travel, food and lifestyle blog

Followers

LIRIK LAGU DERITA : ISMA SANE


Lirik Lagu Isma Sane - Derita
Judul Lagu : Derita
Penyanyi : Isma Sane


Berikut merupakan Lirik Lagu Derita yang dinyanyikan oleh Isma Sane.

Ku sangkakan, kau permata
Tapi hanyalah dimata
Bagai duri yang melukai
Diri ini..

Sejujurnya, ku tiada
Teman lain dihatiku
Kau berubah tanpa ku rela
Mengapa ini terjadi..

Kau katakan sayang, tapi ku terluka
Egomu menggunung
Kau tak pernah mengalah
Padahal dirimu, Punca semuanya

Bagaimana lagi harusku terima
Jika kau begini, yang selalu menyakitiku
Walaupun bersama..
Kau selit derita..

Kau katakan sayang, tapi ku terluka
Egomu menggunung
Kau tak pernah mengalah
Padahal dirimu.. Punca semuanya

Bagaimana lagi harusku terima
Jika kau begini, yang selalu menyakitiku
Walaupun bersama..
Kau selit derita..

Kau katakan sayang tapiku terluka
Egomu menggunung, kau tak pernah mengalah
Walaupun bersama..
Kau selit derita..

Walaupun bersama..
Kau selit derita..

Anda telah membaca artikel berkenaan Lirik Lagu Derita : Isma Sane.
Share:

3 KAEDAH UNTUK MELABUR DALAM SIMPANAN UNIT TRUST


Bagi korang yang masih terfikir-fikir cara untuk melabur dalam simpanan unit trust, saya boleh cadangkan kepada anda dengan menggunakan beberapa kaedah. Konsepnya adalah sama seperti ASB, iaitu salah satu dana unit trust, tetapi perbezaannnya adalah ASB menggunakan keuntungan berbentuk dividen + bonus manakala unit trust memberikan keuntungan melalui dividen + kenaikan harga unit dana. Jom lihat kaedah untuk melabur dalam simpanan unit trust!

1. Cash / Tunai

Terdapat dua jenis unit trust yang anda boleh lakukan melalui kaedah ini iaitu cash lump sum ataupun cash regular.

  • Cash Lump Sum

Cash lump sum merupakan wang yang anda laburkan secara sekaligus. Contohnya, anda boleh melabur secara tunai bermula RM 1,000. Jika nilai pelaburan anda melebihi RM 20,000, anda digalakkan untuk membuat pecahan Fund – Diversify. Ini bermaksud mungkin anda akan melabur RM 10,000 di dalam dana A manakala anda laburkan RM 10,000 lagi di dalam dana B.


  • Cash Regular (Extra Money)

Cara ini boleh digunakan sekiranya anda mempunyai duit yang lebih untuk dilaburkan di dalam unit trust anda. Anda boleh top – up akaun anda sekiranya anda mempunyai duit yang lebih pada bila – bila masa. Namun begitu, anda boleh memilih sekiranya anda mahu top – up akaun unit trust yang sama ataupun membuka akaun yang baru. Mungkin juga anda mahu membuka fund yang baru. Ini adalah terpulang kepada anda untuk membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan yang cerah.

2. Regular Saving Plan

Regular Saving Plan boleh dilakukan dengan membuat arahan kepada bank untuk transfer duit dari akaun simpanan kepada akaun pelaburan anda. Ini juga adalah strategi ‘Ringgit Cost Averaging’ untuk mendapatkan nilai unit yang lebih rendah serta menguntungkan. Pada permulaannya, anda hanya perlu membuka akaun dengan pelaburan minimum RM 500 dan diikuti dengan simpanan bulanan sebanyak RM 100 sebulan.

3. EPF / KWSP


Skim ini pula membolehkan ahli memindahkan sebahagian daripada simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melbihi 20% daripada jumlah yang melebihi simpanan asas di dalam Akaun 1. Contohnya, anda boleh mewujudkan Akaun 3 sendiri yang khas untuk pelaburan bagi meningkatkan simpanan persaraan. Amaun yang layak dilaburkan adalah 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi simpanan asas mengikut umur dalam Akaun 1.


Pelaburan minima adalah RM 1,000. Ia boleh dilakukan setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumya. Jadi, anda boleh menyemak caruman KWSP anda di pusat panggilan KWSP, pejabat KWSP berhampiran, kiosk KWSP (termasuk RHB Easy), i- Akaun dan penyata KWSP.

Dapatkan Unit Trust Dana Pilihan Anda Sekarang!

Sekiranya anda masih memerlukan pandangan ataupun lebih penerangan, anda boleh bertanyakan perunding unit trust RHB iaitu En. Mawardi. Anda boleh menghubungi beliau di talian dan info di bawah untuk mendapatkan unit trust pilihan anda sekarang!

EN. MAWARDI | PERUNDING KEWANGAN UNIT AMANAH RHB
Hubungi: +60182266623

Anda telah membaca artikel berkenaan 3 KAEDAH UNTUK MELABUR DALAM SIMPANAN UNIT TRUST

Share:

YOODO MENGUMUMKAN PEMENANG JERSI BOLA SEPAK DITANDATANGANI BINTANG BOLA SEPAK DUNIA




Korang masih ingat tak dengan peraduan yang Yoodo telah buat masa piala dunia yang lepas? Rupanya, Yoodo telah mengumumkan pemenang-pemenang kepada peraduan yang diadakan baru-baru ini dengan memberikan enam jersi bola sepak yang ditandatangani oleh Messi, Neymar, dan Hazard. Pengumuman telah dibuat melalui Facebook Live, seminggu selepas Perancis menjulang trofi Piala Dunia. Peraduan ini adalah eksklusif untuk para pelanggan Yoodo. 
“Tahniah kepada semua pemenang yang bertuah! Tahun ini perlawanan bola sepak membuatkan penonton tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing. Kami sangat gembira kerana penyertaan yang diperoleh setiap hari dan berdasarkan kejayaan peraduan ini, Yoodo pastinya akan merancang lebih banyak peraduan dan hadiah seperti ini,” kongsi Farid Yunus dari Yoodo. 


Salah seorang pemenang, Kevin Kumar, 23, dari Port Dickson, memenangi jersi yang ditandatangani Hazard merupakan pelanggan Yoodo sejak lima bulan lalu. Apabila ditanya mengenai pasukan yang disokongnya, dia berkata “Tahun ini Perancis mempunyai pasukan kebangsaan yang lengkap dan kuat dan sebab itu saya terfikir mereka mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi perlawanan tersebut.” Teruja dengan kemenangan yang tidak dijangka, dia menambah, “Saya sangat gembira dapat memiliki jersi Hazard kerana prestasinya sepanjang perlawanan dan kejohanan Piala Dunia sangat baik. Peminat tegar bola sepak ini berkata dia tidak sabar hendak membingkaikan jersi yang dimenanginya di mana ia melengkapkan koleksi poster bola sepak di dalam biliknya.

Kevin ingin melihat lebih peraduan seumpama ini dianjurkan Yoodo. Mengulas pengalamannya dengan pembekal perkhidmatan mudah alih Malaysia yang terbaharu, “ Saya membuat keputusan untuk mencuba Yoodo kerana saya boleh mengubah suai pelan sendiri. Setakat ini ia sangat baik dan sekarang saya sentiasa mempunyai liputan 4G penuh dan perkhidmatan pelanggan mereka melalui “Live Chat” amat membantu.


Ahmad Marzuki, 40, dari Terengganu, pemenang jersi yang ditandatangai Messi bersetuju, kerana dia memilih Yoodo selepas membandingkan harga antara telco yang berbeza. “Yoodo adalah yang terbaik dari segi mampu milik.”


Jersi yang ditandatangani Neymar telah dimenangi oleh Phoon Shiuh Jer, 22, dari Seremban. Merupakan penyokong Manchester United, dia merupakan pelanggan Yoodo sejak awal Februari lalu. “Saya sangat menyukai Yoodo kerana ia berpatutan dan pelan saya mengikut pilihan sendiri. Kerana fleksibilitinya, saya menukar pelan setiap bulan. Pembekal perkhidmatan lain kadang-kadang memberikan banyak data yang tidak digunakan,” kongsi Shiuh Jer. Dia mengetahui mengenai peraduan Yoodo Bola ketika melihat IG Stories Yoodo di laman Instagram @yoodomy. Merasakan peraduan tersebut mudah untuk disertai, dia kini berasa sangat bertuah kerana telah memenangi jersi yang ditandatangani. Shiuh Jer juga berharap untuk mengambil bahagian dalam lebih banyak peraduan dan memenangi hadiah dari Yoodo. 

  • Senarai pemenang peraduan:

  1. Lai Kuan Soon – Jersi Hazard 
  2. Kevin Kumar – Jersi Hazard 
  3. Phoon Shiuh Jer – Jersi Neymar 
  4. Anuar Abd Rahman – Jersi Neymar 
  5. Syed Ahmad Marzuki Bin Syed Abdullah – Jersi Messi 
  6. LT M Alif Bin Abd Hamid – Jersi Messi 

Yoodo adalah pembekal perkhidmatan mudah alih digital yang memberikan pengguna pilihan dan kawalan muktamad untuk menyesuaikan sepenuhnya pelan mudah alih mereka kepada apa sahaja yang sesuai dengan keperluan mereka, tanpa gimik, caj tersembunyi atau komitmen. Mereka kini mempunyai promosi yang berlangsung sehingga akhir bulan September. Aktifkan SIM Yoodo pertama anda dan dapatkan 20GB data secara percuma.

MENGENAI YOODO

Yoodo yang dilancarkan pada Januari 2018 merupakan sebuah pembekal perkhidmatan telefon mudah alih digital ubah suai sendiri yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Ia menawarkan perkhidmatan telefon mudah alih pertama yang boleh diubahsuai sepenuhnya di Malaysia, yang menawarkan ketelusan penuh, fleksibiliti serta kemudahan kepada pengguna. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Yoodo, sila kunjungi laman sesawang yoodo.com.my atau cari yoodoMY di Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter.
Share:

HARI TERBUKA DAN UJI RASA AMBASSADOR PUTRAJAYA TAWAR DISKAUN PAKEJ PERKAHWINAN SEHINGGA RM5000

Hujung minggu yang lepas, saya dan rakan-rakan berkesempatan ke hari terbuka dan uji rasa Ambassador Putrajaya yang telah di adakan di dewan mereka di Presint Diplomatik, Putrajaya. Seperti biasa, pihak Hanana Group menawarkan pelbagai pakej perkahwinan menarik dengan harga dan diskaun yang sangat hebat pada hari terbuka mereka.


Pada pasangan pengantin yang hadi pada hari terbuka dan uji rasa Ambassador Putrajaya pada kali ni bertuah kerana mereka ada menawarkan diskaun sehingga RM5000 untuk pakej-pakej perkahwinan mereka yang di tempah pada hari tersebut. Ramai juga pasangan pengantin mengambil peluang keemasan ni, mana taknya selain dapat sebuah dewan yang cukup exclusive, makanan yang diorang akan dapat juga sangat sedap dan pelbagai.




Untuk pengetahuan korang, makanan paling aku suka di Ambassador Putrajaya ni adalah menu Kambing Grill dia. Sedap tak sedap kambing dia, orang tak makan kambing pun boleh menambah dua tiga kali.


Selain dari menu kenduri biasa dan kambing grill ni, apam dia pun rasa tak nak kalah. Dan apa yang saya boleh simpulkan, pakej perkahwinan murah yang ditawarkan oleh Hanana Group ni bukan pakej yang biasa-biasa kerana kualitinya memang tip top.


Sebelum balik, sempat juga kami abadikan gambar kenangan dengan photobooth yang disediakan. Jadi kalau korang nak majlis korang lebih meriah, boleh la request untuk photobooth sekali ya.

Untuk artikel sebelum ni, saya ada ceritakan tentang 2 lagi event space baru bawah pengurusan Hanana Group iaitu Lugar De La Boda Garden Wedding @ Puchong dan Dewan Tan Sri Yusuf Hashim, Mardi. Kalau korang nak tahu lebih lanjut berkenaan event space terbaru mereka, korang boleh rujuk article ni >> HANANA GROUP<<

Untuk membuat tempahan atau berurusan dengan pihak Ambassador Putrjaya, korang boleh hubungi :
Farah - 016 6700 457
Hanis - 016 6700 752
Rezza - 016 6700 473
Liana - 026 4328 434


Alamat : Ambassador Putrajaya, Hanana Group Sdn Bhd, 92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik Persint 15, 62050, Putrajaya.

Dewan perkahwinan putrajaya, Dewan perkahwinan puchong, Garden wedding puchong, Pakej lengkap perkahwinan, Dewan Putrajaya, Dewan puchong, Pakej lengkap perkahwinan putrajaya, Pakej lengkap perkahwinan puchong, Event space Puchong, Pakej Perkahwinan terbaik termasuk, dewan & katering, Pakej perkahwinan selangor dan kuala lumpur, Wedding Hall Putrajaya, Wedding Hall Puchong


Share:

POS BARANG SAMPAI DALAM MASA SEHARI DENGAN LALAMOVE

lalamove_sumber foto hardwarezone.com

Sekarang ni banyak sangat masalah yang dihadapi oleh kita berkaitan dengan service penghantaran. Masalah utama yang kita selalu hadapi adalah barang yang dihantar tidak sampai pada waktu yang sepatutnya. Oleh kerana itu, ramai yang mengharapkan supaya penghantar barang mereka menggunakan perkhidmatan penhantaran yang tidak merumitkan penerima.


LALAMOVE | Pembekal perkhidmatan penghantaran atas permintaan (on demand) kini telah pon dilancarkan di Malaysia iaitu lalamove. Service penghantaran lalamove dikatakan service yang sangat cekap dan pantas. Barang yang dipesan atau dihantar menggunakan perkhidmatan lalamove boleh sampai ke destinasi yang dituju dalam masa satu jam atau kurang darinya.
"Perkhidmatan ini berjaya merekodkan tempoh penghantaran kurang 36 minit untuk jarak sehingga 5KM, manakala bagi jarak sehingga 10KM pula Lalamove merekodkan tempoh purata 50 minit sahaja."
Service yang hebat bukan? Sekarang dalam masa sehari malah beberapa minit sahaja barang sudah boleh sampai kepada penerima. Selain dari perkhidmatan penghantaran barang biasa, lalamove juga boleh dan sesuai digunakan untuk penghantaran makanan / tempahan pembelian makanan.


Untuk pengetahuan korang, sekarang ada lebih 1300 pemandu berdaftar dibawah lalamove dan mereka telah menyempurnakan lebih kurang 300 penghantaran setiap hari. Perkhidmatan penghantaran dilakukan dengan menggunakan motosikal dan kereta. Mereka bakal meluaskan lagi pilihan perkhidmatan seperti van dan trak pada masa akan datang bagi memenuhi keperluan pengguna.

Lalamove memanfaatkan teknologi internet, aplikasi mudah alih dan ekonomi perkongsian (sharing economy) untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran atas permintaan (on-demand) sebagai satu platform penghantaran bersepadu yang mampu memadankan pengguna dan pemandu dengan sekelip mata.

Platform penghantaran lalamove direka dengan pemantauan GPS masa nyata (real-time), perkhidmatan 24-jam, tujuh hari seminggu malah sistem penilaian pemandu bagi memastikan para pengguna sentiasa mempunyai gambaran berkenaan penghantaran mereka.
"Charge perkhidmatan pula bermula dengan RM5 untuk penghantaran segera. Setiap penghantaran dikenakan harga berdasarkan jarak penghantaran dan bukannya berdasarkan berat pakej."
Caj perkhidmatan lalamove bermula dari RM5 untuk penghantaran segera. Setiap penghantaran dikenakan harga berdasarkan jarak penghantaran dan bukan berdasarkan berat pakej. Sistem pengiraan ini mengurangkan kos overhead dan boleh membantu para peniaga menjimatkan lebih 70% dari segi kos penghantaran dan operasi di samping memberikan lebih kawalan dari segi keperluan penghantaran harian mereka.

DISKAUN PENGGUNA BARU | Bagi korang yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan dari lalamove, bolehlah download aplikasi mereka di playsore dan apple store sekarang dan gunakan kod promosi "GOODNEWS" untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM8.

Lalamove telah digunapakai secara meluas di beberapa buah negara Asia yang lain seperti China (hampir 100 bandar), Hong Kong, Indonesia (Jakarta), Thailand, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Singapura.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Share:

SEWA MESIN FOTOTERAPI BLUELITE UNTUK MASALAH KEKUNINGAN / JAUNDICE DI KUALA LUMPUR, SEREMBAN DAN PULAU PINANG

mesin fototerapi

SEWA MESIN FOTOTERAPI BLUELITE UNTUK MASALAH KEKUNINGAN / JAUNDICE DI KUALA LUMPUR, SEREMBAN DAN PULAU PINANG | Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beberapa tahun lepas, hampir 70 peratus bayi yang dilahirkan adalah berisiko menghadapi demam kuning. Statistik ini merupakan peningkatan yang mendadak jika dibandingkan pada sepuluh tahun lepas.

DEMAM KUNING PADA BAYI | Dijangkakan pada masa sekarang, hampir 80 peratus bayi baru lahir akan menghadapi demam kuning dan 20 peratus daripada kes bayi kuning ini perlu dilakukan rawatan fototerapi dengan kadar yang segera serta berterusan. Harus di ingat bahawa, kesan paling teruk demam kuning adalah kematian manakala kesan yang paling ditakuti adalah kenicterus (kecacatan otak) jika bacaan kuning tinggi atau terlalu lama.

mesin fototerapi di rumah

Demam kuning adalah disebabkan oleh lebihan bilirubin (partikal bewarna kuning dalam saluran darah) yang tidak dapat diproses oleh bayi kerana hati yang belum matang dan berfungsi. Pada kelahiran bayi yang normal, bacaan bilirubin ini akan mula menurun antara umur tujuh hingga sembilan hari dan kemudian akan mencapai bacaan normal selepas sebulan. 

sakit kuning
ilustrasi bayi yang hidap penyakit kuning _ sumber healthand.com

Bayi yang menghadapi kuning yang tinggi akan memulakan rawatan pada umur empat atau lima hari selama dua hingga tiga malam. Bacaan bilirubin normal untuk bayi selepas rawatan fototerapi adalah dibawah 200 micro mol per liter pada umur bayi sudah melebihi seminggu. Rawatan fototerapi perlu dilakukan pada hari yang sama jika bacaan bilirubin melebihi 260 micro mol per liter.

RAWATAN FOTOTERAPI DI HOSPITAL KERAJAAN | Melakukan rawatan fototerapi di hospital kerajaan merupakan pilihan yang paling murah namun kekangan untuk mendapatkan tempat dan faktor perlu berulang-alik untuk menyusukan bayi menjadikan pengalaman melakukan fototerapi di hospital kerajaan agak rumit dan menyusahkan. 

RAWATAN FOTOTERAPI DI HOSPITAL SWASTA | Kebanyakkan hospital swasta dan segelintir klinik swasta ada menawarkan rawatan fototerapi namun kos perubatan yang agak mahal menyukarkan ibubapa membuat keputusan tambahan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

RAWATAN FOTOTERAPI DI RUMAH | Masih ramai yang tidak tahu bahawa fototerapi dapat dilakukan dirumah dengan kos yang murah dan tidak perlu bersusah payah menjaga bayi ketika dalam pantang. Sejak tahun 2001 lagi, ribuan ibu bapa di kawasan Lembah Klang telah memilih fototerapi rumah berdasarkan cadangan dan setelah berunding dengan pakar kanak-kanak mereka. Keputusan menunjukkan bahawa fototerapi rumah adalah sama berkesan seperti rawatan di hospital. Sewa mesin fototerapi bluelite untuk masalah kekuningan / jaundice di kuala lumpur, seremban dan pulau pinang.


rawat sakit kuning

Home Phototherapy Services (HPS) Sdn Bhd telah beroperasi selama 18 tahun dan telah berjaya merawat lebih 10,000 bayi sakit kuning. Mesin fototerapi yang diberi nama Bluelite dan direka khas serta telah dipatenkan telah mendapatkan pengiktarafan keselamatan dari Sirim Berhad. Syarikat juga mempunyai lesen perniagaan dari Medical Devices Authority (MDA) dan telah dianugerahkan dengan sijil ISO13485.


HPS menawarkan pakej sewa mesin fototerapi Bluelite bermula RM395 untuk dua malam. Untuk 4 Hari 3 Malam pula pakej harga ialah RM485 sahaja. Harga termasuk penghantaran dan pengambilan serta penerangan penggunaan. Tilam dan penutup mata juga turut tersedia bersama pakej, ibubapa bayi hanya perlu tunggu dirumah dan terus melakukan rawatan fototerapi dengan serta merta. Caj tambahan dikenakan untuk penghantaran selepas waktu bekerja.


Telah terbukti ramai ibu bapa yang gembira dengan hasil rawatan fototerapi dari rumah dengan Bluelite. Kesihatan bayi mereka semakin pulih dan bebas dari jaundis. Berikut merupakan beberapa testimoni berjaya dari beberapa orang pengguna.


sakit kuning

Jadi disini saya nak kongsikan dengan anda kenapa ibubapa perlu menggunakan mesin fototerapi di rumah dengan Bluelite Malaysia?
  • ✔ anak tak perlu berjauhan dan tinggal di wad hospital
  • ✔ tak perlu banyak berjalan dek luka belum sembuh
  • ✔ boleh bergilir menjaga anak di rumah bersama suami
  • ✔ menyusukan anak dengan lebih selesa
  • ✔ jimat tak perlu bayar mahal bil hospital swasta
  • ✔ tak perlu stress di hospital kerajaan
  • ✔ mudah,selamat dan merupakan satu-satunya syarikat yang mempunyai lesen dari Medical Device Authorities Malaysia.

DISKAUN SEHINGGA RM20 | Nak lebih DISKAUN? Pembaca blog mawardiyunus.com layak menerima special discount dengan Bluelite jika menyatakan kod BLMY semasa membuat tempahan. Kod BLMY hanya sah untuk tempahan Bluelite di kawasan KUALA LUMPUR, SEREMBAN dan PULAU PINANG sahaja ya!

Home Phototherapy Services Sdn Bhd
D513, Kelana Square, 
Jalan SS7/26, Kelana Jaya
47300 Selangor. 

Home Phototherapy Services Sdn Bhd
A-16-12 Kompleks BM City,
Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Penang

Telefon: 012 271 1894


Instagram: @bluelite_my
Website: www.bluelite.com.my

Anda telah membaca artikel berkenaan Sewa mesin fototerapi bluelite untuk masalah kekuningan / jaundice di kuala lumpur, seremban dan pulau pinang.
Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive