Cara Semak Saman Melalui SMS


Cara check saman polis & JPJ melalui SMS |  Kadang-kadang, mungkin ada diantara kita yang terlepas pandang mengenai saman. Sekurangnya, kalau kita dapat check saman ini, dapatlah kita tahu mengenai status terkini mengenai saman semasa yang kita ada.

Korang tahu tak  yang mana sekarang ni kita dah boleh semak status saman kita melalui SMS. ianya sangat mudah, cepat dan mesra pengguna. Tidak dinafikan, setelah pengenalan cara untuk menyemak saman melalui SMS mahupun online ini, telah banyak memberi manfaat kepada pengguna untuk menyemak saman mereka.

Apabila kaedah semak saman melalui SMS ini diperkenalkan, kita sebagai pengguna hendaklah mengambil sikap bertanggungjawab dan mengambil peluang yang ada untuk menyemak saman kita. Paling tidak, ambil tahu supaya tiada saman tertunggak atau masalah timbul kelak.

Apapon, dalam artikel ini saya nak kongsikan kepada korang bagaimana CARA CHECK SAMAN SMS.

CARA CHECK SAMAN MELALUI NO PLATE/NO KAD PENGENALAN

Untuk korang yang ingin menyemak status saman terkini, ia boleh dilakukan dengan mudah melalui SMS. Berikut adalah cara untuk anda chek saman trafik secara SMS sebagai panduan anda ;
  1. CheckSaman PDRM melalui SMS
  2. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
  3. Hantar ke 15888 atau 32728
Contoh – POLIS SAMAN AAA888 atau POLIS SAMAN 890301035555

Jika ada saman, korang boleh bayar di MyBAYAR SAMAN PDRM.

Anda juga boleh memohon untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan saman anda melalui e-mel. Perincian saman akan dihantar kepada anda menerusi alamat e-mel yang diberikan:

Check Saman Polis melalui SMS

  1. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan<jarak>alamat e-mel
  2. Hantar ke 15888 atau 32728
  3. Contoh – POLIS SAMAN AAA888 [email protected] atau POLIS SAMAN 890301035555 [email protected]
Check Saman JPJ melalui SMS
  1. Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh – JPJ SAMAN 890301035555 atau JPJ SAMAN AAA888
Kalau nak bayar saman di kaunter, anda kena buat TEMUJANJI ONLINE JPJ(STO JPJ)

Untuk perkhidmatan melalui SMS ni, caj perkhidmatan sebanyak 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen akan dikenakan untuk setiap penerimaan mesej.

UNTUK MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

Jika anda mempunyai lagi sebarang kemusykilan, hantarkan aduan anda ke Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM di talian 03 – 22663319 atau melalui email ke [email protected]. Untuk aduan JPJ hubungi talian 03 – 8000 8000 atau emailkan ke [email protected]


Post a Comment

1 Comments