Friday, October 26, 2018

LALAMOVE : HANYA 32 SAAT REKOD TERPANTAS CARI LORI UNTUK DISEWA


Mesti ramai yang menghadap menghadapi masalah logistik untuk memindahkan barang-barang yang besar? Selain dari itu anda juga mungkin kecewa dengan kekurangan maklumat dan tindak balas yang lambat dari perkhidmatan logistik yang korang gunakan? Anda juga sentiasa terpaksa mengalah dengan harga yang terlalu tinggi walaupun anda telah berunding sebaik mungkin?

Sekarang ni korang tak perlu risau pasal semua masalah tu kerana dengan dengan perkhidmatan lori Lalamove, Insyaallah semua masalah akan selesai!
Hanya 32 saat untuk mencari pemandu lori - rekod terpantas yang pernah dicatatkan! 
Tidak dinafikan, saiz sesuatu item itu penting terutamanya bagi pelanggan mereka yang sentiasa menguruskan penghantaran secara pukal untuk perniagaan mereka. Selepas mengambil kira maklum balas dari pelanggan-pelanggan kami, kami telah memutuskan untuk memperkenalkan perkhidmatan lori bagi merealisasikan khidmat penghantaran untuk muatan yang lebih banyak dalam masa yang singkat. 


Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, lori-lori 1 tan dan 3 tan mereka telah bersedia untuk perkhidmatan penghantaran untuk sektor perniagaan dan juga untuk kegunaan peribadi. Walaupun dengan kapasiti yang lebih besar, mereka berjanji akan memberikan hasil yang terbaik untuk memadankan pesanan anda dengan lori-lori kami dalam masa yang singkat. Hasil daripada simulasi pesanan yang dijalankan semasa pelancaran perkhidmatan lori kami di Lembah Klang, mereka bukan saja mencatatkan purata masa padanan sebanyak 46 saat, malahan masa padanan yang terpantas yang dicatatkan adalah 32 saat! Perkhidmatan yang pantas dan sempurna dari semua aspek adalah jaminan kami kepada anda. 


Tambahan pula, perkhidmatan lori mereka sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan peniaga atau pengguna yang lain-lain, sama ada untuk pengilang atau pemborong yang memerlukan kenderaan yang luas untuk penghantaran secara pukal atau hanya untuk memindahkan perabot ke rumah baru dan pejabat baru. 

Berikut adalah kelebihan-kelebihan perkhidmatan lori mereka: 

Kos efektif: Harga bermula dari RM95 untuk lori 1 tan dan RM195 untuk lori 3 tan, bergantung kepada jarak 
● On-demand: Pesanan fleksibel: Lori-lori kami boleh disewa secara pra-tempahan atau segera untuk memenuhi penghantaran yang mendesak 
● Fleksibel: Tiada kontrak jangka panjang jika ingin mewujudkan kerjasama logistik dengan kami 
Cekap: Akses ke jaringan pemandu-pemandu lori kami dan kemudahan untuk mendapatkan pemandu dalam seminit 
Terjamin: Penjejakan GPS di dalam sistem kami untuk tujuan penjejakan barangan anda 
Responsif: Sokongan yang berterusan dari kami bagi memastikan semua penghantaran anda tiba pada masa yang ditetapkan 
Pengkhususan perkhidmatan: Pakej perkhidmatan penghantaran yang lengkap dengan pembantu sehingga 2 orang untuk memudahkan penghantaran anda Gunakan kod promosi “LALALORRY” untuk mendapat diskaun RM 50 untuk penghantaran dengan lori. Sah sehingga 15 November 2018 dan hanya boleh digunakan untuk penghantaran lori sahaja. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan harga, sila rujuk ke: https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/pricing

Saturday, October 13, 2018

THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA : SYURGA TERSEMBUNYI

Bagaikan syurga yang tersembunyi, itulah yang boleh saya gambarkan dengan pengalaman saya bercuti di The Settlement Hotel yang terletak di Jalan Ujong Pasir, Melaka bandaraya bersejarah. 
#INFOBaru-baru ini, The Settlement Hotel telah baru saja dinobatkan sebagai Best Hotel Services : 4 Stars (City). Jadi, jangan risau! Hotel ini memang boleh dipercayai dengan service yang ditawarkan sehingga mereka berjaya menarik perhatian pihak tourism sendiri untuk menerima anugerah Best Hotel Services : 4 Star (City) sempena malam "Malaysia Tourism Award 2016/2017".

The Settlement_luxury villa 1

The Settlement_kamar tidur

Sumber kayu asal dari rumah di Palembang di bina balik untuk dijadikan sebuah penginapan villa klasik mewah di  The Settlement Hotel . Menginap semalam di Luxury Villa ini sudah semestinya tidak cukup untuk menikmati suasananya yang begitu memoriable dan klasik.

Walaupun keseluruhan villa di kekalkan keunikan reka bentuk klasik yang asal, mereka juga ada menyediakan beberapa kemudahan moden lain seperti peti ais, tandas duduk dan pelbagai lagi. Kita juga boleh menikmati pengalaman pakej mandi bunga yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu kita pada zaman dahulu.

The Settlement_mandi bunga

The Settlement_kamar mandi

Bukan sahaja menawarkan penginapan jenis villa kayu klasik sebegini, The Settlement Hotel juga ada menawarkan penginapan bilik hotel biasa dengan dekorasi dalaman ala inggeris yang sangat selesa dan menarik.



Selain dari itu, terdapat juga kemudahan lain yang dapat anda nikmati di sini. Antaranya adalah:

  1. Kemudahan spa dan kesihatan
  2. Dip pool; kolam renang
  3. Kemudahan surat khabar harian
  4. Servis teksi dan limosin
  5. Ballroom dan ruangan majlis di Rooftop Garden
  6. Conrciege
  7. Parkir kereta
  8. Shuttle percuma;

Jadi saya jamin dengan menginap di The Settlement Hotel Melaka ini, ia bakal memberikan satu lagi pengalaman yang menarik buat anda yang berkunjung ke negeri Melaka ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai hotel ini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:

The Settlement Hotel Melaka

No. 63 Jalan Ujong Pasir, 
World UNESCO Heritage City Melaka,
75050 Melaka Malaysia.

Tel: +606-2921133
Fax: +606-2924700

Email:
 enquiry@thesettlementhotel.com / 
reservation@thesettlementhotel.com

Friday, October 05, 2018

M1 PORTABLE PROJECTOR : DAH LA KECIL, MUDAH BETUL BILA BOLEH SAMBUNG KE TELEFON JE

Tempoh hari saya dan kawan-kawan berkesempatan menghadirkan diri di majlis pelancaran produk terbaru brand ViewSonic yang diadakan di Petaling Jaya. Inovasi terkini yang mereka pamerkan projektor ultra-mudah alih LED M1 dengan speaker harman/kardon® terbina-dalam. Dengan mobiliti dan kemudahan menjadi salah satu ciri utama pemenang iF Product Design Award ini, projektor ViewSonic M1 ultra-mudah alih ini membolehkan pengguna mengakses hiburan di mana jua lokasi pilihan mereka. 

Dengan projektor ultra-mudah alih M1 ini, ViewSonic berazam untuk berkongsi dengan pelanggan kami rakan kongsi yang terbaik sama-ada di rumah dan juga lokasi-lokasi lain,kata Chaw Foo Hong, Pengurus Negara, ViewSonic Malaysia. Kami mendapati bahawa pelanggan kami kini mencari cara yang senang dan versatil untuk menikmati hiburan berkualiti tinggi walaupun di rumah, terima kasih kerana peralihan teknologi di mana semuanya fokus ke peranti mudah-alih. Hiburan di rumah harus mencapai tahap yang serupa dengan hiburan di lokasi yang profesional. Dengan M1, ViewSonic berazam untuk menyampaikan kualiti gambar dan bunyi yang tinggi.” 
Tambahan lagi, kami juga melihat hiburan 4K UHD semakin banyak dihasilkan di dalam bentuk rancangan TV, filem dan strim. Oleh itu, kami kini melancarkan projektor 4K UHD baru yang telah direkan untuk pengguna yang ingin memain-balik kandungan 4K ke skrin yang besar. Pelanggan kami boleh memiliki model terbaik untuk ruang tamu mereka dengan harga yang sangat berpatutan, tanpa perlu memikir mengenai pencahayaan persekitaran. Ini adalah peluang terbaik mereka untuk menaik-taraf pengalaman hiburan di rumah.” 

Thursday, October 04, 2018

PERLU KE ISI "BIN/BINTI" PADA NAMA SEMASA MEMBELI TIKET FLIGHT SECARA ONLINE


Website AirAsia

Ramai juga diantara kita khususnya yang berbangsa melayu dan mempunyai nama bersama "BIN/BINTI" ini untuk mengisi nama pada borang semasa membeli tiket kapal terbang (flight). Ada yang beranggapan "BIN/BINTI" tidak perlu diisi dan ada juga yang beranggapan sebaliknya. Jadi untuk artikel kali ni saya kongsikan berkenaan Cara isi nama semasa membeli tiket flight secara online.

Ini adalah cara untuk mengisi nama penumpang semasa membeli tiket flight:

Contoh 1: Muhamad Ali Bin Abu

▶️ FIRST NAME: MUHAMAD ALI
▶️ LAST NAME: BIN ABU

Contoh 2: Abdul Razak Bin Rahim

▶️ FIRST NAME: ABDUL RAZAK BIN
▶️ LAST NAME: RAHIM

Sesetengah lapangan terbang/airlines (tidak semua) kalau "BIN/BINTI" tak ada, mereka tak benarkan untuk kita naik flight. Jadi, untuk mengelakkan sebarang isu semasa di lapangan terbang, sila isi apa saja abjad yang tertera pada bahagian nama, PASSPORT anda, bukan IC.


TRAGEDI 6 BOMBA LEMAS DI PUCHONG

Semalam kita dikhabarkan tentang tragedi 6 anggota bomba mati lemas ketika operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir, ketika memancing di lombong Taman Putra Perdana, Puchong.

ุฅِู†َّุง ู„ู„ู‡ِ ูˆَุฅِู†َّู€ุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนูˆู†َ‎‎

Sungguh mulianya mereka, meninggal ketika bekerja dan menyelamatkan nyawa orang. Mereka adalah wira sebenar negara. Salam takziah buat keluarga dan waris mereka. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aamiin


KRONOLOGI TRAGEDI 6 ANGGOTA BOMBA LEMAS

Berikut merupakan kronologi tragedi 6 anggota bomba lemas :

6.30 petang

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke Lombong Taman Putra Perdana selepas menerima panggilan kecemasan berhubung seorang remaja lemas.

8.55 malam

Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), empat daripadanya dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua dari Shah Alam tiba di lokasi mencari dan menyelamat (SAR).

9.15 malam

Pasukan PPDA selesai menyiapkan kelengkapan dan mula turun untuk selaman di lombong bagi mencari mangsa.

- Anggota mengikat tali panjang antara satu sama lain.
- Tali dihulurkan perlahan-lahan dari tebing ketika pihak scuba merapatkan diri di tempat mangsa jatuh.
- Arus aliran air lombong kuat secara tiba-tiba menarik seorang demi seorang ke dalam arus itu.

9.45 malam

Anggota penyelamat yang berada di tebing berusaha lebih 30 minit untuk menyelamatkan mereka dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR)

9.50 malam

Pasukan perubatan dari Putrajaya yang berada di tempat kejadian mengesahkan enam anggota bomba meninggal dunia akibat lemas

11.30 malam

Enam jenazah anggota bomba dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Dua kejadian lemas membabitkan anggota bomba


18 Jun 2009

Seorang anggota Bomba, Aladi Hassan, 41, maut dalam operasi mencari mangsa lemas di Pulau Terengganu Mati, Tasik Kenyir, Terengganu.

Mangsa dipercayai lemas akibat tali pada badannya tersangkut dan tangki oksigen yang dipakai tercabut.

19 Mei 2000

Seorang anggota Unit Penyelam Bomba dan Penyelamat, Mohd Nor Harun, 40-an disyaki lemas, ketika menyertai gerakan mencari rakannya yang hilang di perairan antara Pulau Lalang dan Pulau Saga di gugusan Pulau Sembilan, Lumut.

Sumber gambar : www.utusan.com.my