Komen Ikhlas Filem Bisikan Syaitan

Komen Ikhlas Filem Bisikan Syaitan  | Tak tahu macamana nak cakap ,apatahlagi untuk gambarkan disini bertapa teruknya filem yang aku tonton semalam dekat GSC Alamanda. Bukan salahkan panggung wayang (GSC), tapi salah filem yang ditayangkan. 

Kelihatan beberapa kerat penonton didalam panggung yang hanya boleh dikira dengan jari tanpa menggunakan formula-formula matematik simple pun. Dari saat ke saat seterusnya filem ditayangkan seakan-akan tiada motif dan tiada sesuatu yang menarik. Ia hanya membuatkan si penonton hanya gelisah ingin keluar dari panggung secepat yang boleh. Bukan kerana takut dengan genre filem seram tersebut, tapi kerana terasa seperti "entah pa-apa".
Maaf kerana komen telus dari hati,
sebab terasa diri ini dah termakan hati membeli dan menonton cerita seperti ini.

Eheh tetiba terpantun 2 kerat plak. Bukan nak salahkan filem melayu kita, sebab banyak je filem melayu yang bagus. Cuma pada pendapat wa sebagai peminat setia filem melayu ni, Filem macam ni la yang membuatkan Filem Melayu lain menjadi mangsa cemuhan. So bagi sape-sape yang belum dan teringin nak menonton filem ini, fikir banyak kali hehehehe. kbai

Post a Comment

0 Comments