MEDLEY 12 LAGU FINALIS AJL33 (CALIPH BUSKERS)


Bahang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 makin terasa. Agak kecewa bila tahun ni saya tak berkesempatan untuk menyaksikan secara live bersama kawan-kawan blogger yang lain pada 3 Februari ni di Axiata Arena, Bukit Jalil. Apa yang paling saya tunggu adalah sudah semestinya gadingan Sherry Al Hadad dan Alif Satar sebagai pengacara Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas berjayanya gandingan mereka pada persembahan live AJL pada tahun lepas.


Jadi untuk menghangatkan lagi Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 yang bakal tiba tu, jom kita saksi dan dengarkan Medley 12 Lagu Finalis AJL33 yang dipersembahkan oleh kumpulan istimewa Caliph Busker.  


Untuk pengetahuan korang Medley 12 Lagu Finalis AJL33 ini telah dihasilkan oleh pihak Faithful Music. Yang menariknya setiap ahli kumpulan Caliph Buskers dapat menyanyikan setiap lagu dengan baik walaupun tanpa bantuan autotune. Jadi bakat yang dimiliki ahli kumpulan Caliph Buskers memang hebat dan tidak perlu dinafikan lagi. Antara 12 lagu yang ke final AJL, lagu mana yang anda jangka bakal menjuarai AJL 33?

Post a Comment

1 Comments

  1. best..!! bakat Allah kasi kat depa walau kurang dari segi lain..

    ReplyDelete