Majoriti dari kita mengimpikan gaya hidp dan badan yang sihat kan? Tak nak badan yang gemuk dan obesiti. Korang tahu tak bahawa negara kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai paling ramai orang gemuk di Asia sejak tiga tahun yang lalu. Laporan ini bukan rekaan semata-mata tau. Apa yang lagi mengejutkan, separuh dari penduduk Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dengan kadar obesiti meningkat 300% dalam masa hanya dua tahun. Menyeramkan bukan?
KUBIS & KALE
Apa yang kita perlu lakukan untuk mengelakkan perkara ini terus terjadi, especially kepada diri kita sendiri? Selain dari senaman yang betul dan cukup, kita juga perlu menjaga pemakanan kita. Bila bercerita bab makanan ni, saya tertarik dengan satu restoran baru dibuka iaitu Kubis & Kale yang berada di Bandar Sunway.
KUBIS & KALE
Apa yang kita perlu lakukan untuk mengelakkan perkara ini terus terjadi, especially kepada diri kita sendiri? Selain dari senaman yang betul dan cukup, kita juga perlu menjaga pemakanan kita. Bila bercerita bab makanan ni, saya tertarik dengan satu restoran baru dibuka iaitu Kubis & Kale yang berada di Bandar Sunway.
Untuk pengetahuan korang, Kubis & Kale ni merupakan sebuah restoran yangmenyediakan pelbagai makanan berkhasiat berkonsepkan poke bowl. Kubis & Kale telah diasaskan oleh Chef Aaron Lim yang mana beliau merupakan perintis gaya makanan poke bowl (sajian nasi bercampur dengan ikan mentah perap yang berkhasiat dan segar, dihidangkan dalam mangkuk) di Malaysia. Jadi Kubis & Kale ni telah membawa trend ini ke mercu lebih tinggi dengan hidangan sihat “Poke, Cooked Foods & Vegans In A Bowl.”
Bukan mudah untuk seseorang yang ingin berdiet menerima dan memakan makanan diet yang sedia ada. Nak nak bila bab nak menyediakan makanan tesebut. Dengan pembukaan restoran baharu ini, dengan persembahan makanan mereka yang cukup menarik dan murah, saya rasa mereka dapat membantu rakyat Malaysia yang ingin berdiet dan menjaga badan dengan mudah. Sangkaan saya bahawa makanan diet ni tidak sedap terus berubah apabila saya sendiri telah mencuba beberapa hidangan dari Kubis & Kale ni . Ianya sangat menarik perhatian, portion yang agak besar dan sudah semestinya sedap.
Menurut Aaron, Kubis & Kale merupakan tempat untuk menikmati makanan biasa, bermusim, dan sihat.
“Kami memberi penekanan kepada pilihan apa yang kita makan, sumber dan cara penyediaannya. Falsafah kami ialah masak dari mula dengan menggunakan bahan-bahan bermusim yang sihat, menjalin hubungan dan bekerjasama dengan masyarakat petani, pembekal & masyarakat yang menyokong dan memperjuangkan makanan sebenar,” kata Aaron.
“Kami berusaha menyenangkan kita untuk menjamu selera, menjadikan makanan mudah didapati dan pada harga yang termampu. Tidak ada masalah untuk makan di sini, kerana pelanggan boleh memesan pelbagai sajian makanan yang sihat dalam suasana minimalis tetapi persekitaran hijau mendamaikan yang selesa. Kami menyediakan keperluan untuk mereka yang mahu menikmati makanan ringan dan hijau dengan sedikit daging untuk mereka yang masih mahu makan daging. Sajian makanan kami sangat menarik untuk seluruh generasi baharu, khususnya pengguna media sosial. Kami ingin menganggap diri kami sangat mengikuti trend tetapi tetap berpaksi kepada makanan yang sihat,” jelas Aaron.
Menurut Aaron lagi, ‘poke bowl’ tetap menjadi makanan ruji utama dalam menu Kubis & Kale. Kegilaan terhadap makanan ini yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lepas nampaknya akan berterusan. Daya tarikannya terletak pada keupayaan orang yang makan untuk menyesuaikan masakan dari Hawaii ini dengan pelbagai bahan asas, ramuan dan sos; dengan potongan isi ikan mentah yang diperap, biasanya tuna; yang kemudiannya diletakkan di atas makanan asas seperti pilihan nasi atau soba atau quinoa dengan taburan sayur dan sos umami di atasnya.
Di Kubis & Kale, Aaron sendiri telah mencipta bahan perasanya / sos. Bahan-bahan dan perisa baru untuk membawa ‘poke bowl’ ke tahap seterusnya dengan memperkenalkan 3 jenis makanan baharu khas untuk vegetarian/vegan dan mereka yang mahu menikmati makanan sihat :
- ‘Poke Bowl’ (mentah & masak)
- Makanan masak
- Menu makanan untuk vegetarian / vegan
Kubis & Kale membawa faktor “makanan sihat” ke satu lagi tahap dengan bahan-bahan perap yang unik, diekstrak secara semula jadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Beberapa faktor menarik tentang ‘Poke’ (mentah / segar) dan makanan vegetarian / vegan :
- Menggunakan lebih banyak bahan makanan segar / sejuk / diperap sendiri, khususnya ikan salmon, tuna, ayam dan sebagainya
- Lebih banyak makanan segar / dimasak
- Menawarkan menu bermusim
- Pilihan sos vegan
- Menawarkan lebih banyak pilihan protein untuk vegetarian / vegan
- Pelbagai sos yang dibuat sendiri
Konsep "Poke Bowl" ini membenarkan pelanggan memilih sendiri makanan yang mereka suka mengikut katogori tertentu seperti Base, Sides, Topping, Proteins, dan Sauce. Harga normal untuk saiz regular adalah RM15.90 manakala untuk yang bersaiz besar adalah RM19.90. Pelanggan juga boleh meminta untuk add ons dengan tambahan harga.
PENGGUNAAN SAYURAN KARBON
Kubis & Kale menggunakan sayuran karbon seperti yang dibekalkan oleh Pakar Perladangan Karbon Janaan Semula Bandar dan Pertanian yang mana ianya merupakan Perintis Tumbuhan Karbon (teknologi pertanian terbaharu digunakan di Australia dan Perancis, dan pertama di Malaysia). Sayuran karbon mempromosikan amalan makan sayuran hijau yang bersih dan selamat, dengan kandungan nutrien yang tinggi. Penggunaan kaedah pertanian penjanaan semula karbon yang bebas daripada bahan kimia dapat mengurangkan logam berat, menyerap karbon ke dalam tanah, tidak berbau dan merangsang kaedah pertanian jitu.
Pakar diet Indra Balatratnam menjelaskan tentang fakta pemakanan dan cara mengimbangkan makanan seseorang dalam satu mangkuk untuk kehidupan moden sekarang. Menurutnya, apa yang kita makan dalam sehari boleh mempengaruhi perasaan, kesejahteraan dan keadaan kesihatan kita. “Makanan secara langsung boleh menambah baik mood kita, membuat kita rasa bertenaga dan melenyapkkan rasa kembung dan senak perut kita.
“Bagi mereka yang sentiasa sibuk dan mendapati sukar untuk mengambil makanan yang sihat, poke bowl menawarkan peluang kepada mereka untuk mencampur padan pelbagai bahan seperti protein pejal, kacang, sayuran warna-warni, kekacang, bijian dan bijirin untuk membentuk kombinasi bahan masakan untuk sajian makanan mereka. Sajian yang begitu menyenangkan, mengandungi kebanyakan nutrien yang anda perlukan dan bersahaja untuk dimakan, kesemuanya dalam satu mangkuk dengan sukatan yang betul untuk keperluan makanan anda,” jelas Indra.
Selain dari makan di restoran, kita juga dibenarkan untuk take away. Bagi saya, Kubis & Kale yang terletak di Bandar Sunway ni sangat sesuai untuk mereka yang ingin menikmati makanan yang sihat dan segar dan untuk mereka dari golongan bergaya hidup sibuk. Berita baik untuk korang semua, Sempena Hari Vegan Antarabangsa ni Kubis & Kale ada menawarkan promosi "Beli 1 Percuma 1" dari 1 November hingga 3 November 2019. Ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup lebih sihat.
Untuk maklumat lanjut :
Kubis & Kale
Lot 2 & 4, Ground Floor
Jalan PJS 11/5 Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya
Selangor
Operation Hour : 10.30 am - 10.00 pm
Facebook : www.facebook.com/kubis&kale
Instagram : www.instagram.com/kubisandkale
0 Comments