Pengalaman Sewa Dan Naik Hummer Limousine di Stadium Sultan Ibrahim (JDT)


Pengalaman Sewa Dan Naik Hummer Limousine di Stadium Sultan Ibrahim (JDT) | Tak lengkap rasanya bila ke Johor, kalau korang tak singgah di stadium ikonik bola sepak Johor Darul Ta'zim iaitu Stadium Sultan Ibrahim.

Lebih menarik, disini korang berpeluang untuk naik dan experience sendiri Hummer Limo yang sudah tentu berharga ratusan ribu ringgit dengan hanya membayar serendah RM30 sahaja. JD Hummer Tour ini membolehkan pengunjung melihat sendiri stadium ikonik bola sepak Johor Darul Ta'zim itu dengan menaiki kereta mewah itu selama 10 minit.
@projektravel Sewa Hummer Limousine pada harga Obike/e-scooter? Kini, orang ramai berpeluang untuk menikmati pengalaman JDT Hummer Tour di Stadium Sultan Ibrahim dengan membeli tiket berharga RM 30 saja! #StadiumSultanIbrahim #JdtHummerTour #JDT #Johor #SewaLimousine ♬ original sound - projektravel - ProjekTravel

Sebagai info, Hummer Limousine dianggap sebagai 'raja limo' disebabkan oleh rang kabinnya yang lebih luas dan selesa. Limo mewah berukuran kira-kira 9.5 meter panjang in boleh membawa kira-kira 20 orang penumpang pada satu-satu masa. Harga bagi sebuah Hummer Limo dianggarkan boleh mencecah $165,000 - $220,000 (~RM 695k - RM 926k) di pasaran AS.

Terdahulu pada September 2016, media melaporkan bahawa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menghadiahkan sebuah Hummer Limo kepada kelab bolasepak berkenaan bagi kegunaan rasmi pengurusan kelab JDT.

JDT HUMMER TOUR

Lokasi: Stadium Sultan Ibrahim
Harga Tiket : RM30
Masa Lawatan: 10 Minit
Hari Operasi : Jumaat - Ahad
Waktu Operasi :
sesi pagi : 11:00pagi – 2:00petang
sesi malam : 5:00petang – 10:00malam

Post a Comment

0 Comments