travel, food and lifestyle blog

Followers

REVIEW FILEM SERAM HELL FEST

Filem Hell Fest

Semalam saya dan rakan-rakan telah berkesempatan ke tayangan ekslusif filem seram baru bertemakan hallowen, Hell Fest bertempat di TGV Cinemas Sunway Velocity Mall. Terima kasih saya ucapkan kepada Hangat.com untuk tiket dan pengalaman menonton filem seram psiko yang cukup mendebarkan ni.

SINOPSIS HELL FEST

Filem Hell Fest

Sekumpulan kawan karib telah mengunjungi taman tema / festival yang dipanggil Hell Fest sempena halloween. Di sana, mereka menjadi mangsa kepada seorang pembunuh bersiri bertopeng yang menjadikan taman tema hiburan itu sebagai tempat untuknya membunuh. Pembunuh tersebut telah menjadikan sekumpulan kawan ini sebagai mangsa keganasan beliau. Pembunuh tersebut telah menyerang rakan-rakan itu, tetapi pengunjung lain menganggap ia hanya sebahagian daripada persembahan di sana.


Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 27 September 2018
Genre: Seram
Durasi: 2 Jam
Pelakon: Bex Taylor-Klaus, Amy Forsyth, Reign Edwards, Christian James
Pengarah: Gregory Plotkin

REVIEW FILEM SERAM HELL FEST

Menonton Filem Hell Fest ni mengigatkan saya pada festival tahunan Halloween Night Of Fright yang dianjurkan di Sunway Lagoon. Konsep festival (Hell Fest) memang sebijik dengan Night Of Fright yang bakal berlansung tak lama lagi. Sejara jujurnya, bagi saya yang sukakan pada filem bergenre seram begini, ianya memang berbaloi untuk di tonton.

Walaupun jalan ceritanya nampak agak biasa dan boleh dijangka, kelemahan itu dapat ditutup penuh dengan element kejutan dan psyco pada watak pembunuh misteri. Apa yang pasti, ramai yang menonton sambil menutup mata dengan tangan, kadang-kadang cuba curi lihat melalui celahan jari. hahahaha.

Apa yang pasti, ceritanya memang penuh dengan debaran. Mungkin saya sendiri agak trauma untuk masuk ke rumah hantu selepas ini. Kalau korang tanya berapa bintang yang saya akan bagi untuk Filem Hell Fest ni, saya bagi 4/5 bintang. Kalau korang yakin jantung korang sihat, silalah ke pawagam berdekatan untuk tonton filem ni.

☆☆☆☆/ ☆☆☆☆☆

Share:

REGEN REHAB : HOSPITAL REHABILITASI SWASTA PERTAMA DI MALAYSIA

HOSPITAL REHABILITASI

ReGen Rehabilitation International Sdn Bhd (ReGen Rehab) telah mengumumkan kempen Let There Be Hope (Menaruh Harapan) yang bertujuan memastikan semua rakyat Malaysia boleh mendapatkan kemudahan rehabilitasi.
"Rehabilitasi atau pemulihan ialah strategi kesihatan penting untuk memanjangkan hayat dan meningkatkan kualiti hidup. Kami di ReGen Rehab, akan mencapai matlamat ini dengan mendukung empat tunggak strategik, setiap satu tertumpu pada segmen rakyat Malaysia yang berbeza," kata Sue Lee, Ketua Pegawai Eksekullf ReGen Rehab. 
REGEN REHAB
"ReGen Rehab akan menawarkan kepakarannya kepada rakyat Malaysia menerusi empat tunggak ini, iaitu pendidikan awam, latihan profesional untuk profesional penjagaan kesihatan, penglibatan aktif syarikat korporat dan organisasi kerajaan, dan usaha menghulur tangan kepada masyarakat," tambah Lee.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenal pasti rehabilitasi sebagai strategi kesihatan penting bagi abad ke-21, memandangkan ramai penduduk di seluruh dunia kini meramalkan jangka hayat lebih panjang dengan penyakit kronik yang semakin bertambah. Usaha mengukuhkan rehabilitasi dalam sistem kesihatan amat penting. Perkhidmatan rehabilitasi hendaklah disepadukan dengan penjagaan kesihatan utama, sekunder dan ketiga untuk mengatasi kekurangan kemudahan rehabilitasi di negara-negara sedang membangun. Justeru, hospital rehabilitasi khusus penting untuk memenuhi keperluan pesakit yang rumit. Ini seharusnya sejajar dengan pembiayaan penjagaan kesihatan untuk memastikan kernudahan rehabilitasi boleh dimanfaatkan oleh semua.

MEMBAWAKAN KEMUDAHAN REHABILITASI KE MALAYSIA.

Regen Rehab

ReGen Rehab ialah syarikat hospital khas swasta pertama yang mengkhusus kepada usaha menyediakan perubatan rehabilitasi kepada pesakit dalam dan pesakit luar. Hospital sulungnya baru dibuka di Petaling Jaya, sebagai hospital rehabilitasi swasta pertama di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan rehabilitasi perubatan menyeluruh di bawah satu bumbung.

REGEN REHAB

REGEN REHAB

Wawasannya adalah untuk menjadi Pusat Kecemerlangan bagi rehabilitasi di Malaysia dan di Asia dengan mengkhusus dalam:

• Rehabilitasi strok 
• Rehabilitasi neuro 
• Rehabilitasi kognitif 
• Rehabilitasi otot tulang 
• Rehabilitasi sukan 
• Rehabilitasi kanser 
• Rehabilitasi jantung 
• Rehabilitasi sakit 
• dan pelbagai masalah lain.

Rehabilitasi: persekitaran yang berubah di Malaysia
"Sistem penjagaan kesihatan Malaysia telah mencapai tahap kematangan yang setanding negara maju lain," ujar Robert Ortenzio, Ahli Lembaga ReGen Rehab dan Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif Select Medical. 
"Penyedia perkhidmatan kesihatan hendaklah berusaha mencapai tahap pengkhususan lebih tinggi, yang mernbolehkan keputusan klinikal dan penggunaan sumber yang lebih baik dibuat. Inilah masa terbaik untuk ReGen Rehab menceburi pasaran sebagai penyedia kemudahan rehabilitasi selepas fasa akut kerana permintaan dijangka berkembang dengan ketara pada tahun-tahun yang akan datang." 
REGEN REHAB
"Khidmat rehabilitasi yang baik sangat penting untuk membantu pesakit yang menderita penyakit kritikal atau kecederaan untuk memaksimumkan pemulihan fungsi," tambah Ortenzio. 
REGEN REHAB
"Di Amerika Syarikat, perubatan rehabilitasi merupakan disiplin pengkhususan bersepadu yang berkembang apabila syarikat insurans perubatan mula mengiktiraf dan melindungi perkhidmatannya. Select Medical berbangga untuk menyokong ReGen Rehab dalam usahanya meluaskan kapasiti dan kualiti perkhidmatan rawatan rehabilitasi yang disediakan kepada rakyat Malaysia." 

Menaruh Harapan: Menghulur Tangan Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Di pelancaran kempen Let There Be Hope oleh ReGen Rehab pada bulan September, syarikat tersebut membuat beberapa pengumurnan menarik. ReGen Rehab telah mula bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sosial (PERKESO) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) untuk meningkatkan kesedaran tentang rehabilitasi. Berbekalkan sokongan padu ini ReGen Rehab akan dapat meluaskan perkhidmatannya kepada berjuta-juta rakyat Malaysia.

REGEN REHAB

Pelancaran ini juga membabitkan sesi panel yang penuh maklumat membabitkan tiga penerima khidmat rawatan pemulihan di bawah program 'make-a-wish' (melafazkan harapan) ReGen Rehab(Wish Upon A Star). Setiap penerima berkongsi kisah bagaimana rawatan pemulihan yang berkesan di ReGen Rehab telah mengubah kehidupan mereka selepas mengalami kehilangan upaya, termasuk strok, kecederaan trauma otak dan kecederaan saraf tunjang.
"Kami amat berbangga dengan kernajuan yang dicapai oleh pesakit kami," kata Dr. Lydia Abdul Latif, Ketua Pegawai Perubatan ReGen Rehab
"Apabila setiap seorang daripada mereka datang ke ReGen Rehab, mereka menghadapi pelbagai masalah berkaitan pertuturan, pergerakan, kesakitan ketara dan kerosakan fungsi. Menerusi pelan rawatan klinikal bertumpukan pesakit berasaskan bukti yang disesuaikan khusus kepada keperluan individu dan matlamat pemulihan masing-masing, mereka dapat mengekalkan motivasi dan mencapai keputusan yang diingini." 
"Ini merupakan falsafah rawatan utama proses rehabilitasi," sambung Dr. Lydia. 
REGEN REHAB
"Dan inilah tunjang segala perkhidmatan kami. ReGen Rehab menghimpunkan pasukan klinikal berbilang disiplin untuk memastikan setiap aspek keperluan pesakit dipenuhi. Pasukan ini terdiri daripada doktor, ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan, ahli terapi pertuturan, jururawat, pakar diet, ahli farmasi dan ahli neuropsikologi."
Pengalaman langsung mendapatkan rawatan rehabilitasi

Di sesi panel tersebut, para penerima rawatan berkongsi pengalaman mereka dan aspek paling bermakna rawatan rehabilitasi masing-masing.

REGEN REHAB
"Saya rasa seperti terlalu muda untuk diserang strok dan tidak tahu cara menanganinya," kata Cheam Swee Mui, yang berusia 45 tahun. 
"Saya cuma boleh berjalan sejauh 5 meter dan itu pun hanya dengan bantuan orang lain. Pasukan ReGen Rehab telah membantu saya menguatkan badan supaya saya boleh berdiri dan berjalan kaki sendiri. Terapi paling berkesan ialah menguatkan bahagian bawah kaki dengan pelbagai alatan gimnasium. Ini membantu saya berdiri sendiri, yang merupakan perkara pertama yang saya lakukan pada waktu pagi. Apabila saya bangun pagi dan rasa boleh berdiri sendiri, saya rnendapat semangat baharu untuk mengharungi hari dengan penuh harapan." 
En. Bahtiar Mohd Nooh berusia 51 tahun yang mengalami kecederaan trauma otak akibat kemalangan berkata, "Saya menggunakan kerusi roda apabila datang ke ReGen Rehab. Saya tidak boleh berjalan jauh, tidak boleh bercakap dengan lancar, dan mengalami masalah ingatan dan perhatian. Sudah sebulan berlalu dan kini saya boleh berjalan tanpa bantuan. Dengan rawatan terapi pekerjaan dan pertuturan, daya ingatan saya telah bertambah baik dan saya boleh bercakap dengan lancar. Secara keseluruhan, saya gembira kerana telah mencapai kernajuan dan hakikatnya rawatan yang saya terima bertujuan memastikan saya mampu berdikari dalam jangka panjang." 
Carol Cheah, berusia 61 tahun, berkata rawatan ReGen Rehab telah memberikan harapan baharu kepadanya.
"Apabila seseorang yang lanjut usia seperti saya terjatuh dan mengalami kecederaan badan, is mengubah kehidupan buat selama-lamanya," kata Carol. 
"Saya bimbang bahawa rasa sakit yang perk dan masalah berjalan dan menggerakkan bahagian anggota atas akan kekal sepanjang hayat Bagaimanapun, ReGen Rehab memastikan semua pesakit tahu bahawa langkah pertama ke arah pemulihan adalah meyakini bahawa anda boleh kembali seperti sedia kala. Saya gembira untuk melihat hasil rawatan saya di sini."
Rehabilitasi telah membolehkan pesakit ini menghadapi masa depan dengan harapan baharu. ReGen Rehab berharap untuk mencetus transformasi dalam persekitaran perubatan di Malaysia dengan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan capaian kepada kemudahan rehabilitasi menerusi empat tunggak kempen Menaruh Harapan (Let There Be Hope). Ini akan membantu menjadikan ReGen Rehab sebuah Pusat Kecemerlangan di Malaysia dan di rantau ini.

Mengenai ReGen Rehab

ReGen Rehabilitation International Sdn Bhd ialah syarikat hospital khas swasta yang mengkhusus kepada usaha menyediakan perubatan rehabilitasi untuk pesakit dalam dan luar. ReGen Rehab ditubuhkan untuk memajukan pembangunan perubatan rehabilitasi, membawakan penjagaan rehabilitasi bermutu tinggi kepada pesakit di Malaysia dan rantau ini. ReGen Rehab mengendalikan hospital rehabilitasi terkhusus dengan 96 katil sejak 1 Ogos 2018.

REGEN REHAB

ReGen Rehab ialah usaha sama antara Khazanah Nasional Berhad, dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia dan Select Medical, salah sebuah syarikat hospital rehabilitasi terkemuka Amerika. Maklumat mengenai ReGen Rehab boleh didapati di www.regen.rehab.

Anda telah membaca artikel berkaitan REGEN REHAB : HOSPITAL REHABILITASI SWASTA PERTAMA DI MALAYSIA.
Share:

MAKAN, BERSENAM, TIDUR DENGAN BIJAK DEMI KESIHATAN JANTUNG


Jantung Sihat

MAKAN, BERSENAM, TIDUR DENGAN BIJAK DEMI KESIHATAN JANTUNG | Apabila kita memperkatakan betapa pentingnya jantung yang sihat. Perkara pertama yang terlintas dalam kotak fikiran ialah mencegah sakit jantung. Hakikatnya, kesihatan jantung bukan setakat tertumpu kepada usaha mencegah penyakit. Terdapat pelbagai manfaat yang dibawakan oleh jantung yang sihat, dan semua ini diperolehi apabila anda memulakan perjalanan untuk menjaga kesihatan jantung. Empat penceramah di Bengkel Jantung Sihat, yang diadakan di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 22 September membincangkan beberapa cara anda boleh menjaga kesihatan jantung dengan memastikan anda Makan Dengan Bijak, Bersenam Dengan Bijak, dan Tidur Dengan Bijak.

BENGKEL JANTUNG SIHAT

Tiga langkah yang berkesan dan mudah ini menjadi tumpuan Bengkel Jantung Sihat, yang diadakan di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 22 Septernber 2018. Para peserta telah diperkenalkan cara-cara untuk Makan, Bersenam dan Tidur dengan Bijak untuk rnenjaga jantung mereka dengan cara terbaik, selain menerangkan manfaat produk berkhasiat seperti Anlene Heart Plus.

Jantung Sihat
"Dengan trend membimbangkan hampir satu daripada empat pesakit serangan jantung berusia di bawah 50 tahun, memang tiada masa yang tertalu awal untuk mula melindungi jantung dan mengekalkan kecergasan anda supaya anda boleh memanfaatkan sepenuhnya kehidupan," kata Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik dan Kawal Selia di Fonterra Brands Malaysia.
Beliau menambah, "Anlene menyokong cara hidup sihat dengan menekankan daya pergerakan, fungsi sendi dan otot tulang, dan betapa pentingnya amalan hidup aktif untuk menjaga kesihatan badan termasuk jantung yang sihat." 
Pakar Kardiologi

Antara pakar yang berkongsi ilmu mereka di acara ini terrnasuk Pn. Megawati Suzari dan Datuk Dr. Sanjiv Joshi, Pakar Runding Kardiologi di Hospital Pantai Kuala Lurnpur; En. Muhammad Izzat Sallehan, Ahli Fisioterapi Kanan di Pantai Integrated Rehab Services Sdn. Bhd; Cik. liew Yen Lee, Pakar Pemakanan Kanan di Fonterra Brands Malaysia; dan Dr Kong Min Han, Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Kuala lurnpur.

LEMBARAN FAKTA

Berikut merupakan beberapa fakta penting yang perlu diketahui rakyat Malaysia agar Bijak Menjaga Kesihatan Jantung yang di kongsikan melalui Bengkel Jantung Bijak.



Makan Dengan Bijak

Liew Yen Lee, Pakar Runding Kanan di Fonterra Brands Malaysia, berkata, "Diet yang seimbang amat penting untuk menjaga kesihatan; bagaimanapun ramai di antara kita yang tidak mengamalkan pemakanan sihat setiap harl. Hanya 6, daripada dewasa Malaysia makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi setiap hari, atau mematuhi cadangan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran di bawah Garis Panduan Diet Malaysia 2010."

Terdapat tanggapan bahawa amat sukar untuk makan dengan sihat di Malaysia kerana kita dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Bagaimanapun, segalanya bergantung pada pilihan yang lebih sihat: contohnya langkah mudah seperti menambah sayur-sayuran ke dalam hidangan atau menambah susu ke dalam bijirin sarapan kita.

JANTUNG SIHAT

Buah-buahan dan sayur-sayuran ialah kumpulan makanan yang kaya dengan sumber serat pemakanan, vitamin dan antioksidan dan membawa manfaat kepada kesihatan jantung. Selain itu, dewasa Malaysia tidak rnengambil susu dan produk tenusu secukupnya setiap hari. Satu tinjau selidik mendapati bahawa hanya 24.4% dewasa memenuhi jumlah sajian harian yang disyorkan. Orang ramai perlu sedar bahawa susu boleh ditambah sebagai sebahagian daripada diet yang sihat untuk jantung.

Anlene Heart Plus ialah produk susu berkhasiat yang boleh ditambah ke dalam diet harian anda. la dirumus khas dengan bahan bermanfaat seperti sterol tumbuh-tumbuhan, untuk membantu mengurangkan kolesterol dan juga bahan lain seperti omega-3, kolagen, kalsium dan protein. Pilihan makanan yang bijak amat penting untuk kesihatan jantung."


Bersenam Dengan Bijak

Seorang daripada tiga dewasa Malaysia didapati tidak menjalani kehidupan secara aktif menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015.

Ahli Fisioterapi

Kehidupan yang aktif serta diet yang sihat rnenghasilkan tekanan darah yang lebih baik, mengurangkan paras kolesterol dan trigliserida, mengurangkan lemak di sekitar jantung, melegakan radang dan mengurangkan hormon tekanan.
Muhammad Izzat Sallehan, Ahli Fisioterapi Kanan di Pantai Integrated Rehab Services Sdn. Bhd berkata, "Rakyat Malaysia seharusnya berusaha untuk berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehart dan cuba melakukan senaman yang sederhana dan intensif 2-3 kali seminggu untuk menjaga kesihatan jantung mereka."

Tidur Dengan Bijak

Sehingga 90% rakyat Malaysia mengalami masalah tidur dan mereka lazimnya tidur secara purata 6.4 jam sehari. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang menghadapi masalah sukar tidur mempunyai risiko 71% mengalami sakit jantung.

Pakar ENT

Dr. Kong Min Han, Perunfing dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak di Hospital Pantai Kuala lumpur berkata ramai rakyat Malaysia mengalami apnea tidur, dan tidak menyedarinya. 
Menerangkan tentang gejala apnea tidur, Dr. Kong berkata, "Keadaan yang dialami ibarat anda telah tidur 7-8 jam, dan anda bangun tidur dan rasa seolah-olah anda langsung tidak tidur."
Apnea tidur ialah faktor risiko tinggi bagi sakit lantung kerana kesannya terhadap tekanan darah dan sistem saraf. Sistem saraf simpatetik mengawal kadar jantung dan penyempitan salur darah.

BOOTH PEMERIKSAAN KESIHATAN

Selain dari bengkel Jantung Bijak, terdapat juga booth-booth untuk pemeriksaan kesihatan dan susu Anlene. Para tetamu yang hadir juga diberikan makan siang yang sihat dan goodie bag yang cukup berbaloi.

Bengkel Jantung Sihat

Bengkel Jantung Sihat

Anda telah membaca artikel berkaitan MAKAN, BERSENAM, TIDUR DENGAN BIJAK DEMI KESIHATAN JANTUNG.


Share:

LIRIK LAGU KISAH ANTARA KITA - ONE AVENUE BAND

ONE AVENUE

Tajuk Lagu : Kisah Antara Kita
Lirik : Reyhan OAB
Komposer : Mahathir VAI
Produksi : FutureMusic Entertainment 

Mengapa terjadi oh pada diri ini
Haruskah ku meneruskan lagi
Kisah kita yang telah kita bina bersama
Kini telah hancur karena kau memilih dia

Ku tidak menyangkakan
Engkau seperti ini
Kau curangi diriku
Tanpa aku sedari

Bodohnya aku, ku bias mempercayakan kamu
Tanpaku sedari kau mempermainkan cintaku

Chorus :

Sayang..
Haruskah kau memperlakukan
Sebegini..
Apakah salah diriku ini
Terhadapmu..
Sehingga engkau sanggup menduakan cintaku

Mungkin..
Aku bukan yang terbaik buatmu
Kuterima..
Apa yang kau lakukan padaku
Ku kesali..
Dan berasa kecewa terhadap dirimu

(wanita)
Maaf..kan
Aku telah mengecewakanmu
Hati ini..
Tak dapat merubahkan apapun
Diri ini..
Telah dimiliki tanpa kusedari

Mungkin..
Aku bukan yang terbaik buatmu
Kuterima..
Apa yang kau lakukan padaku
Ku kesali..
Dan berasa kecewa terhadap dirimu

Ku amat menyesali
Mengenali dirimu
Ku berjanji akan meneruskan
Hidup tanpamu




Share:

BELANJA ANAK SEDARA BISKUT PINPIN

Balik kampung sekali sekala kenalah bawa sesuatu untuk anak-anak sedara kan. Bila ada ramai anak sedara macam saya ni mula peninglah nak beli apa untuk dijadikan hadiah. Paling tidak sesuatu yang berbaloi dan bagus untuk mereka. Memandangkan anak-anak buah saya ni memang penggemar siri  animasi popular Malaysia Upin Ipin, saya belikan mereka Biskut PinPin. *bukan main seronok diorang.

UPIN IPIN

Bukan saja-saja saya beli Biskut PinPin ni untuk diorang. Selain dari watak animasi kegemaran diorang, banyak lagi sebab yang menyebabkan Biskut PinPin ni menjadi pilihan saya untuk dijadikan buah tangan kepada mereka.

6 PERISA KESUKAAN KANAK-KANAK | Untuk pengetahuan korang, Biskut PinPin ni mempunyai 6 jenis perisa yang berlainan. Apa yang pasti ianya merupakan perisa-perisa biskut kegemaran kanak-kanak. Kadang-kadang tu dengan saya sekali layan makan biskut-biskut ni.

UPIN IPIN

Antara 6 perisa Biskut PinPin tu adalah Biskut berperisa mentegaBiskut coklat, Wafer dengan isian vanila, Wafer dengan isian coklat, Snek jagung dengan isian strawberi,  dan Snek Jagung dengn isian coklat.

UPIN IPIN

Memandangkan anak sedara saya ni ramai, beli je semua perisa. Paling tidak dapat rasa semua, dan diorang pun boleh kongsi merasa sikit-sikit.

MAINAN BLOK PERCUMA | Selain dari biskut yang sedap, di dalam kotak Biskut PinPin juga mempunyai satu (1) set mainan blok percuma. Kertas panduan juga akan diberi untuk memudahkan kanak-kanak mencantum kepingan blok untuk dijadikan objek. 

BISKUT PINPIN

Jangan lupa untuk kumpulkan semua koleksi permainan ni sebab setiap kotak akan dapat set yang berlainan dan yang bestnya korang boleh bantu mereka untuk bina objek yang lebih besar dengan gabungan setiap set yang korang dapat dari kotak berlainan tu. Kalau anak sedara saya, tak perlu diajar kerana diorang lebih tahu dari kita. Bukan main seronok diorang, macam-macam objek diorang cipta dengan set-set blok yang diorang dapat. Mainan blok ni bukan mainan sia-sia tau, ianya bagus untuk perkembangan minda kanak-kanak.

BISKUT PINPIN

Selain dari permainan blok, kotaknya jangan dibuang. Ini kerana, kat bahagian belakang setiap kotak tu ada pelbagai permainan uji minda seperti cari perkataan tersembunyi, cari perbezaan antara 2 gambar, teka nama watak rakan-rakan Upin Ipin, soalan matematik dan macam-macam lagi.

MUDAH UNTUK DIDAPATI | Amacam berbaloi-baloikan beli Biskut PinPin ni untuk anak-anak dan anak buah? Bagi korang yang tertanya-tanya kat mana nak dapat Biskut PinPin ni, korang tak perlu risau kerana biskut ni sangat mudah untuk korang didapati sebab ianya ada dijual di pasaraya seperti Mydin, KK Mart, 7 Eleven, BHP petrol, 24Express Penang, Eco Shop, Happy Mart. Jadi apa tunggu lagi? Cepat pergi beli sekarang!

UPIN IPIN

Facebook :

Instagram :
Share:

MOTETO INVOICE : BUAT INVOICE SECARA PERCUMA DI INTERNET

Hari ini saya nak kongsikan dengan korang satu Portal Penyelesaian Invois yang dikenali sebagai MOTETO INVOICE. Saya sendiri sudah menggunakan perkhidmatan portal ini sejak beberapa tahun yang lalu. Untuk pengetahuan korang portal ini sebelumnya dikenali sebagai Invoice Monster dan di naik taraf dan penjenamaan semula oleh pemiliknya kepada MOTETO INVOICE.

INVOICE ONLINE PERCUMA

Sebagai Portal Penyelesaian InvoisMOTETO INVOICE memberi tumpuan kepada bagaimana untuk membantu pengusaha kecil, pemilik bebas atau pemilik perniagaan kecil untuk mempunyai penjejakan yang tepat pada jualan harian mereka dan menghasilkan laporan untuk menganalisis prestasi perniagaan secara keseluruhan. Tak perlu bersusah-susah lagi buat dokumen jualan (invoice) kerana semuanya sudah tersedia dan hanya perlu didisi maklumat berkaitan sahaja.



Apa yang menariknya dengan MOTETO INVOICE ni, korang boleh menjana laporan seperti yang diperlukan hanya dengan satu klik (laporan yang dijana akan di simpan dalam format . xlsx). MOTETO INVOICE merupakan sebuah Portal Penyelesaian Invois yang membantu korang untuk buat invoice secara percuma di internet.


Dengan adanya portal ini, ianya memudahkan kita untuk jejak pembayaran pelanggan (client), laporan pendapatan, dan banyak lagi. Invoice anda boleh di ubah suai (edit) bila-bila masa dan boleh dimuat turun (download) dalam file berformat PDF.

Selain dari itu, korang juga boleh menyimpan maklumat client korang dengan mudah dan tersusun.


Apa yang saya boleh katakan, portal ini sangat mesra pengguna kerana ianya terlalu mudah untuk dikendalikan walaupun tanpa turorial. Saya sendiri sudah hampir tiga (3) tahun menggunakan portal ini untuk menyediakan invoice kepada setiap client saya. Ternyata dianya sangat lengkap dan bagus untuk dipersembahkan kepada client saya.

Jadi korang tak perlu lagi buat invoice secara manual, cari templet invoice di internet kerana semuanya korang boleh dapat secara percuma di MOTETO INVOICE.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA RESIT DAN INVOIS?

Invois adalah bil, atau permintaan untuk pembayaran, untuk jualan. Ia menyenaraikan barang atau perkhidmatan yang disediakan oleh penjual kepada pelanggan, bersama dengan harga, kredit, diskaun, cukai dan jumlah yang perlu dibayar. Ia juga termasuk maklumat kredit, nombor invois, nama jurujual dan sebarang program jualan istimewa.

Resit adalah dokumentasi bahawa pembayaran telah dibuat untuk memuktamadkan penjualan. Ia berfungsi sebagai bukti pemilikan dalam kebanyakan kes. Ia menyenaraikan barangan atau perkhidmatan, harga, kredit, diskaun, cukai, jumlah amaun yang dibayar dan cara pembayaran. Resit umumnya merangkumi maklumat mengenai pembeli dan penjual, dalam format yang berbeza dan darjah yang berbeza-beza.

Korang boleh daftar sekarang di MOTETO INVOICE dan nikmati kelebihannya secara PERCUMA.


Share:

PENGALAMAN DAN KOS PEMBEDAHAN TONSIL DI HOSPITAL SWASTA



sakit tonsil

PENGALAMAN DAN KOS PEMBEDAHAN TONSIL DI HOSPITAL SWASTA | Alhamdulillah!! Sedar tak sedar sudah hampir beberapa bulan saya menjalani pembedahan yang melibatkan tonsil, telinga dan hidung di Hospital Pantai Cheras. Hari ni baru sempat untuk saya berkongsi pengalaman saya pertama kali buat tuntutan insuran medical card yang saya langgan dalam tempoh setahun lebih sebelum tempoh tuntutan.

1.0 TELINGA KIRI TERSUMBAT SECARA TIBA-TIBA

Ingat lagi, 6 Oktober 2017 lepas semasa dalam perjalanan untuk Bercuti Di De Palma Eco Resort Kuala Selangor telinga sebelah kiri terasa tersumbat dan tidak dengar. Macam macam cara untuk hilangkan masalah telinga tersumbat ni dah saya cuba namun tidak berjaya. Namun, atas nasihat kawan-kawan, pada 11 Oktober 2017 saya telah ke salah sebuah klinik swasta untuk membuat pemeriksaan. Doktor mengesahkan bahawa masalah saya berpunca dari tonsil yang bengkak dengan teruk. Beliau telah mengeluarkan surat rujukan untuk saya rujuk ke hospital untuk melakukan pembedahan buang tonsil. Total kos rawatan dan perubatan yang saya perlu bayar adalah sebanyak RM49.

2.0 RUJUK DI HOSPITAL PANTAI CHERAS

Memandangkan saya ada mengambil insuran peribadi yang sudah aktif selama setahun lebih dan atas cadangan dan nasihat dari agen insuran saya, saya telah memilih untuk rujuk di hospital swasta terdekat pada 13 Oktober 2017. Untuk menjimatkan masa, saya telah megambil keputusan ke  Hospital Pantai Cheras yang terletak beberapa kilometer sahaja dari rumah dan tempat kerja saya. Bila rujuk di hospital kerajaan, semua urusan jadi mudah bermula dari urusan di kaunter pertanyaan sehinggalah pembayaran dan terima ubat.

Di sini saya telah dirujuk kepada Dr. Long Chin Wan, yang merupakan doktor pakar Ear, Nose And Throat , ENT (Otorhinolaryngology). Tarikh pembedahan ditetapkan pada 24 Oktober 2017. Memandangkan prosedur untuk menggunakan medical card untuk cover pembayaran kos pembedahan, Dr Long telah menyediakan laporan dan apply guarantee letter (GL). Total kos medication dan consultation adalah RM181.70.

3.0 TUNDA TARIKH PEMBEDAHAN

4 hari sebelum tarikh pembedahan ketika saya outstation di Pulau Tioman, saya telah menerima panggilan dari pihak insuran yang menyatakan bahawa insuran saya tidak akan cover kos perubatan dan pembedahan saya diatas sebab kes tonsil saya diragui. Kes saya perlu di siasat selama 15 hari dari tarikh tersebut. Oleh kerana itu, tarikh pembedahan perlu ditunda kerana memberi ruang untuk siasatan dari pihak insuran dijalankan. Selepas siasatan dibuat, prosedur seterusnya adalah questionnaire. Beberapa pihak perlu menjawab beberapa soalan berkaitan seperti doktor yang pernah merawat 3 tahun sebelum, dan majikan di tempat kerja.

4.0 ALHAMDULILLAH INSURAN LULUS UNTUK COVER KESELURUHAN KOS PEMBEDAHAN


Selepas sebulan menunggu, dari sebelah telinga kini kedua-dua telinga sudah dijangkiti dan tahap pendengaran makin merosot. Berkat usaha agen insuran saya yang tidak pernah putus asa menguruskan kes ni dan melayan karenah saya sepanjang proses siasatan. Alhamdulillah dengan izin Allah, pada 30 November 2017 saya menerima perkhabaran baik bahawa insuran saya lulus untuk cover kos pembedahan saya. Untuk tidak membuang masa, agen insuran saya terus menguruskan balik tarikh pembedahan saya dengan Dr. Long. Memandangkan tarikh terdekat penuh, saya telah memilih tarikh 5 Disember 2017 untuk tarikh pembedahan saya.

5.0 PEMBEDAHAN TONSIL DI HOSPITAL PANTAI CHERAS

Prosedur biasa bagi mereka yang akan menjalani pembedahan adalah perlu berpuasa selama 6 jam sebelum waktu pembedahan. Memandangkan waktu pembedahan adalah pada jam 10:00am saya perlu berpuasa bermula dari jam 4:00am lagi.


Pada hari pembedahan, saya ke hospital seawal 7:30am lagi ditemani oleh abang kandung dan agen insuran saya. Selepas menjalani prosedur biasa sebelum masuk ke Operation Theatre (OT), saya diminta untuk bersedia di wad menunggu doktor datang untuk taklimat ringkas. Sambil menunggu Dr. Long dan pakar bedah datang untuk memberi taklimat ringkas prosedur pembedahan, berkali-kali juga saya ke tandas kerana gugup. *maklumlah pertama kali nak masuk OT.

Tepat jam 10:00am, saya dibawa menuju ke OT oleh 2 orang jururawat perempuan. Sebelum masuk ke OT saya dihampiri oleh seorang jururawat lelaki dan bertanya beberapa soalan yang berkaitan dengan pembedahan yang bakal saya lakukan. Selang beberapa minit, katil saya ditolak masuk ke sebuah bilik yang cukup luas dan sejuk (OT). Selepas bertukar ke katil di bilik pembedahan, saya terus di dampingi oleh seorang pakar bius yang cukup mesra. Tak sampai beberapa saat saya terus tak sedarkan diri.

Selepas 2 jam tempoh pembedahan, saya dikejutkan oleh salah seorang dari jururawat yang terlibat dengan menepuk-nepuk belakang badan saya. Alhamdulillah, pembedahan sudah pun selesai. Memandangkan kesan bius masih kuat (mamai) dan hidung saya disumbat, saya hanya mampu menyahut seruan beliau dengan perlahan.

PEMBEDAHAN TONSIL

Diatas meja ada terletak dua biji botol dimana satunya penutup berwarna kuning dan satu lagi penutupnya berwarna putih. Menurut nurse, kedua-dua botol tersebut mengandungi tonsil yang telah dibuang dan secebis tulang hidung. Saya sendiri tak pasti kenapa doktor membuang sedikit tulang hidung saya.


Selain dari proses pembuangan kedua-dua tonsil, dan tulang hidung doktor juga telah meletakkan (Grommets tube) pada kedua-dua belah gegedang telinga (rujuk ilustrasi pada gambar di atas). Ini adalah untuk menyelesaikan masalah telinga saya yang sudah tidak dapat mendengar apa-apa. Ini adalah untuk memberi pengudaraan kepada ruang telinga tengah yang mengandungi cairan dan menyebabkan cairan pada ruang telinga tengah dapat keluar. Kata doktor, jika keadaan sudah sembuh dalam tempoh setahun begitu tube tersebut akan tercabut dengan sendirinya. Saya juga dinasihatkan supaya tidak berenang atau elak aktiviti yang membolehkan air masuk ke telinga.

5.1 DIRAWAT DI UNIT RAWATAN RAPI (ICU)


CLAIM INSURANS

Oleh sebab tertentu, selepas pembedahan berlansung saya terus di bawa ke ICU. Kata doktor saya perlu di pantau dengan kerap dalam masa 24 jam. Jika keadaan baik, selepas 24 jam saya boleh ditukar ke wad biasa.

Disebabkan ruang hidung ditutup sepenuhnya, saya terpaksa bernafas menggunakan mulut. Oleh sebab yang demikian mulut saya cepat kering dan tidak selesa. Dengan luka yang masih baru, ia membuatkan saya perit untuk minum air. Saya hanya mampu berkumur dengan kerap untuk basahkan mulut.


Selepas beberapa jam pembedahan, saya cuba memberanikan diri untuk meminta air untuk diminum. Kerana masih baru, jururawat menggunakan picagari untuk memasukkan air ke mulut saya. Memang terlalu sukar untuk saya menelan walaupun ianya hanya sekadar air masak sejuk biasa. Hanya cukup sekadar 2 picagari kecil saya sudah menolak kerana tidak tahan. Ubat tahan sakit (painkiller) pun seakan tidak memberi kesan apa-apa kepada saya. Beberapa jam selepas itu, penutup hidung tu dibuka dan saya dah boleh bernafas seperti biasa.

5.2 DIPINDAHKAN KE WAD BIASA

Memandangkan saya semakin stabil, pada keesokan harinya saya telah dipindahkan ke wad biasa, dimana ianya sebuah bilik Double Deluxe hanya muat untuk 2 orang pesakit sahaja yang berharga (RM188) untuk semalam. Mengikut polisi medical card yang saya ambil, saya boleh memilih bilik dalam kos RM200 semalam.


Alhamdulillah biliknya cukup selesa dan sangat luas. Dilengkapi dengan bilik air, almari baju, sofa, kipas dan berhawa dingin. Memang cukup selesa bagi saya dan pelawat yang datang.


Alhamdulillah, sakit-sakit pun ada yang datang! terima kasih semua especially pada ahli keluarga saya, kawan-kawan yang datang melawat dan tak lupa dapa agen insuran saya Pn. Fatin yang menunggu sampai habis pembedahan, yang layan macam-macam karenah saya. Alhamdulillah sekarang semuanya ok. Hampir seminggu juga saya menerima rawatan di sini dan selepas itu saya balik ke kampung untuk berpantang.


Terima kasih juga kepada PRU BSN kerana telah cover kos keseluruhan hospital dan perubatan (3 bulan sebelum, semasa dan 3 bulan selepas) saya yang mencecah RM20,000. Nasib baik menyebelahi saya kali ini. Jadi bagi korang yang belum mempunyai insuran atau polisi medical card tu silalah ambil sekarang. Insyaallah masih belum terlambat. Orang kata "sediakan payung sebelum hujan" dan bagi saya eloklah kita mula "membina kapal sebelum banjir besar datang ".

Anda telah membaca artikel berkenaan PENGALAMAN DAN KOS PEMBEDAHAN TONSIL DI HOSPITAL SWASTA.


Share:

PASSPORT HILANG !! GADIS INI KONGSI PENGALAMAN GANTI PASSPORT BARU

Pernah terfikir bagaimana agaknya kalau passport kita hilang ? Adakah proses penggantian passport baru itu mudah dan boleh diselesaikan dalam masa sehari? Jika tidak apakah yang perlu kita lakukan jika passport kita hilang?

CARA GANTI PASSPORT

Disini saya kongsikan pengalaman dan apa yang kawan saya telah lakukan selepas mengetahui bahawa passportnya hilang sebelum beliau ke luar negara.

"Okay pasal kes hilang passport ni meh sis brief kenapa xboleh siap dalam masa sehari atau pun sejam seperti yang dicanang. Berikut merupakan procedure untuk kehilangan passport khas buat anda untuk rujukan masa depan."
"Kalau hilang passport buat benda ni:
1) Report polis
2) Pergi imigresen ambil form hilang passport
3) Angkat sumpah dekat suruhanjaya sumpah
4) Pergi balik dekat imegresen and return form yang lengkap
5) Diorang interview kenapa passport kau boleh hilang
6) Aku dah buat muke paling cute dah mintak diorang cepatkan process tapi sorry, kau ingat kau sorang je hilang passport? Dorg akan process tapi xkan siap dalam sehari sebab report kene serah dekat pegawai."
"UTC xboleh handle kes hilang passport. Lagi-lagi passport kau valid sampai tahun gemilang 2020 macam aku xboleh. Jadi yang pergi UTC boleh buat sehari tu MITOS gais."
"Ada beza kau hilang passport yang xvalid, dengan kau hilang passport yang valid. Ade beza! Passport yang dah expired and hilang boleh siap dalam masa sehari. Passport yang masih valid xboleh siap dalam sehari. Jadi bak number bomoh aku nak call ni tanye mana hilang passport aku."
Sumber insta stories @shaidaazwa

Jika korang masih keliru, korang juga boleh rujuk panduan hilang passport/ dokumen perjalanan di laman sesawang imigresen Malaysia di www.imi.gov.my.

Share:

MENARIK MUSIM PANAS DI OKAYAMA JEPUN HARI PERTAMA

Seperti yang korang sedia maklum, negara Jepun merupakan salah sebuah negara di Asia yang mempunyai empat (4) musim iaitu, musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Untuk artikel kali ni, saya akan berkongsi beberapa lokasi dan aktiviti menarik yang korang boleh lakukan pada musim panas di Okayama Jepun.


MUSIM PANAS DI JEPUN | Musim panas (夏: [natsu]) adalah tempoh kedua bagi empat musim di Jepun. Ia bermula pada awal bulan Jun dan berakhir pada bulan Ogos. Hujan turun berterusan dari akhir Jun hingga pertengahan Julai. Dalam tempoh ini, buat sementara suhu akan jatuh, dan penduduk akan berasa sejuk. Tempoh masa ini di panggil “Tsuyu”. Pada akhir tempoh Tsuyu dipanggil "Tsuyu-ake". Apabila musim hujan ini berakhir, suhu meningkat secara tiba-tiba, dan musim panas yang sebenar tiba. Musim panas boleh menjadi sangat panas dan lembap di kebanyakan tempat di Jepun.



Musim panas Jepun mempunyai ciri-ciri bukan sahaja cahaya matahari yang kuat dan suhu yang tinggi, tetapi juga kelembapan yang tinggi. Pada tempoh lawatan saya ke Okayama pada awal bulan Ogos yang lepas (1-7 Ogos 2018), suhu tertinggi yang sempat saya rasa adalah 37°C.

Acara acara biasa yang popular pada musim panas di Jepun adalah perayaan bunga api. Perayaan musim panas disambut di seluruh Jepun dari Julai hingga akhir Ogos dan penduduk penduduk tempatan mengadakan perarakan di bandar. Pertunjukan bunga api adalah satu simbolik acara musim panas di Jepun. Kami tidak bernasib baik kerana acara untuk perayaan bunga api di Okayama dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Apapun, jom baca apa aktiviti yang MENARIK MUSIM PANAS DI OKAYAMA JEPUN HARI PERTAMA kami.

AISKRIM DAN HIMAWARI DI HIRUZEN JERSEYLAND 

Hiruzen telah menjadi lokasi pertama yang kami kunjungi di sini. Ianya merupakan satu lokasi popular tanah tinggi yang terletak di Maniwa. Hiruzen Jerseyland sangat terkenal dengan kepelbagaian produk tenusu seperti susu yang segar, keju, dan banyak lagi. Jika korang sudah sampai ke sini, wajib untuk korang menikmati aiskrim (380¥) yang merupakan produk hasil dari tenusu paling popular di sini.


Selain dari itu, korang boleh menikmati keindahan Himawari (bunga matahari) yang berlatarbelakangkan bukit bukau yang menghijau dan menyegarkan. Jika bernasib baik, anda juga boleh bergambar berlatarbelakangkan kumpulan lembu.


HIGH ROPE DI BOKEN NO MORI HIRUZEN

Juga terletak di Maniwa, Boken No Mori Hiruzen ni merupakan sebuah lokasi khas untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak. Terdapat banyak set cabaran (bermula 2000¥) yang boleh korang cuba dan sudah semestinya sangat sesuai untuk aktiviti team building pelbagai peringkat usia.


Apa yang menariknya berkenaan tempat ini, struktur pondok yang dibina adalah dari pine wood yang sangat cantik dan kemas. Struktur bilik airnya pula dikatakan ilham dari pakaian lagenda samurai. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di forest-ad.jp dan terus telefon ke 090-9052-4010.


SEGARKAN DIRI DI ONSEN (YUBARA HOT SPRING)

Apa yang lebih mengasyikkan dari dapat manjakan diri dengan berendam di dalam Onsen (air panas) selepas melakukan aktiviti lasak. Kolam onsen (Yubara Hot Spring) yang terkenal di sini merupakan sebuah kolam onsen semulajadi di bawah lembah, di Sungai Asahi dan kaki empangan.


Apa yang menariknya, korang boleh menikmati kolam onsen ini tanpa dikenakan apa-apa bayaran kerana ianya terbuka dan percuma untuk semua.


HOTEL TRADISIONAL JEPUN DI HOTEL KIKUNOYU

Hotel Kikunoyu merupakan sebuah hotel yang menawarkan penginapan ala rumah tradisional Jepun. Ianya terletak di utara terletak di utara Prefektur Okayama dan hanya beberapa minit jalan kaki untuk ke “Yubara Hot Spring”. Selain dari memberikan suasana sebenar penginapan rumah tradisional Jepun, anda juga berpeluang untuk memakai persalinan Yukata sebagai pakaian tradisional masyarakat Jepun.


Bukan sekadar itu sahaja, korang juga boleh menikmati makan malam dan sarapan pagi dengan makanan asli mereka di hotel ini. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini : http://www.yubara-kikunoyu.com/en/.


Anda telah membaca article berkenaan MENARIK MUSIM PANAS DI OKAYAMA JEPUN HARI PERTAMA, untuk aktiviti pada hari kedua korang boleh nantikan pada artikel seterusnya.


Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive