SENI BUNGA TEKAP DAN PERSONALITI DIRI


BACA PESONALITI DIRI MELALUI BUNGA KERING | Bunga segar sudah semestinya tidak akan tahan lama jika diberi pada orang yang tidak pandai menafaatkannya, tetapi jika sebaliknya dengan pembuatan bunga tekap (bunga kering) ia boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan kerana hasil kerja seni ini sangat tinggi nilainya dan boleh mencecah ribuan ringgit sepertimana yang telah diusahakan oleh Puan Esiah Kaimun dari Banting, Selangor.

Baca personaliti diri
Selain membuat bunga tekap, Mak Cik Esiah juga memiliki kelebihan membaca pesonaliti seseorang melalui bunga. Maksudnya disini, beliau mampu membaca personaliti kita dengan melihat cara susun atur bunga tekap yang kita buat. Mak Cik Esiah juga mampu memberi khidmat motivasi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Hampir 90% bacaan personaliti MY benar. Persoalannya macamana dia boleh tahu sedangkan kami berjumpa baru beberapa jam. hehe. Apa yang paling mengejutkan bila dia beritahu MY bahawa keinginan untuk meniaga tinggi, tetapi apa yang hendak diniaga tu masih belum ada.

Yes, itu memang benar. Sangat benar. huhu.

Bagi korang yang nak mendapatkan hasil bunga tekap Mak cik Esiah ni bolehlah rujuk info di bawah ni.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

LAMAN KRAFTANI ENTERPRISE
(Esiah Kaimun) 
Lot 1618, Jalan Damai, Sungai Lang Tengah
Banting, Selangor.

Tel: 019-253 4620
Tel/fax: 603-3181 7052

Post a Comment

1 Comments

  1. terbaik...boleh bace personaliti, kite pun lagi jelas tentang kelebihan dan kelemahan kita sebab seolah2 ade orang lain yang remind kite...

    ReplyDelete