailand berusia 37 tahun itu telah mengejutkan orang ramai kerana kronologi kematian Tangmo Nida akibat terjatuh dari bot laju dianggap ganjil dan tidak masuk akal. Malah, ramai netizen mengesyaki kematian Tangmo Nida adalah berpunca daripada pembunuhan terancang.

Ibu beliau sendiri turut curiga kerana merasakan puteri itu tidak mungkin mati lemas, kerana dia mengakui bahawa anaknya seorang perenang yang handal. Ini terbukti dengan beberapa gambar Tangmo di Instagram yang menunjukkan dia sangat suka berenang.

Tangmo Nida diketahui memulakan kerjayanya sebagai penyanyi pada tahun 2002. Wanita kelahiran Bangkok ini terkenal sebagai seorang yang periang dan peramah.

Wajahnya yang cantik membuatkan beliau mempunyai ramai peminat. Dikenali sebagai pelakon muda berbakat, Tangmo memulakan kerjayanya dalam bidang permodelan pengiklanan pada usia 17 tahun.

Nama Tangmo Nida telah dikenali sejak 1998 dan terus melonjak hingga kini. Nida adalah graduan Kolej Inovasi Sosial Universiti Rangsit.

Beliau telah berjaya membintangi lebih 38 drama Thai yang mendapat rating yang cukup tinggi. Tangmo juga pernah membintangi beberapa filem dan drama seperti Bangkok Love Stories, Ghost of Mae Nak dan Bai Mai Tee Plid Plew.

Biodata Lengkap Tangmo Nida

Berikut ialah biodata Tangmo Nida, pelakon Thailand yang maut selepas terjatuh dari bot laju di sungai Chao Phraya:

Nama Sebenar: Nida Patcharaveerapong / Pataratida Patcharawirapong
Nama Pena : Tangmo Nida, Tangmo Pataritda
Tempat Lahir: Bangkok, 13 September 1984
Usia : 37 tahun
Kewarganegaraan : Thailand
Tinggi: 168 cm
Berat: 47 kg
Pekerjaan: Pelakon dan model
Pendidikan: Kolej Inovasi Sosial Universiti Rangsit
Ibu bapa: Panida Sirayootyotin (Ibu)
Instagram: @melonp.official

Ini adalah profil dan biografi Tangmo Nida, pelakon Thailand yang meninggal dunia dan menjadi viral di social media TikTok.

Post a Comment

0 Comments