TEMPAH BUSANA TRADISI MELAYU LELAKI BIN MANSOR


Tempohari saya telah mnyertai flashmob awam yang bertemakan pakaian Retro dan Tradisional iaitu Retro Klang. Memandangkan jiwa melayu terlalu kuat dalam diri saya, maka saya telah memilih untuk memakai busana tradisional melayu.


Ada beberapa kedai di sekitar Kuala Lumpur telah saya survay untuk menyewa pakaian tradisional melayu, tapi hampir kesemuanya mempunyai set busana yang terlalu berat dan biasa kita lihat iaitu busana golongan elit dan diraja pada zaman dahulu. Apa yang saya cari adalah konsep pakaian tradisional rakyat biasa seperti pakaian tradisi orang-orang kampung.


Impian saya tercapai bila ada kawan yang syorkan untuk ke Butik Bin Mansor kepunyaan En. Herin Bin Mansor yang berlokasi di rumah beliau sendiri di Taman Sri Jelok, Kajang . En. Herin memulakan minat beliau dengan membuat tanjak iaitu bermula tahun 2015 hingga 2016. Selepas itu, beliau meneruskan lagi minat beliau secara lebih mendalam dalam cipta dan jahit pakaian tradisi. Sehingga kini beliau mampu menghasilkan set penuh busana lelaki tradisi melayu dari tanjak hinggalah ke capal.

Bin Mansor
En. Herin khusyuk berkongsi cerita mengenai busana yang ada
Masa kami ke rumah beliau, dapat jugak lah belajar serba sedikit berkenaan dengan busana tradisional ni. Pasal tanjak, pending, keris benkung dan sebagainya. Kalau nak dengar pasal semua nampak gaya kami kena berkampung kat situ lah malam tu.

bin mansor
Antara beberapa jenis koleksi tanjak yang boleh korang tempah untuk dibeli
Bin Mansor
Antara koleksi baju melayu yang siap untuk dijual
Memandangkan konsep yang kami nak tu santai dan biasa maka pakaian yang dipadankan untuk kami adalah dari pelbagai warna iaiatu mix and match. Jadi jom kita tengok apa yang kami pilih untuk dipakai.

bin mansor

TANJAK | Tengkolok yang saya pakai tu pulak bernama Tanjak Bugis Tak Balik. Kalau ikut sejarah tanjak jenis ini banyak dipakai pada masa dahulu di neger-negeri yang mempunyai pengaruh Bugis seperti Terengganu, Johor, Selangor dan Perak. Khabarnya tanjak jenis ini gemar dipakai oleh KDYMM Almarhum Sultan Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah .

Bin Mansor
Ikatan Sampin Dendang Perantau
SAMPIN | Ikatan sampin saya tu pula adalah jenis ikatan Dendang Perantau . Alkisahnya saya ni main pakai je sampin tu. Disebabkan selalu je londeh masa berjalan jadi ada lah yang datang membantu untuk selesaikan masalah itu. Ikatan ni memang cukup kuat. Walaupun kita tak pakai bengkung, ianya memang padat dan terletak. Ni kalau saya bersilat pun confirm tak akan tercabut.

Bin Mansor
Seluar potongan Aceh
Bin Mansor
Seluar potongan Melayu
SELUAR | Jenis seluar pula ada dua iaitu seluar potong melayu dan seluar potong aceh. Kedua-dua jenis seluar ni pun ada perbezaannya. Gambar pertama di atas ni merupakan jenis seluar potong aceh. Tak banyak beza dengan jenis seluar potong melayu, cuma bahagiam cawat tu ianya labuh dan lebih bebas. Tapi jika kedua-dua jenis seluar ni dipakai ianya tak nampak perbezaan sangat pun. Jadi korang boleh pilih lah yang mana sesuai dan padan dengan korang.

Bin Mansor

Gambar kat atas ni adalah busana yang kami ambil pada malam tu. Saya sendiri memakai seluar jenis potong melayu dan Fauzi pula memakai seluar jenis potong Aceh. Memandangkan kami tak ada keris dan bengkung, maka kami cuba pakai baju melayu tu seperti pakaian orang Johor iaitu konsep sampin kat dalam.

bin mansor
Bergambar kenangan dengan peserta Retro Klang 2019
Jadi kalau korang pun nak berbusana melayu tradisional, saya sangat mengesyorkan untuk korang tempah dengan En. Herin ni. Insyaallah beliau akan bantu korang untuk memilih gaya apa yang sesuai untuk korang gayakan nanti. Nak tempah tanjak ke, baju dan seluar ke atau full set ke, Insyaallah beliau boleh bantu korang. Untuk tempahan dan pertanyaan, korang boleh berhubung dengan beliau terus melalui aplikasi Whatsapp +6018 6642 568.


Post a Comment

1 Comments

  1. Menarik... Boleh jadikan panduan nak beli untuk Otomen nanti.. Thanks for sharing the info

    ReplyDelete