MAKAN PUAS-PUAS DI D'KAYANGAN GRILL & BBQ STEAMBOAT SHAH ALAM



Penat bekerja seharian tak menjadi alasan untuk ajak kawan-kawan lepak makan beramai-ramai kan. Kali ni ubah selera sikit, semua pakat nak makan steamboat katanya. Memandangkan hari tu berada di Seksyen 13 Shah Alam, ramai pula yang recommand suh pergi makan kat D'KAYANGAN GRILL & BBQ STEAMBOAT.



Ramai yang kata D'KAYANGAN GRILL & BBQ STEAMBOAT ni best, hidangan dia pun dalam bentuk buffet. Jadi tak perlu risau lah kalau makanan tak cukup kan. Makan je apa yang nak makan, ada  lebih 200 jenis makanan yang dihidangkan setiap hari. Ambil sebanyak mana yang korang nak. *tapi AWAS !!! Jangan sampai membazir. Setiap dari 100g pembaziran akan di cas ya.


Di D'KAYANGAN GRILL & BBQ STEAMBOAT ni korang sudah semestinya boleh nikmati hidangan secara stimbot dan grill (menggunakan hotpot dan grill). Jadi tak perlu risau kalau ada yang cerewet tak mkan grill kan. *boleh suruh dia makan yang celup-celup je. hehe



Bagi mereka yang sukakan steamboat tu, D'KAYANGAN GRILL & BBQ STEAMBOAT ni ada dua pilihan sup yang ditawarkan iaitu sup ayam dan sup tomyam. *pilih je yang mana satu korang suka. Tak perlu risau kalau korang ni suka pelahap sup kaw-kaw, kalau sup habis diorang akan tambah.


Untuk menu grill, Chef Shahnizam dari D'Kayangan sendiri dah sediakan banyak makanan yang dah diperap dengan perapan cukup istimewa untuk menu macam ayam, daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Antara menu grill tersebut ialah Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi.


Antara menu lain termasuklah hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap dalam kertas aluminium, kepak ayam BBQ dan pencuci mulut daripada Icy Monster.


Kalau dah masak steamboat tu, kalau tak ada sos memang tak sah la kan? Tapi jangan risau kerana D'KAYANGAN GRILL & BBQ STEAMBOAT ada menyediakan banyak pilihan sos yang best seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo.



Selain dari itu D'KAYANGAN GRILL & BBQ STEAMBOAT turut menyediakan kambing bakar dan kuih-muih tempatan, puding, aneka kek, aiskrim dan termasuklah air batu campur (ABC).


Untuk pengetahuan korang  D'KAYANGAN GRILL & BBQ STEAMBOAT boleh memuatkan sehingga 400 orang dalam satu-satu masa. Ada dua bahagian yang boleh dipilih ikut keselesaan iaitu bahagian berpendingin hawa dan bahagian luar yang terbuka. Bagi korang yang datang untuk buat gathering kat sini jangan risau tentang tempat parkir kenderaan kerana ada 300 tapak parkir tersedia kat sini.

Untuk Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harga untuk dewasa cuma RM33 dan untuk kanak-kanak (5-11 tahun) pulak cuma RM18 je.

Untuk Isnin hingga Khamis, harga untuk dewasa cuma RM28.90 dan kanak-kanak cuma RM12.


Nak lebih jimat, ada promosi yang kekal untuk setiap Ahad tau! Dinamakan 'Sunday Family Day', bermula 11 pagi sampai 3 petang, harga yang dikenakan cuma RM22.90 untuk dewasa dan RM9.90 untuk kanak-kanak. Mak aih! Fikirkan balik pilihan makanan yang banyak tadi, memang tak masuk akal harga dia yang murah sangat!

Bahkan, ada voucher '8+2' untuk pelanggan yang berbelanja lebih RM150 yang mana boleh ditebus untuk lawatan seterusnya ke restoran ni.

Kalau korang nak ke sini, saya nasihatkan supaya korang booking awal kerana  D'KAYANGAN GRILL & BBQ STEAMBOAT ni memang selalu ramai orang.



Alamat:
D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat,
No.1, Sri Acapella Service Apartment,
Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, Shah Alam
40100, Selangor.

Waktu Perniagaan:
Isnin - Sabtu: 5pm hingga 1am
Ahad: 12pm hingga 12am

No. Telefon:
012 - 2971091
017 - 5076274
03 - 55234979

Media Sosial:

Post a Comment

1 Comments

  1. As salam. Kena gi make sana ni kalu gi shah ale. bila nak balik kg pek nya? abe kie folo la blog hok terlajak laris nih.no 1535. tima kasih.

    ReplyDelete