LANGKAH CEGAH COVID-19 KETIKA MEMBELI BARANG KEPERLUAN


LANGKAH CEGAH COVID-19 KETIKA MEMBELI BARANG KEPERLUAN | Duduk di rumah bukanlah satu hal yang mudah untuk dipraktikkan bagi sesetengah orang. Nak nak kalau ianya memakan masa yang sangat lama. Sampai satu tahap, kita juga perlu keluar untuk cari dan tambah barang keperluan terutama makanan sebelum kehabisan stok. Adakah selamat untuk kita keluar?

Tapi harus diingatkan, banyak hal yang perlu kita ambil peduli untuk mengelakkan dan mencegah diri kita dari dijangkiti virus COVID-19 ketika berada diluar rumah untuk urusan penting seperti membeli barang-barang keperluan. Apa yang utama, ikuti arahan yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Pastikan korang keluar seorang diri, elak dari bawa kanak-kanak bersama. Selain dari itu, korang juga dinasihatkan untuk ikut langkah-langkah di bawah.

Topeng muka

Ada persoalan penting tentang penggunaan topeng muka ni pada mereka yang tak bergejala. Sebenarnya jika korang sihat dan tidak mempunyai sebarang simptom, tiada keperluan untuk anda memakai topeng muka. 

Pemakaian topeng muka sebenarnya lebih diperlukan oleh mereka yang tidak sihat, individu dengan sistem imun yang rendah, individu dewasa lebih berusia dan kanak-kanak. Tapi tidak salah untuk mereka yang sihat memakainya, paling tidak korang dilindungi.

Gel pembersih tangan (hand sanitizer)

Pada ketika ini, mungkin ramai dikalangan kita fobia dengan kebersihan keadaan sekeliling. Walaupun pihak premis seperti pasar raya mungkin telah melakukan disinfeksi pada permukaan, tetapi tiada salahnya anda juga mengambil langkah berhati-hati. 

Pastikan gel pembersih tangan sentiasa ada bersama korang. Pakai gel pembersih tangan ni sebelum memegang troli, eskalator, tombol pintu, butang lif mahupun sebelum memegang Nozel Pam Minyak semasa mengisi minyak kereta.

Sarung Tangan

Selain dari penggunaan gel pembersih tangan, korang juga boleh memakai sarung tangan sebelum menyentuh apa-apa permukaan yang berisiko. Penggunaan sarung tangan sangat diperlukan ketika melakukan beberapa aktiviti diluar termasuklah ketika berurusan di mesin ATM dan di stesyen minyak.

Pastikan korang membuka sarung tangan dengan betul sebaik sahaja selepas digunakan (selesai urusan) dan buang ke dalam tong sampah. Elak untuk pakai sarung tangan tersebut sampai tiba di rumah. Kemungkinan korang sudah menyebarkan virus dimerata tempat sebelum tiba dirumah termasuk dalam kereka korang.

Jarak Sosial
Bila berada di lokasi yang mempunyai orang ramai, pastikan korang menjarakkan diri korang dengan individu lain sekurang-kurangnya 1 meter. Ini terutamanya jika individu terbabit tidak sihat dan mungkin mempunyai simptom. Kalau boleh, elakkan berada di kawasan atau tempat yang sesak dan tumpuan ramai.

Bersihkan Diri

Sekembali daripada membeli barangan keperluan, elakkan dari mendekati ahli keluarga. Sebaliknya , terus ke bilik mandi untuk mandi dengan sabun, basuh pakaian yang korang pakai ketika keluar.

Baca Doa

Selain dari itu, untuk umat islam kita boleh amalkan membaca doa untuk melindungi kita dari penyakit berbahaya. Selepas kita berusaha untuk mencegahnya, kita harus bertawakkal kepada Allah.



Sumber photo dari hellodoktor.com

Post a Comment

20 Comments

  1. Macam-macam virus pelik-pelik sekarang ni. Kita memang kena hati-hati

    ReplyDelete
  2. tips bawah sekali tu paling suka. ikhtiar dulu segalanya, barulah kita berserah tawakal kepada Allah

    ReplyDelete
  3. nice sharing..musim covid19 ni semua aspek kena dititikberatkan lebih2 lagi kalau kluar membeli brg ni..yelah bukan kita sorang je yg pegang brg2 yg ada kat kedai tu

    ReplyDelete
  4. sepanjang PKP yg lepas, 3 kali je saya gi beli brg dapur.
    sebab husband x brape ok tang pilih pilih brg dapur, saya selesa gi sendiri.
    masa tu ok, berani lah, mawardi. social distancing still ok.
    but, start tomorrow mcm seram la plak nak gi soping brg dapur.
    everybody dah flush out ke jalanan! dah le 2-3 hari kes positif covid19 naik datanya :(

    ReplyDelete
  5. Nice sharing bro.. Insyallah kalau kita ikuti langkah2 tersebut, kita berjaya mencegah covid dari terus merebakk..smoga wabak covid 19 nie cepat berakhir..

    ReplyDelete
  6. good sharing. sekarang memang limitkan keluar rumah. grocery semua beli online je. sebab ramai yang tak patuh pkp area sini. jadi risau nak keluar.

    ReplyDelete
  7. Ya bila keluar kita harus ingat tip tip yg diberikan itu supaya kita selamat dan org pun selamat.

    ReplyDelete
  8. Kita akan hidup dalam new normal. Buat kelainan dripada kebiasaan. Bgus ajar kita kebersihan dan berjaga2. Tapi sarung tangan tu tak semua org boleh pakai kan. Haritu nad pun firstime keluar.. Selalu dengan family ni sorang2

    ReplyDelete
  9. terima kasih share. sekarang memang penting menjaga kebersihan & kesihatan kita. semoga ramai yg boleh patuh arahan & mengikut apa yg disuruh.

    ReplyDelete
  10. Good Sharing . Semua iena ikut start dari PKP fasa 1..tapi PKP fasa 4 baru ni shopping tak pakai sarung tangan pulak..terlupa..bawak je tapi masa amek troli tu rushing sebab nampak dah sampai giliran iena nak masuk..adek tgh beratur..amek laju2 terus masuk haha lupa nk pakai glove..hurmm alang2 tak pakai dah tu iena keep spray sanitizer je la :D
    Sebelum masuk kereta pun satu badan spray sanitizer .

    ReplyDelete
  11. Setakat ni yang jelyar beli keperluan ruamh suami saya. Setiap kali dia nak keluar memang saya ingatkan dia buat seperti yang si kongsikan melain sarung tnagan sahaja tak ada. Tapi dia siap standby sanitizer yang spray..Dia sendiri beritahu takut tengok ornag kita beli shopping ada yang tak jaga penjarakan sosial ni.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulilah setakat ni semua Sis ikut, cuma sarung tangan tu je tak, kalau ke supermarket, Sis sarung je plastik yang beli barang tu, then siap belanja semua, buang dan sapu hand sanitizer... tang doa tu, masa time belanja, bermacam zikir baca hehehehe

    ReplyDelete
  13. Nice sharing. Amat berguna untuk kita yang masih dalam tempoh nak sesuaikan dengan The New Normal dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  14. Agree. Dulu selalu sanitize trolli shopping mart orang kiri kanan pandang. Sekarang semua pon nak sanitize kan. Haha. Sebenarnya kena lebih alert je dengan hygiene kita insyaAllah boleh dikawal

    ReplyDelete
  15. Ha'ah itulah yang akak amalkan. Ikut saranan KKM dan WHO. kalau bleh bayar pun pakai debit kad aje. Tak perlu bawa bag besar. Shopping bag, wallet kecik,kad akses, kunci rumah dan kunci kenderaan. Moga kita dijauhi dari penyakit merbahaya.

    ReplyDelete
  16. Covid19 masih ada di luar tu. Amalan sihat sebegini memang perlu diamalkan oleh kita semua.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, sama-sama lah kita beringat-ingat. PKP belum berakhir dan sentiasa kena berhati-hati. Terima kasih sharing

    ReplyDelete
  18. Za dari dulu mmg amalkan kebersihan mcmni time keluar beli brg umah.. Mmg akan spray sanitizer sbb anak pernah kena hfmd so jadi fobia skit.. Org lain tgk kita mcm paranoid je dulu spray sana sini.. Last2 skng mmg kena jadi normal baru.. Huhu

    ReplyDelete
  19. Sejak pkp, boleh kira 2 ke 3x je suami keluar ke pasaraya. Kami byk order online sahaja atau membeli di kedai runcit. Ada sekali kami pergi mall, pakai sarung tangan siap😂😂

    ReplyDelete
  20. Artikel ini sangat memberi manfaat, terima kasih!

    Kursus Pengendalian Makanan

    ReplyDelete