Istilah Minda : BB (bukan blackberry tapi baucer buku)



Jom kawan-kawan ,terutama yang belajar di UPM. Memo dah keluar untuk ambil baucer buku nie. So pakat-pakat la kita pergi tuntut ye.



Tadi waktu aku pergi kat Bendahari tadi Ramai giler yang pergi, tapi perempuan jer??? tetiba konfius, mana budak lelaki? 
ke baucer tu untuk budak pompuan jer?? hehehehe
Apapon moh la kita tuntut baucer buku tue. 

Tapi kena ingat:

 TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
Sumber
http://www.mohe.gov.my/portal/component/content/article/34-slide-banner/535-baucar-buku-1malaysia.html


Post a Comment

6 Comments

  1. wow..dh blh tuntut heh.. ktaorg form6 xthu bila blh amek..

    p.s/ knapala xbg duit ja..kan best..

    ReplyDelete
  2. ha... sabo2 yer.. tulah yang kami mahasiswa2 pelik. kalo bagi duit kan senang.
    Tp bukan ker budak sekolah boleh duit???

    ReplyDelete
  3. Yang rajin selalu kat U ni budak pompuan..
    Yang lelaki ni suka potostat buku not abudakpompuan..hehhehe
    Teringat zaman kat U

    ReplyDelete
  4. hahhaha..gulp.. terasa saya.. hehhehe.. tp nak wt camner kan dh memang macam tu hahah

    ReplyDelete
  5. ha yang tu saya x pasti.. try p kat
    http://www.mohe.gov.my/portal/component/content/article/34-slide-banner/535-baucar-buku-1malaysia.html

    ReplyDelete