YOODO ANJUR HARI BERTEMU KOMUNITI SEMPENA ULANG TAHUN MEREKA YANG PERTAMAMERIAHNYA


Komuniti Yoodo telah dibentuk sejak Januari 2018 lagi dan mempunyai komuniti dalam talian paling berjaya mencapai hampir 200,000 pengguna yang melawat platform dan menerima 2 juta pandangan daripada masyarakat Malaysia. Matlamat utama penubuhan komuniti ini adalah untuk menggalakkan dan membolehkan para pelanggan berkongsi pengalaman mereka tentang Yoodo dan menyediakan sokongan kepada pelanggan.


Saya sendiri telah berkesempatan memenuhi undangan untuk memeriahkan Yoodo Community Meet-Up Day yang mana ianya juga dipanggil sebagai Yoodoers yang bertempat di MBO Starling Mall pada 8 Disember 2018 yang lalu. Hari komuniti ini adalah peluang untuk meraikan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia Yoodo.

Untuk majlis itu, ramai juga Yoodoers telah dijemput untuk hadir dan mereka semua telah diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti permainan, cabutan bertuah dan juga tayangan movie.


Pada hari itu juga beberapa pelanggan setia dan aktif Yoodoers telah dianugerahkan hadiah Longest Active SuperUser, Most Active SuperUser dan Most Promising New SuperUser. Semua ini menerima hadiah telefon pintar dan hadiah sampingan lain best seronok tengok mereka menang.

Pemenang kategori Long Active SuperUser, Bruce Lim (pengguna aktif sejak Mac 2018) telah menerima Huawei P20, manakala 3 pemenang kategori Most Active SuperUser (melebihi 1000 replies dalam halaman komuniti) telah menerima Huawei Y7 setiap seorang. Kategori Most Promising New SuperUser, Wong Meng Jian telah menerima Samsung Galaxy J1. Tahniah buat semua pemenang.

PENGUMUMAN SEMPENA YOODO COMMUNITY MEET-UP DAY 


Selain dari aktiviti-aktiviti mnarik yang diorang sediakan, sempena hari komuniti ini juga pihak Yoodo turut membuat pengumuman istimewa buat para pengguna mereka iaitu;
  • Pelancaran Roam Like Home Plus | pelan unik yang membolehkan pengguna memanfaatkan ‘local plan’ apabila ke luar negara sama ada RM10 atau RM20 untuk 24 jam, bergantung kepada negara roaming diaktifkan. Roam Like Home dan Roam Like Home Plus kini meliputi 53 buah negara.
  • Online Banking | bakal disediakan buat pengguna Yoodo bermula penghujung Disember 2018. Ia merupakan tambahan kepada saluran pembayaran sedia ada seperti kad kredit atau debit dan PayPal.
  • Data Sharing | berdasarkan maklumbalas pengguna, Yoodo berhasrat melaksanakan data sharing pada 2019. Pengguna boleh membuat pilihan amaun data untuk dikongsikan bersama yang lain.
  • Flexi Booster | satu lagi feature yang bakal ditawarkan tahun depan. Pengguna boleh membeli booster dengan harga lebih rendah sekiranya tempoh booster telah menghampiri tempoh tamat.
Untuk saya, apa yang Yoodo tawarkan adalah cukup flexible dan berbaloi. Jadi korang tunggu apa lagi jom jadi sebahagian dari pelanggan Yoodo. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman di bawah ini :

Post a Comment

19 Comments

  1. Yoodo ni aplikasi yang lama juga yea.. TB baru tahu.. TB tak pernah guna lagi aplikasi ni tapi nampak sana sini orang review kata macam best je.. so, next time boleh cuba..

    ReplyDelete
  2. Selalu nampak iklan Yoodo ni tapi Iza tak pernah lagi try apps dia. Nanti nak cubalah nampak macam menarik je. Iza memang suka cuba apps macam ni.

    ReplyDelete
  3. banyak rupanya kemudahan yoodo ni ek. xpernah tahu pun.. online banking pun ada rupanya hebat. thanks for sharing. nt nak explore

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi kita tau pasal yoodo ni. Mungkin lepas ni ia akan lebih berkembabg dan bagi manfaat kepada masyarakat.. Nak jugak try ni

    ReplyDelete
  5. Baru tahu tentang Yoodo ni.. satu aplikasi yang baru dan bagus, nanti nak installlah nak tahu sendiri betul ke best he he he macam banyak jer promosi yang diberikan

    ReplyDelete
  6. Heiii awas tak ada gambar kita pun walaupun kita duduk sebelah jer wakakakka tapi kita dah jadi ahli Yoodo dan juga Yooders ni banyak manfaat kita nak tunggu event tahun ni pulak lah heheheh...

    ReplyDelete
  7. Aritu ada survey2 juga Yoodo ni. Nampak macam best kan. Free data untuk gamer yang main pubg. Nantilah nak try cuba. Mcm best je kan.hehehe

    ReplyDelete
  8. Ruby ada akaun Yodoo ni. Bagus dia punya coverage sampai kat basement parking kereta pun masih ada. Pastu bleh pilih apa kita nak. Sebab sms dah takmo kan. So bagus bila bleh pilih plan internet banyak! Hehe. Happy Anniversary Yodoo.

    ReplyDelete
  9. Nak kata baru tahu pasal yodoo ni tak gak..ada gak dengar org dok cakap2 pasal apps ni tapi sis tak ambik pusing time tu. Lepas ni bolehlah sis survey2 utk mengetahui lbh mendalam lagi pasal yodoo ni

    ReplyDelete
  10. Pergh banyak tawaran yang diberi yoodoo ni erk.. Memg suruh kita pakai ke apeni. .Hehehhe. . Siap dapat ttelefon huaweii tu.. Yoodoo nni plan internet kan. .Dah lama tapi macam baru je sebb baru tau. .Hehehe

    ReplyDelete
  11. aida byk baca la review pasal yoodoo ni.
    but, kefahaman tu masih cetek la. but, semakin bagus nampak nyer yoodoo ni. siap dah ada hari bertemu komuniti :)
    ramai yg kata best. ramai yg kata syok.
    nak suruh mr.asben survey. dia lebih arif bab semua ni.

    ReplyDelete
  12. Nape kita br tau ni. Thanks info tentang yodoo. Nanti nk godek2. Manatau thn dpn sy pula yg jd salah sorang yg dpt hadiah tu

    ReplyDelete
  13. Dah makin banyak tele-provider di Malaysia. Makin banyak saingan sihat di antara semua. Harapnya coverage pun dijaga kualitinya kan and dipanjangkan ke Sabah & Sarawak ye

    ReplyDelete
  14. Bagus la company cam ni yg menghargai customer diorang. Sambut anniversary sama-sama gitu hehe. happy anniversary, Yoodo!

    ReplyDelete
  15. Haritu ada la jugak dengar pasal yodoo ni. tapi tak pernah cuba pun. Okay ke guna yodoo?

    ReplyDelete
  16. Beberapa kali juga terbaca pasal yoodoo ni. Tapi macam tak berapa nak mahir lagi memahami pasal apps ni..
    Tapi nampak ianya menarik

    ReplyDelete
  17. Oh yes! I also attended their 1st Anniversary gathering. They have very good concept, now we all can customize our telco plan based on our own need.

    ReplyDelete
  18. Ayah sy pun guna yoodo punya mobile pakej. Mudah, murah dan line baik.

    ReplyDelete
  19. ciktom baru tahu pasal pakej yoodo ni..menarik jugak sebab byk kemudahan dalam 1 aplikasi..best plk tgk yg menang hadiah handphone tu..hihi

    ReplyDelete