Tuesday, January 29, 2019

INSTAFAMOUS CIKGU VNKERY PEROLEH RM500K DALAM 2 BULAN HASIL JUAL SAMBAL HITAM

Sambal hitam merupakan makanan tradisi orang Pahang khususnya di daerah Kuala Lipis, Raub dan JerantutSambal hitam biasanya dijadikan sebagai pencicah atau hidangan sampingan yang amat sedap jika dimakan dengan nasi panas.

Sambal hitam memang nampak simple dari mata kasar kita, tapi hakikatnya proses membuat sambal ini daripada merebus hingga siap untuk dimakan, mengambil masa lebih 10 jam. Jadi tidak hairanlah harganya agak mahal sedikit.


Jadi sebelum saya membebel lebih panjang, meh saya kongsikan salah satu Sambal Hitam yang korang semua patut cuba iaitu Sambal Hitam Tokthevaini.

SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI

Sambal Hitam Tokthevaini merupakan resipi sambal hitam asli orang Raub Pahang yang diusahakan oleh seorang Instafamous tempatan iaitu Cikgu Vnkery.


APA YG BEST SANGAT SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI

๐ŸŒถORIGINAL PAHANG : Resipi Raub pahang Yang Pedas yang Original Gabungan Masam, Masin, Manis dan Pedas dengan texture yang bagus dan basah.

๐ŸŒถRESIPI ASLI : Resepi ikan bilis, bawang merah, bawang putih, asam belimbing, garam gula kerek gula putih, cili merah, dan sudah semestinya resepi air tangan seorang ibu.

๐ŸŒถ STOCK FRESH : Stock sambal hitam yang sentiasa baru kerana stok yang ada tidak dapat disimpan lama atas permintaan tinggi seluruh negeri.


๐ŸŒถ SEDIA UNTUK DIMAKAN : Tidak perlu dipanaskan kerana ianya sudah sedia untuk dimakan. Bukak je boleh terus dimakan.

๐ŸŒถ SKALA PEDAS : Tersedia dalam dua skala pedas iaitu Original dan Pedas Giler.

HARGA SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI | Sambal Hitam Tokthevaini ni hadir dalam dua (2) saiz pakaging iaitu SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI (MINI) dan SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI (TRAVEL). Untuk saiz Mini (40g) ianya adalah RM6 sahaja, manakala untuk saiz Travel (100g) pula adalah berharga RM12.

Sambal Hitam Tokthevaini

KETAHANAN SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI | Sambal hitam sebenarnya boleh tahan lama jika betul cara simpanannya. Jika pakagingnya masih belum dibuka ianya boleh disimpan dan tahan sehingga tahan 3-4 bulan, tapi rasanya sudah semesti akan tidak seperti yang baru.

Jika dibuka dan tidak disimpan dalam peti ais, ianya boleh bertahan sehingga 1-2 bulan kalau disimpan didalam bekas tertutup dan diambil menggunakan sudu bersih.


Jangan tak percaya kalau saya kata, bahawa beliau dapat perolehi RM500K hanya dalam masa 2 bulan sahaja dengan jualan Sambal Hitam Tokthevaini ni. Jadi sambal hitam yang beliau jual ni bukan biasa-biasa, betul-betul menjadi ni.


NOMBOR AGEN SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI | Bagi korang yang berada disekitar Kuala Lumpur boleh terus hubungi atau whatsapp ke nombor ni untuk tempahan +60 17-811 9015 (Fb:Aputsu Senpai). Selain dari itu mereka juga mempunyai ramai lagi agen diseluruh malaysia seperti Pahang, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, dan Sabah.

Sunday, January 27, 2019

LIRIK LAGU TEMBERANG - AYDA JEBAT

LIRIK LAGU TEMBERANG - AYDA JEBAT

Chorus
Duh' aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engaku temberang

Duh' aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engaku temberang

Verse
Bilang pada ku, Apa kau mahu
Mahu diriku, Dekat dekat tapi engkau malu
Katakan saja, Ku yang kau punya
Janji bahagi, Jangan biar tunggu lama-lama

Pre C/O
Kerna ku mahu kau selamanya untukku
Katakan engkau mahu

Verse 2
Hadir dirimu dalam hidupku
Biar selalu malam-malam ku impikan kamu

Repeat Pre C/O
Repeat Chorus
Solo

Chorus
Duh' aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engaku temberang

Bridge
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama
(Jangan kau temberang)
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama
(Jangan kau temberang)

Jangan kau temberang
Jangan kau temberang

Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Ayda Jebat, Hael Husaini & Ezra Kong
Penyanyi: Ayda Jebat

VIDEO KLIP OFFICIAL TEMBERANG - AYDA JEBAT

LIRIK LAGU FAZURA : CAN'T FORGET ME

Lirik Lagu Can't Forget Me - Fazura

I'm a woman on mission
I'm a rebel with a vision
And maybe you should keep a distance
Coz i run my own business
So baby get out of my business
Coz i keep it independent
I bet you're thinking bout my body late at night
I bet you missing you use to hold me tight
I see you lurking in my story on the gramm
I know this picture gonna remind you of who i am

When i take a look in the mirror
I'm feeling sexy
I'am feeling so free
When i feels my hand on my body
I understand why you can't forget me
You can't forget me
You can't forget me

You've been taking me for granted
For a second there was magic
Now for you it's a tragic
Huuh...

Should have left me when you had it
I was carrying your baggage
Have to drop you like a habit
I bet you're thinking bout my body late at night
I bet you missing you use to hold me tight
I see you lurking in my story on the gramm
I know this picture gonna remind you of who i am

Coz when i take a look in the mirror
I'm feeling sexy
I'am feeling so free
When i feels my hand on my body
I understand why you can't forget me
You can't forget me
You can't forget me

When i take a look in the mirror
I'm feeling sexy
I'am feeling so free
When i feels my hand on my body
I understand why you can't forget me


Artist : Fazura
Album : Can't Forget Me - Single
Released: 18 Jan 2019
Label : Universal Music Sdn Bhd

Fazura - Can't Forget Me (Official Music Video)

LIRIK LAGU VROOM VROOM - NABILA RAZALI


NABILA RAZALI

Lirik Lagu Vroom Vroom - Nabila Razali

Kelmarin
Kau cuba berpujangga
Kenali dirimu sudah putus asa

Hampanya bila kau ingat semula
Sia sia bazir masa
Kau sekejap saja

Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Entah bagaimana harus aku jatuh cinta
Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Sebesar mana takkan ku ulang semula

Kelmarin 
Kau cuba berpujangga
Tetapi diriku sudah putus asa

Hampanya bila ku ingat semula
Sia sia bazir masa
Kau sekejap saja

Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Entah bagaimana harus aku jatuh cinta
Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Sebesar mana takkan ku ulang semula

Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Entah bagaimana harus aku jatuh cinta

Entah bagaimana harus aku jatuh cinta
Sebesar mana takkan ku ulang semula
Sebesar mana takkan ku ulang semula

Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Hael & Ezra Kong
Penyanyi: Nabila Razali

Video Klip Lagu Vroom Vroom Nabila Razali



Saturday, January 26, 2019

MEDLEY 12 LAGU FINALIS AJL33 (CALIPH BUSKERS)

Bahang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 makin terasa. Agak kecewa bila tahun ni saya tak berkesempatan untuk menyaksikan secara live bersama kawan-kawan blogger yang lain pada 3 Februari ni di Axiata Arena, Bukit Jalil. Apa yang paling saya tunggu adalah sudah semestinya gadingan Sherry Al Hadad dan Alif Satar sebagai pengacara Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas berjayanya gandingan mereka pada persembahan live AJL pada tahun lepas.


Jadi untuk menghangatkan lagi Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 yang bakal tiba tu, jom kita saksi dan dengarkan Medley 12 Lagu Finalis AJL33 yang dipersembahkan oleh kumpulan istimewa Caliph Busker.  


Untuk pengetahuan korang Medley 12 Lagu Finalis AJL33 ini telah dihasilkan oleh pihak Faithful Music. Yang menariknya setiap ahli kumpulan Caliph Buskers dapat menyanyikan setiap lagu dengan baik walaupun tanpa bantuan autotune. Jadi bakat yang dimiliki ahli kumpulan Caliph Buskers memang hebat dan tidak perlu dinafikan lagi. Antara 12 lagu yang ke final AJL, lagu mana yang anda jangka bakal menjuarai AJL 33?

Thursday, January 24, 2019

JADUAL KELAYAKKAN PELABURAN UNIT AMANAH BAGI 2019 MENGGUNAKAN AKAUN 1 KWSP
JADUAL BARU 2019 AKAUN 1 KWSP UNTUK KELAYAKAN PELABURAN DI UNIT AMANAH | Berkuatkuasa pada 1 Januari 2019, Kuantum Simpanan Asas (basic saving table) dinaikkan daripada RM 228,000 kepada RM 240,000. Jumlah ini akan ditetapkan sebagai jumlah sasaran simpanan minimum ahli perlu ada apabila mencecah umur 55 tahun. Simpanan Asas merujuk kepada jumlah simpanan yang mencukupi untuk menampung kos persaraan asas apabila mencapai umur 55 tahun seseorang.


Gambar di atas menunjukkan simpanan asas mengikut umur ahli KWSP.

Ahli KWSP perlu mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP untuk melayakkan mereka menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP ke dalam Unit Amanah.

Simpanan Asas akan digunakan sebagai panduan untuk ahli-ahli untuk menentukan jumlah yang dibenarkan untuk dipindahkan untuk pelaburan di bawah skim ini. Kelayakan pengeluaran yang melebihi Simpanan Asas daripada Akaun 1 untuk melabur di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah kekal 30% seperti sebelumnya.

Contoh pengiraan pelaburan melalui KWSP

Situasi 1

Anda berumur 25 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 24,000.

Cara pengiraan

(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%

RM 24,000 – RM 18,000 = RM 6,000

RM 6,000 x 30% = RM 1,800

Kelayakan

Anda layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda. Jumlah yang layak dikeluarkan adalah minimum RM 1,000 dan maksimum RM 1,800.

Situasi 2

Anda berumur 25 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 19,000.

Cara pengiraan

(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%

RM 19,000 – RM 18,000 = RM 1,000

RM 1,000 x 30% = RM 300

Kelayakan

Anda tidak layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda disebabkan baki minimum untuk pelaburan adalah RM 1,000.

Jadi sekiranya anda layak, apa tunggu lagi. Inilah masanya yang sesuai untuk anda bertindak sebelum terlambat.

P/S: Jom gandakan simpanan Akaun 1 KWSP anda di tempat yang sewajarnya! Waktu terbaik untuk merancang simpanan adalah pada 10 tahun yang lepas dan waktu kedua terbaik untuk merancang simpanan pula adalah sekarang. Rancang pelan persaraan anda dari sekarang. Menyimpan ketika muda untuk hari tua lebih selesa. Jika Berminat, untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi: 0182266623 (En.Mawardi).


Saturday, January 19, 2019

 KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019
Siapa tidak kenal kumpulan penyanyi anak muda dari negara seberang iaitu SABYAN GAMBUS yang cukup popular dengan lagu-lagu keagamaan. Kewujudan mereka seolah munculnya sinar baru kepada industri muzik bergenre islamik sebegini.


Fenomena mereka mula menular ke negara kita Malaysia dengan begitu cepat, hampir semua lagu-lagu mereka menjadi siulan di bibir-bibir khususnya anak muda kita. Oleh sebab yang demikian juga, mereka telah datang ke Malaysia untuk bertemu peminat mereka dengan mengadakan satu Konsert di Stadium Melawati Shah Alam pada 12 Januari 2019 yang lepas.

KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA

THE HELMIES | Konsert KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA telah bermula sekitar 8.45 malam dengan persembahan pembukaan oleh The Helmies iaitu adik beradik, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.


Selepas persembahan mereka, penonton seterusnya dihidangkan dengan tazkirah oleh seorang penceramah jemputan yang berkongsi mengenai adab berhibur dalam Islam.

KUMPULAN UNIC | Persembahan pembukaan seterusnya adalah daripada kumpulan UNIC yang mendendangkan empat lagu mereka iaitu Sedar, Hanya Tuhan Yang Tahu, Zinnirah dan Ainul Mardiah.


Selepas dihiburkan oleh dua kumpulan nasyid dari negara kita iaitu The Helmies dan UNIC, kumpulan Sabyan akhirnya muncul menghiburkan peminat sekitar 9.45 malam dengan irama rancak selawat berjudul Nassim diikuti Ahmad Ya Habibi yang mendapat tepukan gemuruh daripada peminat.


Sejurus selepas persembahan lagu Ya Asyiqol medley Ya Habibal, Nissa kelihatan sebak dan menyampaikan lagu dengan penuh perasaan sedih kerana terkenangkan sahabat mereka yang meninggal dunia pada tahun lalu.


Ketika menyampaikan lagu yang mempopularkan kumpulan asal Indonesia ini berjudul Deen As Salam yang mencapai lebih 190 juta tontonan di YouTube, suara peminat mereka kembali bergema.


Pada malam tersebut, mereka juga turut menyampaikan single keempat mereka yang berjudul Sukron Lillah dan ia bercerita pasal syukur kepada setiap nikmat Allah. Sementara itu, sebelum menyampaikan lagu Ya Maulana, Nisa meminta semua penonton untuk memasangkan lampu telefon bimbit bagi memberi momen indah.

Sebanyak 13 lagu disampaikan oleh kumpulan Sabyan yang turut dianggotai Ahmad Fairuz aka Ayus (keyboard), Sofwan Yusuf aka Wawan (Percussion), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh aka Tebe (biola) dan Anisa Rahman (backing vokal). Konsert telah berakhir kira-kira jam 11 malam dengan lagu bonus Assalamualaika yang diberi nafas baru.

Kredit Photo : SeenGraphy

Wednesday, January 16, 2019

Tuesday, January 15, 2019

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR
Awal tahun tempohari saya telah menghadiri satu event beauty yang berlansung di The Pearl Hotel Kuala Lumpur. Jarang saya menerima jemputan atau hadir event untuk niche beauty ni, tapi memandangkan saya dimaklumkan bahawa ada sesi food review dan staycation jadi saya tidak berjaya menolak. Jadi ini merupakan staycation pertama yang saya review untuk tahun 2019 ni.


Memandangkan untuk ke sana agak jauh dari rumah saya dan memerlukan aku naik dan tukar train berulang kali, aku pilih untuk menaiki grab. Memandangkan hari tersebut hari jumaat jalan sudah semestinya jammed dan saya sampai tepat-tepat pada waktu dijanjikan. Pada awalnya, saya agak keliru sikit dengan kedudukan hotel ini kerana signboardnya terpampang dengan nama "The Pearl International". Tapi memandangkan grab dan waze membawa tepat ke lokasi tersebut saya yakin bahawa itulah lokasi sebenar yang saya tuju.

THE PEARL KUALA LUMPUR

Hotel The Pearl Kuala Lumpur merupakan penjenamaan baru dari Hotel Pearl International. Ianya terletak di satu lokasi yang sangat strategik diantara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. The Pearl Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel ikonik yang berkelas perniagaan terletak di tengah-tengah Jalan Klang Lama yang menawarkan 480 bilik tetamu yang cukup selesa yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti menarik.

Tetamu hotel ini dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah kerana hotel ini terletak di Pusat Beli-Belah Pearl Point. Para tetamu boleh akses dengan mudah ke pasaraya Econsave, Old Town White Coffee, 7Eleven, Starbucks, Mr Dakgalbi, Watson, Popular, Subway, Caring Pharmacy, Poh Kong, Kenny Rogers Roasters dan banyak lagi. The Pearl Hotel Kuala Lumpur ni juga tak jauh daripada Mid Valley Shopping Mall dan juga Sunway Lagoon Theme Park.


Sebelum event berlansung, sempat juga saya check-in bilik untuk simpan barang-barang. Bilik yang saya stay pada hari tu merupakan Deluxe Room yang berkeluasan 366 sqf. Bilik ini berharga RM253 semalam termasuk sarapan untuk 2 orang. Memandangkan masa pergi tempohari mereka ada buat promosi, jadi bilik ni hanya berharga RM180 sahaja.




Untuk pengetahuan korang The Pearl Hotel Kuala Lumpur ni sudah berusia 20 tahun. Perabot dalam bilik hotel boleh dikatakan agak lama dan outdated. Tapi ianya masih bagus dan yang paling penting ianya bersih dan besar.


Antara kemudahan lain yang korang boleh dapat kat sini seperti Kolam Renang, Gym (Level 5), Pusat Perniagaan, Dobi, Perkhidmatan Internet, In-Room Dining, Parking, dan bilik seminar.

MAKAN MALAM DI EXECUTIVE LOUNGE TINGKAT 23

Masa untuk makan malam merupakan hal yang paling dinantikan sewaktu menginap kat sini. Makan malam kami adalah berkonsepkan makanan Itali iaitu King Of The Grill di Executive Lounge Tingkat 23. Harga yang ditawarkan untuk buffet inia adalah RM98++ untuk dewasa dan RM45++ untuk kanak-kanak. 


Makanan yang pihak hotel hidangkan sepanjang King Of Grill Barbeque Buffet Italian ni memang sedap dan puas hati. Terlalu banyak menu yang buat saya tak tahu nak makan yang mana dulu. Antara menu yang ada seperti beef steak, lamb steak, baby lobster, oyster yang dihidangkan dengan pelbagai rasa, pizza, spaghetti dan yang paling istimewa adalah menu ekor lembu dia.





sup ekor lembu


King Of The Grill - Chinese New Year ( 1 - 1 Feb 2019 )

Dewasa : RM98+
Kanak-Kanak : RM45+

Chinese New Year Eve ( 4 Februari harga akan naik)

Dewasa : RM118+
Kanak-Kanak : RM45+

Chinese New Year Eve ( 4 Februari 2019 sahaja, Level 5, Cafe 5). 
Menu seperti di Executive Lounge Level 23 ( King Of The Grill, Buffet Italian)

Dewasa : RM98+
Kanak-Kanak : RM35

Untuk buat tempahan bilik korang boleh ke www.pearl.com.my atau walk in di alamat mereka di :

The Pearl Kuala Lumpur 
Batu 5, Jalan Klang Lama, 
58000 Kuala Lumpur 

Phone : 603-7983 1111 
Fax : 603-7621 9777 


Facebook : 

Instagram :