travel, food and lifestyle blog

Followers

SERTAI PENCARIAN IKON WANITA MELAYU 2018


SERTAI PENCARIAN IKON WANITA MELAYU 2018Buat tahun kelima penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2018) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita 2018. Apa yang lebih istimewa kali ini, pihak Plaza Shah Alam sebagai penganjur utama membuka peluang buat gadis “Curvy” untuk turut serta mencuba nasib bergelar Ikon Wanita Melayu. 

1.0# TENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM 

Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Basiron.

1.1# PENDAFTARAN ATAS TALIAN PWM2018

Untuk memudahkan lagi proses pendaftaran, penyertaan secara atas talian dibuka untuk peserta mendaftar sejak akhir Januari 2018 lalu di laman web rasmi www.plazashahalam.com dengan syarat lengkap penyertaan. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan mengepilkan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator. Tarikh tutup penyertaan : 5 APRIL 2018


Untuk pengetahuan korang, sesi uji bakat bakal diadakan pada 31 Mac 2018 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan. 


Tagline Pencarian Ikon Wanita Melayu Bagi Tahun 2018 : Seiring dengan kempen global woman empowerment yang semakin hangat diperkatakan, pihak Plaza Shah Alam mengambil peluang serupa dangan menggunakan tag line “MALAY GIRLS RULE TOO!” yang akan menjadi tag line rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu 2018 tahun ini. 

1.2# MENTORING SESSION 

Buat pertama kalinya sesi mentoring akan diadakan pada tahun ini buat 12 finalis yang terpilih. Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain pemenang Pencarian Wanita Melayu tahun lalu.


Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke sesi final PWM2018. 

1.3# HABIB JEWELS SELAKU PENAJA UTAMA

Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS sekali lagi menjadi penaja utama bagi program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 adalah Ice-Watch, Elianto, ARCO.MY dan D’Qapas.

1.4# AKTIVITI FINALIS PWM2018


Di sini saya kongsikan kepada korang aktiviti-aktiviti yang telah disusun untuk 12 Finalis Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018):

31 Mac 2018 : Sesi Ujibakat di ruang legar Plaza Shah Alam
5 April 2018 : Press Conference Pencarian Wanita Melayu 2018
21 April 2018 : Semi-final Pencarian Wanita Melayu 2018
22 April 2018 : Mentoring Session : Rock Climbing, Kelas Etika, Perundingan Imej & Sesi Fitting Acara Final
23 April 2018 : Kelas & Demo Solekan Bersama ELIANTO di Elianto HQ, Mid Valley
25 April 2018 : Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)
26 April 2018 : Pertandingan Memasak di Plaza Shah Alam
28 April 2018 : Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 di Plaza Shah Alam pada 2 - 5 Petang

2.0# TENTANG PLAZA SHAH ALAM

Plaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan Bandaraya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian.

Tawaran gaya hidup tidak hanya terikat pada idea seperti F&B, Fesyen dan Kecantikan. Plaza Shah Alam juga menjadi pusat tumpuan servis dengan adanya badan kerajaan yang berpusat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA dan lain-lain. Sehingga hari ini kami menawarkan segala bentuk pengalaman beli-belah untuk semua pengunjung daripada kelas pertengahan ke atas. Plaza Shah Alam dimiliki oleh syarikat Evergreen Venues Sdn.Bhd.

Untuk syarat-syarat dan update mereka, korang boleh rujuk di laman web Plaza Shah Alam:



Share:

KURUS DENGAN MINUMAN DETOKS CTFIT


Mempunyai tubuh badan yang ideal adalah impian bagi ramai rakyat Malaysia termasuklah saya sendiri. Tapi untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan cantik bukan lah mudah kerana, iakan perlu memakan masa yang amat panjang. Selain dari melakukan senaman, kita juga disrankan untuk mengambil suppliment tambahan dalam membantu mempercepatkan proses untuk memiliki tubuh badan yang kurus dan sihat.

PELANCARAN PRODUK CTFIT

Pada 14 Mac yang lepas, telah berlansungnya perasmian minuman detoks CTFIT oleh Puan Siti Aminah Borhan (pengasas produk CTFIT) bersama dengan jurulatih kecergasan terkenal Malaysia iaitu En Kevin Zahri. Majlis perasmian CTFIT ini telah berlansung di Hotel Tamu & Suites Kuala Lumpur berdekatan dengan Kampung Baru.


Seiring dengan penurunan berat badan yang sangat berjaya, Puan Siti Aminah menemui formula yang mampu membantu rakyat Malaysia yang ramai punya masalah obesiti ni untuk turun berat badan yang berlebihan.


Untuk pengetahuan korang, Puan Siti Aminah Borhan ni dulu memiliki berat badan 127kg. Dan beliau berjaya weight loss sebanyak 67kg! Rahsianya detoxlah. Lebih tiga tahun juga beliau cuba menghasilkan formula minuman detoks ini. Teruja untuk berkongsi rahsia kurus beliau sendiri, terus nekad dan semangat hasilkan CTFIT ni. Ikon JK1M musim ke-9 ni yang juga dikenali sebagai Coach Amie merupakan jurulatih senaman peribadi, sebelum terjun ke bidang keusahawanan ni.

KHASIAT YANG TERKANDUNG DALAM CTFIT


CTFIT dengan campuran buah-buahan beri ini punya banyak khasiat antaranya seperti:
  • Membantu menghilangkan perut boroi
  • Membantu buang toksin dalam badan
  • Membantu untuk lawas ketika buang air besar
  • Membantu masalah sembelit
  • Membantu menambah tenaga
  • Membantu baik pulih kulit
Selain dari itu, minuman detoks CTFIT ini menggunakan pemanis stevia dalam kandungannya. Ini bagi memastikan kandungan kalorinya lebih rendah berbanding menggunakan gula biasa. Ini bagi memastikan para pengguna boleh mengawal kalori yang berlebihan dalam menggunakan suplemen ini.

HARGA CTFIT

Setiap botol CTFIT Detoks berharga RM179 dan mengandungi 30 sachet. Sesuai untuk dikonsume selama sebulan. Tapi apa yang bestnya, mereka ada buat promo dengan hanya cuma RM150 sahaja! Khas untuk 1000 pelanggan pertama mereka, korang akan dapat hadiah t-shirt #CTFITTEAM percuma, dan juga 30 video senaman percuma dengan akses yang tertentu.


Jom kurus bersama minuman detoks CTFIT. Bila sistem pencernaan sihat dan bebas dari toksik yang membahayakan kesihatan, badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga.


Untuk sebarang pembelian dan pertanyaan:


CT FIT HQ: 013-2078433
Share:

PAKEJ HERBALINE 3 DALAM SATU DI BAWAH SATU BUMBUNG


Jika dulu, penjagaan kecantikan dan kesihatan adalah sangat popular di kalangan kaum wanita sahaja. Kini, ianya sudah menjadi kebiasaan kepada kaum lelaki juga kerana kesedaran pada hal ini telah menjadi salah satu hal yang sangat penting bagi perempuan dan lelaki. 

Selain dari hal penjagaan diri yang biasa diamalkan di rumah, kita juga boleh mencari alternatif lain seperti ke spa dan pusat kesihatan. Apa yang penting, pemilihan unit spa dan pusat kesihatan terbaik harus dititik beratkan.Bila membicarakan tentang spa dan pusat kesihatan, saya tertarik dengan perkhidmatan pakej 3 dalam 1 yang ditawarkan  oleh HerbaLine di bawah satu bumbung yang  terletak di Hartamas.

1. HerbaLine Facial Spa

Berada di tingkat tiga (3), HerbaLine Facial Spa menawarkan perkhidmatan lebih dari sekadar spa wajah, kerana mereka juga ada menawarkan pelbagai rawatan wajah serta rawatan urutan untuk pelanggan lelaki dan perempuan. Jangan terlalu takut dengan harganya kerana bagi saya kerana mereka menawarkan harga yang berbaloi iaitu dari serendah RM69 bergantung pada pakej-pakej mereka.


Oh ya!! jika anda ke sini, jangan lupa untuk cuba service tambahan lain mereka seperti sea salt foot bath, fish spa therapy, detox lemongrass drinks dan banyak lagi.


Lemongrass aromatherapy, cukup menyegarkan. Tutup mata, kosongkan minda anda dan dengan hanya tiga kali sedutan ianya pasti dapat melapangkan minda korang. 


Fish Spa Therapy, rawatan yang sudah cukup popular dan tidak asing dengan spa. Bagi saya ini adalah pengalaman pertama kali dikerumuni ikan-ikan kecil yang datang untuk menolong membersihkan sel kulit mati di kaki. Tipu kalau saya katakan ianya tidak geli, pada awalnya boleh naik bulu roma ni. Tapi lama-lama jadi syok pulak!!!


Tel:03-23039831/012-7028677
Business Hour: 
Mon-Fri 11:00-19:00
Sat 10:30-17:30
Sun . Holiday 10:30-16:30
  
Facebook: herbaline.my

2. Healthland Family Wellness Centre 


Berada di aras dua (2) dan satu (1), anda boleh mendapatkan perkhidmatan urutan badan yang dilakukan oleh ahli terapi yang terlatih secara profesional di Thailand. Mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan urutan dan pilihan bilik urutan yang selesa dan sesuai dengan kehendak pelanggan. Apa yang penting seasana disini sangat tenang, bersih dan selesa.


Saya sendiri sempat merasai sendiri perkhidmatan urutan kaki dari mereka. Ternyata ianya cukup bagus dan berbaloi. Sambil diurut, korang boleh layan movie yang di tayangkan di skrin besar bilik tersebut seolah berada di dalam panggung wayang.


Tel:03-2856-7877 

Business Hour:
Mon~Sun 11:00-23:00

Facebook: healthlandmalaysia 

3. Mama Kim Sauna Mee Café


Mee Sauna!! Pertama kali saya dengar tentang Mee Sauna. Ianya merupakan menu signature yang boleh korang dapat di Restoran Mama Kim yang berada di tingkat paling bawah iaitu G. Restoran ini merupakan sebuah restoran yang menghidangkan menu makanan cina yang mesra muslim yang menggunakan sumber makanan dari pembekal yang HALAL. Untuk lebih serius, mereka juga masih dalam proses mendapatkan persijilan HALAL.


Resipi sihat yang mereka perkenalkan dalam menu mereka mengikuti konsep 80:20 catuan. 80% sayur-sayuran dan 20% daging dalam setiap hidangan. Menitik beratkan tentang hal yang sihat dan lazat, hidangan mereka dibuat dari keseimbangan 5 warna utama bahan-bahan segar.

Tel:03-28584173/012-6779895

Business Hour:
08:00-22:00

Facebook: Mamakimsaunamee 

Jika korang ke Hartamas, boleh datang dan cuba sendiri perkhidmatan di HerbaLine 3-in-1 Integrated Beauty & Wellness Centre with Healthland dan Mama Kim Sauna Mee. Paling tidak, korang boleh membuat rujukan di setiap laman sesawang dan social media yang telah saya kongsikan.

HerbaLine, Healthland and Mama Kim Cafe

3-in-1 Integrated Beauty and Wellness Centre
Address: 18 and 20, Jalan 31/70A,
Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.


Share:

VLOG REALITI KEHIDUPAN SEBENAR NUR SAJAT


Assalamualaikum semua, untuk pengetahuan korang Platform OTT ulung di Malaysia, tonton hari ini melancarkan siri original baharu, vlog yang berkonsepkan rakaman realiti, Nur Sajat Rated Xtra, iaitu sebuah kisah eksklusif kehidupan peribadi selebriti viral di media sosial Nur Sajat. 

Siri realiti 30 episod ini mula bersiaran semenjak 28 Februari 2018 lalu dan mendapat tempat di hati penonton selain berjaya menarik pelanggan VIP baharu di platform penstriman popular Malaysia, tonton.


Ketahui perjalanan sensasi empayar selebriti media sosial di sebalik kehidupan harian sebagai seorang usahawan ternama, ikon fesyen malah ibu kepada dua anaknya menerusi episod vlog 7 minit.

Nur Sajat Rated Xtra menampilkan sisi peribadi Nur Sajat sebagai gadis usahawan muda yang berhadapan dengan cabaran harian, selain berkongsi tips sukses niaga. Selusuri momen awal pembabitannya dalam dunia perniagaan sehingga berjaya membina empayar jenamanya sendiri secara eksklusif di aplikasi iOS dan Android tonton, atau di www.tonton.com.my

PELANCARAN SINGLE PERTAMA NUR SAJAT


Acara sidang media yang diadakan di The Ame Soeur Bukit Jalil, berkonsepkan majlis aristokrat yang dihiasi dekorasi keemasan dengan sentuhan neon turut menyaksikan acara Pelancaran Single pertama Nur Sajat, “Makhluk Penggoda”, hasil sentuhan komposer Aepul Roza manakala lirik oleh Aepul Roza dan Iman Imran, meletakkan pencapaian terkini beliau dalam arena muzik tanah air.


Merancakkan lagi penampilan ulung program realiti Nur Sajat, penonton dan peminat layak menikmati potongan langganan tahunan 50% untuk tonton VIP bagi pengguna baharu di Malaysia selain peluang bertemu gadis sensasi media sosial ini di Majlis Berbuka Puasa tonton yang akan dianjurkan akhir Mei kelak menerusi penyertaan dalam talian.

Bermula 1 sehingga 15 April 2018, sertai peraduan khas di www.xtra.com.my untuk memenangi jemputan istimewa ke Majlis Berbuka Puasa tonton bersama Nur Sajat. Daftar sebagai tonton VIP, jawab soalan berkenaan Nur Sajat berdasarkan siri vlog dan berpeluang menyertai pengalaman makan malam istimewa bersama Nur Sajat!

Guna kod promo NURSAJAT di www.tonton.com.my bermula 1 sehingga 15 April 2018 dan nikmati potongan langganan tahunan tonton VIP sehingga 50%.

Bercakap mengenai kejayaan siri vlog ini,
“Kami percaya dengan tawaran kandungan yang dapat melangkaui sasaran penonton di pelbagai segmen. Nur Sajat Rated Xtra dilihat berjaya memenuhi selera generasi pengguna tonton masa kini yang menggemari kandungan berkonsep realiti yang lebih segar” 
ujar Ben Jern Loh, Pengurus Besar tonton, Platform Digital Rangkaian Televisyen. 

Ben turut menambah: 

“Nur Sajat Rated Xtra adalah salah satu langkah dalam strategi kandungan kami demi memenuhi permintaan pelan pengembangan tonton dalam segmen pasaran melangkaui sempadan bermula tahun ini, dengan menyajikan kandungan tempatan terbaik Malaysia ke seluruh dunia.’’


Tajuk
Nur Sajat Rated Xtra
Tarikh Tayangan / Masa
Episod baharu setiap Rabu dan Khamis
Deskripsi
Penstriman di tonton sahaja
Durasi
7 – 11 minit
Bilangan Episod
30
Produksi
tonton.com.my
Pengarah
Asman Mansor
Teraju / Selebriti
Nur Sajat

Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh menikmati rangkaian drama dan program TV kegemaran secara PERCUMA selain akses meluas termasuk berita, perkembangan sukan, hiburan, kandungan premium dan klasik. 

Langgan pakej tonton VIP di Malaysia yang menawarkan program SIARAN LANGSUNG, saluran premium, kandungan siri original tonton, drama terkini serta arkib hiburan lebih 36,000 jam dengan harga serendah RM 3. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my. Ikuti tonton di platform media sosial: 

Facebook: tontonMY 
Twitter: tontonMY 
Instagram: tontonMY 
Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP 

Ada soalan? Ping di perkhidmatan sembang LIVE atau hubungi 03-2717 2020! 

tonton xtra – sebuah portal hiburan dan gaya hidup terkini; melengkapkan lagi pengalaman tontonan dalam talian. Xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa ‘milenial’, xtra juga adalah satu-satunya portal di Malaysia yang menampilkan siaran LIVE TV secara PERCUMA. 

Ketahui gosip terkini, berita hiburan, gaya hidup dan banyak lagi www.xtra.com.my

MENGENAI tonton

tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 7.8 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 18,000 ahli setiap minggu dan baru-baru ini melebarkan sayap ke Singapura dan Negara Brunei Darussalam. 

Pada April 2016, tonton berubah menjadi perkhidmatan video hibrid berserta aplikasi baru yang menawarkan keahlian PERCUMA (Malaysia sahaja) dan perkhidmatan premium yang baharu diperkenalkan - VIP tonton 

Ahli-ahli yang menaik taraf ke VIP tonton akan merasai kuasa sebenar tonton - memberikan ahli VIP akses tanpa had ke perpustakaan yang mengandungi lebih 30,000 jam kandungan tempatan dan bersindiket (di wilayah tertentu), acara LIVE eksklusif di HD, pengalaman video bebas iklan, muat turun dan menonton fungsinya kemudian, menikmati faedah dan ganjaran VIP serta banyak lagi. Penonton yang menaik taraf keahlian ke VIP tonton juga akan puas menonton semua kandungan eksklusif, drama dan banyak lagi sehingga enam (6) bulan sebelum tayangan perdana di TV. 

Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi. 

Muat turun aplikasi tonton dari App Store & Google Play hari ini atau layari www.tonton.com.my.
Share:

REVIEW FILEM SURF THIS LOVE GELORA JUARA


Sebelum ni saya pernah kongsikan satu artikel berkenaan Filem Surf This Love : Gelora Juara. Sebuah filem lakonan mantap oleh beberapa artis popular tanah air seperti Shukri Yahaya, Pekin Ibrahim, Cristina Suzzane, Ardell Aryana, Mustaqim Bahadon, Syuhaida Abraz, dan Josiah Hogan ini sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

1.0 FILEM SURF THIS LOVE


Filem Surf This Love : Gelora Juara merupakan sebuah filem berkonsepkan sukan luncur air yang pertama di Malaysia. Sebuah filem yang menceritakan kisah kekeluargaan, persahabatan dan cita-cita. Filem yang cukup santai untuk ditonton dengan keluarga dan kawan-kawan.

Bergenre “Romantic Comedy” yang menjadi salah satu dari genre pilihan penonton tempatan & “Extreme Sport” yang jarang-jarang di ketengahkan oleh mana-mana filem di Malaysia. Merupakan filem yang mengenengahkan “Sub-Culture” sukan luncur air tempatan. Ia adalah Filem pertama di Malaysia memberi fokus pada sukan Luncur Air (Surfing).


1.1 MALAM GALA FILEM SURF THIS LOVE



Malam gala dan tayangan perdana Filem Surf This Love : Gelora Juara telah berlangsung di MMCineplexes E-Curve, Damansara yang bermula sekitar 7 malam pada 19 Februari 2017 dan para jemputan telah menyaksikan sendiri persembahan nyanyian dari artis jemputan serta ucapan pembukaan pengerusi majlis.

1.2 REVIEW FILEM SURF THIS LOVE


Sebuah filem yang penuh dengan babak komedi dan santai. Pengolahan cerita yang tidak terlalu berat dengan penyampaian yang baik oleh pelakon-pelakon yang berpengalaman. Kisah 3 sahabat mengejar cita-cita untuk menjadi peluncur air ini cukup menyentuh hati saya apabila ianya di akhiri dengan peristiwa yang sangat tidak disangka. Bagaimana Bobby meninggal


Gandingan Shukri Yahaya (Billy) dan Dottie (Siti Lobster) sebagai adik-beradik yang banyak membawa dialog-dialog lucu menjadikan filem ini lebih menarik dan tidak membosankan. 


Selain itu, elemen cinta diantara Billy dan Mia yang dihadirkan dalam filem ini cukup memberi kesan apabila hadirnya orang ketiga iaitu Mike Malaya. Mungkin pada awalnya nampak jalan ceritanya terlalu biasa, tapi pada akhirnya dengan olahan cerita yang bagus plot ceritanya boleh dipuji.


Bagi korang yang belum berkesempatan menonton  Filem Surf This Love : Gelora Juara ni, tidak rugi untuk anda membawa keluarga anda untuk menonton filem ini di pawagam berdekatan anda. Filem yang santai dan sarat dengan mesej kekeluargaan dan persahabatan.

Jangan lupa follow instagram official filem ini @surfthislove untuk mengetahui aktiviti pelakon filem ini dan info-info terbaru tentang filem Surf This Love.
Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive