Casing Biodegradable Untuk Pengguna Wireless Earbud Sudio NIO.


Wireless earphone sudah menjadi trend bagi pengguna gadget buat masa ini. Semakin hari semakin banyak jenama yang menawarkan produk wireless earphone yang berkualiti tinggi. Antara yang menjadi tarikan saya adalah brand Sudio dari Sweden.

Wireless earphone dari jenama ini telah menjadi perbandingan oleh ramai youtubers dan blogger teknologi tentang kualitinya bersama produk kayangan jenama A***e. Kata mereka Sudio telah berjaya menghasilkan produk wireless earphones lebih baik dari jenama kayangan tersebut, malah ia dijual dengan harga separuh lebih murah. 

Sudio NIO Review

Apa yang menarik mengenai wireless earphone Sudio NIO ni guys? Jom kita tengok 6 kelebihan yang ada pada Sudio NIO wireless earphone secara ringkasnya.
  1. Pilihan warna yang menarik iaitu ; putih, hitam, hijau, sand & aurora
  2. Water Resistant (Kalis Air) ; IP (ingress Protection) rating untuk Sudio NIO adalah IPX4
  3. Kualiti Bunyi yang terbaik
  4. Empat (4) Wing Tip dengan saiz berbeza ikut kesesuaian & keselesaan pengguna
  5. Tempoh penggunaan yang lama ; mampu bertahan selama 5.5 Jam tetapi jika digunakan dengan bekas penyimpanan ianya mampu bertahan selama 20 Jam
  6. Kawal muzik & panggilan dengan touch panel

    Muzik
    Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan) - Play/Pause
    Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kiri) - Undo
    Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kanan) - Next
    Sentuh Tiga Kali (earphone sebelah kiri) -Rendahkan Volume
    Sentuh Tiga Kali (earphone sebelah kanan) - Tinggikan Volume

    Panggilan

    Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan) - Jawab Panggilan
    Sentuh Dua Saat (earphone sebelah kiri/kanan) - Letak Panggilan
    Sentuh Tiga Saat (earphone sebelah kiri/kanan) - Tolak Panggilan

Nio Case Apple Skin Leather Sudio Nio!


Kini sudio telah menghasilkan "casing" yang sesuai untuk pengguna Sudio Nio iaitu Nio Case Apple Skin Leather. Apa yang lebih menarik ianya merupakan casing yang dihasilkan daripada bahan semulajadi iaitu kulit buah epal. Ini adalah salah satu usaha dari Sudio untuk menjaga alam semulajadi. Saya sendiri pada awalnya tidak percaya bahawa casing ini dicipta dari kulit epal, malah ianya sangat cantik, dan elegen. 


Proses penghasilannya dimulakan dengan memproses kulit epal dari lembah Bolzano yang terletak di antara bukit dan ladang anggur di utara Itali. Kulit ini dikeringkan dan ditumbuk menjadi serbuk halus untuk dijadikan sebagai bahan asas yang akan digabungkan dengan bahan lain yang tidak beracun dan bahan yang organik. Setelah melalui segala proses maka terhasilnya kulit terbiodegradasi yang lebih tahan lama dan lembut apabila disentuh. Ternyata produk ini jauh lebih baik daripada produk kulit lain dan ini telah diperakui sendiri oleh USDA dan VeganOk. Jadi ia merupakan satu produk "biodegradable" .


Bahagian hadapan casing seperti dalam gambar. Casing pertama yang menggunakan kulit vegan! Sangat lembut dan selesa apabila dipegang. Ianya fit dan tidak terlalu ketat apabila dipadankan dengan wireless earbud Sudio NIO yang saya miliki.


Bahagian belakang casing seperti dalam gambar. Sangat kemas jahitannya. Terdapat tali getas sebagai kemasan menjadikan Nio Sudio yang kita letak didalamnya berada didalam keadaan selamat dengan liputan menyeluruh.

Promosi Sudio Nio Percuma Nio Case Apple Skin Leather

Untuk pengetahuan korang, sekarang ini @sudio_collabs_my telah mengadakan promosi yang cukup menarik tau. Korang boleh beli Sudio NIO dengan hanya MYR 272 (harga asal MYR359) dengan memasukkan diskaun kod : MAWARDI15 .


Paling best, dengan setiap pembelian Sudio NIO tu korang boleh purchase Nio Case Apple Skin Leather Sudio (bernilai MYR 119) ni dengan 50% diskaun. Tawaran ini untuk pembelian (beli di sini - https://www.sudio.com/my/) pada tempoh ini 25 Mei - 6 Jun (sehingga stok habis).

PENGHANTARAN adalah PERCUMA untuk seluruh Malaysia dan di mana sahaja (worldwide). Selain itu, korang akan dapat 3 tahun waranti dari Sudio Sphere.


Maklumat lanjut mengenai produk Sudio, korang boleh layari:

Post a Comment

1 Comments