travel, food and lifestyle blog

PENGALAMAN DI DESA BATU BERLOBANG RIAU UNTUK ACARA NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA


Saya pernah berkongsi dengan kalian pengalaman saya pertama kali ke bumi Batam, Indonesia di blog Projek Travel berkenaan dengan acara besar HALALBIHALAL: HIMPUNAN TERBESAR MASYARAKAT JAWA . Kali ini, saya kembali lagi ke Batam buat kali ke dua (2) untuk satu lagi acara hebat bertaraf dunia. Apapon Batam bukanlah lokasi yang kami tujui, tapi ianya hanya lokasi persinggahan kami untuk ke Lingga.

Ilustrasi ringkas perjalanan kami ke lokasi acara

Dari awal lagi kami sudah diingatkan untuk bersedia dengan perjalanan jauh yang bakal kami tempuh. Dari Batam Centre (terminal feri antarabangsa) kami menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak penganjur dan perjalanan kami menuju ke Pelabuhan Telaga Punggur memakan masa selama hampir 45 minit. Untuk pengetahuan korang, Batam Center merupakan terminal feri antarabangsa, manakala  Pelabuhan Telaga Punggur pula adalah terminal untuk perlepasan feri domestik ke sekitar Kepulauan Riau ini. Perjalanan di katakan akan mengambil masa agak lama untuk ke destinasi iaitu Desa Batu Berlobang.

Menaiki feri di Pelabuhan Telaga Punggur

Setelah menaiki feri di Pelabuhan Telaga Punggur, kami perlu berhenti di Dermaga Chempa Pasir Panjang untuk transit dan menunggu feri ke Desa Batu Berlobang. Feri yang kami naiki di Pelabuhan Telaga Punggur tersebut akan terus perjalanan ke Pulau Lingga. Dari jeti Dermaga Chempa Pasir Panjang kami meneruskan perjalanan dengan menaiki satu feri lain yang lebih kecil dan ia mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.

DESA BATU BERLOBANG, RIAU

Walaupun waktu perjalanan agak panjang dengan pelbagai hal yang berlaku sepanjang perjalanan, hati terus sejuk dan teruja bila menjejakkan kaki di Desa Batu Berlubang. Sebuah perkampungan nelayan yang sangat bersih dikepung dengan perairan yang cukup jernih. Penduduknya saling tak tumpah seperti Melayu kita di Malaysia. Lupa pula bahawa kita juga sebahagian dari mereka. Berbahasa Melayu, cara hidup mereka mengimbau kembali zaman kecil saya. Sebuah perkampungan yang cukup damai dengan muafakat.

Kedudukan geografi di atas peta Desa Batu Berlobang

Melihat keindahan kampung ni yang cukup bersih dan indah, ianya membuatkan kami rasa tidak sabar untuk berjalan menerokai seluruh desa tersebut. Kata mereka ada sebuah gua di pesisiran pantai kampung ini yang menjadikan kampung mereka digelar sebagai Desa Batu Berlobang.

Dalam perjalanan ke lokasi batu berlubang

Beramah mesra bersama sebahagian dari anak muda penduduk Desa Batu Berlobang

Lokasi batu berlobang yang dikatakan menjadi asbab kampung mereka digelar Desa Batu Berlobang

Keindahan dan kejernihan air pantai di Desa Batu Berlobang

Kehidupan mereka cukup sederhana, masih banyak diantara mereka yang masih tinggal di rumah kayu tradisional, malah ada juga yang sudah mula membina rumah batu. Tapi apa yang boleh saya katakan, suasana kampung tu memang cukup terasa disini. Ianya seolah-olah kehidupan saya pada zaman awal 90-an begitu.

Menikmati keindahan alam semulajadi

Yazid dan Kak Min menikmati keindahan sekitar kampung

Lepak santai di gerai minum kopi

Saya difahamkan terdapat lebih kurang 300 keluarga yang menghuni desa ni. Penduduk desa ni hanya berbekalkan generator untuk mendapatkan kuasa elektrik. Perhubungan talian telefon dan internet juga sangat limited. Jadi mereka di sini banyak melakukan aktiviti kampung dan bermasyarakat.

Aktiviti anak muda di sekitar Desa Batu Berlobang

Pada sebelah malam, kami juga berpeluang untuk rasa keenakan Nasi Lemak signature di desa ni yang diberi nama Nasi Lemak Batu Berlubang yang dijual di gerai bersebelahan rumah yang kami inap di sini. Texture nasiknya dan sambal bilisnya seakan sama dengan nasi lemak kita cuma ianya ada ditambah ikan masak merah/pedas. Rasanya sudah semestinya sangat sedap.

Nasi lemak batu berlobang

Menarik bukan?? Wujudnya sebuah perkampungan Melayu sebegini, agak tersorok di dalam peta seolah-olah tidak sedar akan kewujudannya. Tapi siapa sangka bahawa Desa Batu Berlobang ini telah menjadi lokasi persinggahan para pelayar dunia dalam event "Nongsa Neptune Regatta" setiap tahun bermula dari tahun 2016 lagi.

NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA

Salah satu kapal layar milik peserta

Aktiviti Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga adalah perlumbaan kapal layar yang terbesar di dunia dan tahun ini merupakan tahun keempat (4) perlumbaan kapal layar ini diadakan. Kemuncak perasmian telah diadakan di Desa Batu Berlubang ini, dan inilah sebab kenapa saya dan rakan-rakan berada di sini.

Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga

Pada pagi keesokan harinya, kami semua bersiap untuk aktiviti kemuncak perasmian Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga yang akan berlansung di Desa Batu Berlubang ini. Aktiviti hari tu telah bermula dengan kehadiran semua pelayar yang menyertai perlumbaan ini. Semua peserta disambut meriah oleh orang kampung dengan paluan kompang daripada Jeti Desa Batu Berlubang sehingga ke tapak aktiviti di tepi pantai.

Sambutan pelayar yang menyertai Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga

Acara dimulai dengan simbolik pemakaian tanjak kepada wakil pelayar juga menjadi tumpuan kerana ia merupakan eksesori rasmi orang Melayu di sini. Semua pelayar yang hadir terdiri dari serata dunia ini telah diraikan dengan persembahan silat dan juga tarian menyambut tetamu yang juga menjadi budaya Melayu Riau.

Persembahan silat selamat datang

Tarian selamat datang

Mas Edi membantu tetamu menjamah sireh

Tetamu yang diraikan dijamukan dengan makanan tengah hari dengan makanan laut yang segar. Ikan  Jebong bakar bersama pencicah asam nanas menjadi hidangan paling dinanti. Tetamu juga dihidangkan dengan air kelapa muda segar untuk menghilangkan dahaga panas. 

Ikan Jebong bakar

Persembahan diteruskan dengan seloka dan tarian. Tetamu juga turut diundang untuk menari joget bersama penari yang ada.

Tetamu juga turut berjoget



Akhirnya para tetamu dibawa bersiar di sekitar untuk menikmati keindahan Desa Batu Berlobang ini disamping melakukan aktiviti sukan seperti bola tampar.

Bergambar bersama anak tempatan dan Bapak Raja Fahrurazi

Kepulauan Riau Lingga adalah di selatan Batam dan pastinya suatu destinasi pelayaran yang indah bagi pelayar di seluruh dunia. The Neptune Regatta cukup memenuhi keperluan pelayar bagi semua kategori terutamanya perlumbaan pelayaran merentasi khatulistiwa yang mana tiada di tempat lain, hanya satu-satunya di dunia diadakan di Kepuluan Riau Lingga, Indonesia.


Untuk maklumat lanjut mengenai hal yang berkaitan, bolehlah terus menghubungi Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, iaitu Bapak Raja Fahrurazi di aplikasi whatsapp +62 08117011961.

Share:

APA ITU INFLASI


Inflasi dalam ekonomi merujuk kepada, kenaikan secara umum bagi harga barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa maka nilai wang dan kuasa membeli akan semakin mengecil. Ini kerana, inflasi mengakibatkan kehilangan nilai wang.


Apakah jenis inflasi yang berbeza ; Inflasi secara umum dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

  • (a) Demand-pull inflation : Keadaan yang melibatkan konsep demand dan supply sesuatu barangan. Ini berlaku apabila permintaan sesuatu barangan melebihi penghasilannya dan menyebabkan harga barangan meningkat.
  • (b) Cost-push Inflation : keadaan dimana kos penghasilan sesuatu barang meningkat yang mana memaksa pengeluar meningkatkan harga barang mereka bagi mengekalkan margin keuntungan. 
  • (c) Monetary Inflation : Keadaan di mana bekalan dan penghasilan wang yang berlebihan dalam sesuatu ekonomi. Ini mangakibatkan nilainya semakin jatuh. 



Share:

PENGALAMAN MENGINAP DI HULO HOTEL ZEN ROOMS PREMIUM HULO HOTEL PUDU



Pemilihan sebuah penginapan seperti hotel atau hostel menjadi salah satu faktor penting dalam sebuah perjalanan percutian mahupun perjalanan business. Selain dari pengangkutan, penginapan juga menjadi penyumbang kepada biaya terbesar dalam perjalanan. Jadi untuk menjimatkan biaya pada penginapan, apa yang biasa dilakukan oleh sesetengan traveller adalah dengan membuat tempahan di penginapan seperti hostel yang mana harganya lebih murah tetapi sudah semestinya kurang privacy. Tapi hakikatnya ada caranya untuk kita dapat penginapan yang selesa dan privacy dengan harga lebih murah.

ZEN ROOMS HOTEL

Sebelum ini saya pernah berkongsi dengan pembaca tentang satu artikel berkaitan dengan tempahan penginapan bilik hotel yang murah dengan aplikasi Zen Rooms. Apa itu ZEN rooms? Merujuk pada websitenya di zenrooms.com, ZEN rooms adalah Virtual Hotel Operator (VHO) yang berpartner dengan hotel-hotel budget terbaik di Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Filipina, Sri Lanka, dan Brazil. Jadi bilik-bilik Zen rooms ni ada di banyak hotel-hotel. Anda hanya perlu buat tempahan melalui website atau aplikasinya sahaja untuk dapat rate rendah yang ditawarkan oleh mereka.


Pada hujung minggu lepas sebelum berangkat ke Batam, Indonesia, saya bersama Amir Nawawi mengambil keputusan untuk beristirahat di salah satu bilik ZEN rooms dekat ibu kota Kuala Lumpur. Setelah melihat keseluruhan apa yang ditawarkan di aplikasi Zen rooms, akhirnya kami membuat pilihan untuk menginap di ZEN Premium Hulo Hotel. Jadi selain dari hotel biasa, kami tahu bahawa Zen rooms juga ada menyediakan Hotel Premium untuk penggunanya. Total harga untuk dua (2) malam saya stay di Zen Premium ni adalah RM260.


Hulo Hotel + Gallery merupakan sebuah butik hotel yang mempunyai 63 buah bilik bertema. Setiap daripada 63 bilik di sini mempamerkan karya seni dan reka bentuk dari artis dan kreatif tempatan dan serantau yang berlainan. Selain dari itu terdapat juga banyak kanvas dan hasil seni dipamerkan di sepanjang koridor setiap aras dan lobi.





Dari segi service, ianya cukup memuaskan. Tak kira dari staf di reception sehinggalah ke housekeeping semuanya ramah. Apa yang menarik perhatian saya adalah lobi hotel ni. Cukup menarik dan penuh dengan arca, lukisan dan artwork yang menarik. Ada juga sebahagian dari artwork tu available untuk dijual. Tandas di lobi jugak sangat cantik.




Hotel ini juga sangat dekat dengan Berjaya Times Square Kuala Lumpur serta galeri seni. Bilik yang kami sewa juga menghadap menara TRX yang masih belum siap.

Untuk info lanjut berkenaan promosi dan tempahan bilik hotel di Zen rooms, korang boleh layari social media dan website mereka di :


Share:

PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-33 (AJL33)



Akhirnya pemenang Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) sudahpun diumumkan sebentar tadi. Jadi tahniah kepada semua pemenang.

Keputusan rasmi pemenang Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) :

Juara RM50,000 : Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Naib Juara RM35,000 : Ara Johari

Tempat ke3 RM20,000 : Misha Omar

Persembahan Terbaik RM12,000 : Sufian Suhaimi

Vokal Terbaik RM12,000 : Misha Omar

Photo kredit : FB Page TV3 Malaysia
Share:

MAIN PUBG MOBILE SECARA PERCUMA DENGAN YOODO

Player Unknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai (PUBG) semakin popular dan sudah menjadi fenomena di beberapa buah negara termasuk negara kita Malaysia. Tidak dinafikan ya kalau mak budak pun boleh terjebak dengan permainan ni especially PUBG MOBILE.


Oleh hal yang demikian, satu event besar-besaran iaitu Kejohanan Rasmi Kebangsaan PUBG MOBILE Official (PMNC) telah dianjurkan oleh PUBG Corporation dan Tencent Games dengan Yoodo sebagai Telco Digital Rasmi kejohanan.


Yoodo telah bukan saja telah menjayakan peranannya sebagai salah satu penaja PMNC, tapi mereka juga telah berbesar hati menyediakan (PUBG) MOBILE Add-on untuk para pelanggan mereka. Untuk pengetahuan korang, Yoodo merupakan telco Malaysia yang pertama ada menyediakan add-on untuk permainan popular PUBG ini. Apa yang menariknya, mereka menawarkan data PERCUMA untuk akses permainan PUBG MOBILE.


Untuk menikmati PUBG MOBILE Add-on eksklusif Yoodo, pengguna hanya perlu menavigasi senarai add-on. Seterusnya pilih PUBG MOBILE Add-on. Dengan ini, pengguna akan dapat menikmati 20GB data mudah alih PUBG untuk bulan tersebut.

 

Jadi bagi korang yang suka main PUBG MOBILE tu, tunggu apa lagi segera bertukar kepada Yoodo dan mainlah sepuasnya tanpa masalah data. Untuk maklumat lanjut mengenai PUBG MOBILE Add-on dan tawaran hebat dari Yoodo bolehlah melayari mana-mana medium berikut:

Website: www.yoodo.com.my
PMNC Tournament: www.yoodo.com.my/pmnc2018/

Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive