KEDAI BARANG PRE LOVED PALING LAKU DI USJ | JALAN JALAN JAPAN



Barang "pre loved" atau lebih dikenali sebagai produk second hand atau bundle oleh kita yang marhaein ni cukup sinonim dengan barang berkualiti tinggi dan berjenama. Memandangkan lifestyle rakyat Malaysia ni cukup gemar bergaya disamping berjimat, ia sudah menjadi satu fenomena dikalangan kita. Tidak hairanlah mana-mana kedai bundle atau "pre loved" akan sentiasa dikunjugi oleh peminat-peminat mereka.


Kebiasaannya kita hanya dapat lihat kedai barangan pre loved ni hanya sedakad satu lot kedai kecil yang disewa, tapi jangan terkejut jika saya katakan ada juga kedai yang menjual barang pre loved ini sebesar gudang yang mempunyai dua tingkat. Bukan seperti kebiasaan kita tengok sekadar pakaian yang dijual, malah penuh dengan pelbagai barangan lain seperti alatan dapur, alatan sukan, barang permainan, malah perabut terpakai juga dijual.


Apa yang lebih membuatkan saya teruja, kesemua barangan ini adalah barangan "pre loved" dari negara matahari terbit Jepun. Kedai yang saya maksudkan ini merupakan Jalan Jalan Japan yang berlokasi di One City, USJ.


Jepun, sebuah negara yang cukup terkenal dengan budaya dan destinasi-destinasi menariknya. Bukan itu saya, mereka juga merupakan negara maju berpendapatan tinggi yang cukup disegani. Walaupun begitu mereka mempunyai masalah kekurangan ruang untuk menyimpan barang. Oleh sebab yang demikian mereka hanya memilih barangan yang berkualiti, menjaganya dengan baik dan menghargai barangan yang digunakannya sendiri sehinggakan barangan yang telah digunakan tetap kelihatan seperti baru.


Mereka percaya bahawa dunia luar merupakan tempat terbaik jika barangan kepunyaan mereka boleh disukai oleh orang lain di luar sana. Ini menyebabkan mereka menjual barang-barang mereka sebagai barangan 'Preloved'.


Jadi tidak perlu hairanlah kalau saya katakan disini korang boleh dapat produk yang masih elok dan berkualiti. Bukan itu sahaja, korang juga bakal menjerit bila tengok tag harga pada setiap barangan. Jangan terkejut kalau saya katakan harga barangan disini ada serendah RM 2.

PAKAIAN




Sempat jugak saya shopping kat sini, berbekalkan RM100 macam-macam dapat rembat kat sini.


Baju yang saya pakai tu dalamnya ada lapisan bulu angsa, cantik dan berkualiti kot, harga RM40. Yang Potia pakai tu hanya berharga RM15. Ramai jugak kawan-kawan tanya, *Malaysia dah turun salji ke? eh ahahahaha


ALATAN DAPUR



Bagi housewife mesti suka bahagian ni, macam-macam ada okay. Yang penting tengok dan check betol-betol. Tapi majoriti barang masih dalam kualiti yang baik dan berfungsi.

BARANGAN PERMAINAN



Kalau korang tak nak habis duit, elakkan dari lalu di kawasan ni. Mana taknya, semua #hargagiler kot. 


 ALAT MUZIK



Bahagian ni pulak memang laku habis, kali ke dua saya datang ke sini boleh dikatakan hampir tak ada barang disini. *jadi kena tunggu diorang restok la kan.

ALATAN SUKAN





PERABUT



Bahagian perabut ni pon sama, tinggal satu dua unit je yang besar-besar. Mungkin orang tak sanggup nak angkut kot.

BARANGAN KANAK-KANAK




Bagi korang yang nak jimat dalam berbelanja barang bayi, silalah kesini. Peenuh dengan mak bapak bawak baby okay. Apapon kalau datang kat sini jangan lupa kosongkan bonet anda ya. hehehehe. SELAMAT BERCUTI

Post a Comment

6 Comments

  1. Dekat betul dengan rumah saya ni tapi belum sempat menyinggah lagi...

    ReplyDelete
  2. Ya ampun! rambang mata tengok..dah la besar..barang plak banyak gile..

    ReplyDelete
  3. rambang mata..nanti nak ajak suami pergi sini..lagipun tak pernah p jejak one city ni

    ReplyDelete
  4. dh bc 2 entri psl ni.. bestla pulak tp jauhnyela....

    ReplyDelete