travel, food and lifestyle blog

Followers

BUFFET MAKAN MALAM SEMPENA KRISMAS DI HOTEL ALOFT KUALA LUMPUR SENTRAL


Sedar tak sedar kita sudah hampir sampai ke penghujung tahun 2017. Ini bermaksud Hari Natal juga sudah bakal menjelma tidak lama lagi. Sempena hari natal yang bakal tiba, pihak Hotel Aloft KL Sentral akan mengadakan bufet makan malam bermula 1 Disember sehingga 30 Disember bertempat di Restoran Nook.

Menu yang bakal disajikan pada buffet makan malam tersebut cukup istimewa dengan sajian makanan tradisional yang signifikan dengan sambutan hari Natal. Untuk hidangan bufet pada kali ini, Restoran Nook akan menyajikan Herbed Crumbed Roasted Lamb Leg, Beef Stroganoff, Braised Hickory Smoked Short Rib, Peri-Peri Roasted Whole Chicken, Beef Goulash, Steamed Sea Bass dan banyak lagi.



Hidangan sampingan untuk melengkapi hidangan yang sedia ada adalah Apple & Chestnut Stuffing, Brussel Sprout with Bacon, Herbed Potato Wedges, Creamy Garlic Mashed Potatoes, Smokey Gratinated Mushroom Ham Mac ‘n’ Cheese dan Steamed Crushed Potato yang akan menjadikan hidangan sempurna dengan hidangan Barat dan juga tradisi negara kita sendiri.

Nook’s Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey

Menu Ayam Belanda Panggang juga tidak ketinggalan kerana ianya merupakan makanan signature bagi sambutan Natal. Untuk pengetahuan korang, Nook’s Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey ini juga disajikan dengan pelbagai hidangan sampingan yang lain antaranya Prunes and Chestnut Stuffing, Giblet Gravy, Cranberry Sauce, Natural Chicken Jus, Mustard Potato Dauphin Oise, Grilled Pumpkin, Buttered Broccoli Polonaise, Braised Carrot in Orange Reduction termasuk juga Sauteed Brussel Sprout .

Sauteed Brussel Sprout


Selain makanan di atas, mereka juga turut menyajikan beberapa menu hidangan Asia yang lain seperti Stewed beef in Turmeric & Coconut, Prawns with Chilli Paste dan Stink Beans, Spicy Deep-Fried Fermented Bean Curd bersama Potato, French Bean bersama Dhall, Bhendi Kurma, Ghee Rice bersama Chick Pea, Buttered Prawn bersama Oats, Stir-Fried Beef bersama Chinese Barbeque Sauce, Fried Bamboo Shoot bersama Olive Leaves dan banyak lagi.


Di sudut pencuci mulut pula, tradisi manisan untuk sambutan natal seperti Apple Pie tidak dilupakan. Selain itu banyak lagi pilihan pie seperti Pumpkin, Pecan dan Lemon Meringue Pie. Anda juga boleh rasa pelbagai jenis kek yang sangat comel dan sedap seperti Chocolate Log Cake, Cappuccino Cheesecake, Butterscotch Trifle, Mixed Berry Pavlova, Sticky Toffee Pudding with Caramel Sauce, Strawberry Cheese Cake, Chocolate Mint Brownies, Citrus Profiterole, Black Forest Push Pops dan banyak lagi.






Nook’s Christmas Bufet akan mula disajikan pada 1 Disember 2017 sehingga 30 Disember 2017 dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Harga biasa RM118 nett per dewasa, manakala harga  bufet di ambang Hari Natal pula adalah RM128 nett per dewasa.

Lokasi:
NOOK, Aras 1, Aloft KL Sentral, 
No 5 Jalan Stesen Sentral, 
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut korang boleh terus hubungi +(60) 3 2723 1188 atau ke laman sesawang mereka di www.aloftkualalumpursentral.com.
Share:

APA YANG MENARIK DI KARNIVAL UPIN IPIN 2017


Upin Ipin merupakan karektor animasi yang cukup popular di kalangan kanak-kanak di Malaysia khususnya. Selain dari negara kita Malaysia, Upin Ipin juga turut popular dan menjadi perhatian masyarakat di negara jiran iaitu Indonesia.




Untuk menghargai peminat-peminatnya, Karnival Upin Ipin 2017 telah dilansungkan selama tiga hari bermula 24 sehingga 26 November 2017 dari jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat di MAEPS Serdang. Saya dan beberapa orang rakan blogger lain turut tidak melepaskan peluang keemasan ni untuk merasai sendiri kemeriahan Karnival Upin Ipin 2017 ni. Jom kita tengok apa aktiviti yang ada dan kami sempat buat di Karnival Upin Ipin 2017 ni.


1. MELAWAT RUANG KERJA DAN SEBALIK TABIR PEMBIKINAN ANIMASI UPIN IPIN

Pengembaraan kami bermula di Dewan C, dimana ada menempatkan semua pencapaian Les' Copaque Production dalam membangunkan harta intelek animasi dibawahnya, antaranya seperti Upin dan IpinPada Zaman DahuluPuteri dan lain-lain .


Pengunjung diberi peluang untuk melihat dan mendekati ruang kerja/ studio seperti department modelling VFX simulasi, animasi, audio & muzik serta render & kompositor. Disini pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana proses keseluruhan yang mereka buat dalam menjayakan sesuatu animasi mereka.


Sebagai contoh proses menulis papan cerita, mereka karektor, dialog, sistem audio dalam animasi, dan sebagainya dikongsi dengan pengunjung yang hadir ke karnival ini. Apa yang lebih menarik, kanak-kanak yang hadir juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman dalam Studio Rakaman Suara Animasi.



2. MEZIARAHI RUMAH OPAH UPIN IPIN

Saya yakin, jika korang kesini tanpa masuk ke rumah Opah Upin Ipin ni mesti akan menyesal. Model Rumah Opah ni merupakan tarikan utama di Dewan C ni dan ianya dibuat dan dihias seakan rumah sebenar di dalam filem animasi Upin Ipin.



Inilah peluang korang nak tengok secara lansung bagaimana rumah sebenar Upin Ipin kan. Bermula dari ruang tamu tempat Upin Ipin tengok televisyen, bilik tidur Upin Ipin dan Opah, dapur dimana Opah dan Kak Ros masak dan juga keadaan sekitar rumah mereka. Anak-anak pasti teruja dengan persekitaran kampung sebenar yang cuba mereka pamerkan.



3. MENEROKA DUNIA SERAM "MAGIC PIN PIN POM"

Nenek-nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenekku kahwin dengan anak raja

Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang juga nenek mencari
Siapa kena dia yang menjadi

AWAS!! pada mereka yang melihat kedalam cermin tua ni, nenek pasti muncul mencari. hehe


Kanak-kanak juga ada dunia misteri mereka, kita sendiri membesar dengan lagu misteri Nenek Si Bongkok Tiga ni dan setiap yang misteri itu ada kisahnya. Apa yang boleh saya kongsikan, ruangan MAGIC PIN PIN POM ni merupakan ruangan yang paling saya suka. *nak pula dengan cermin makeup kat atas ni. hehe 


Cara persembahan yang cukup kretif dengan penyampaian dalam bentuk interaktif dan interaksi. Saya yakin anak-anak anda pun akan suka walaupun ada sedikit rasa mistik dan seram.


4. BERGAMBAR DI TADIKA MESRA

Mesti ramai yang dah tahukan bahawa Upin Ipin dan kawan-kawanya belajar di Tadika Mesra. Ruangan ni merupakan ruangan edukasi seprti di tadika diorang, selain mempunyai meja dan kerusi tempat beraktiviti, pengunjung juga boleh bergambar dengan mural seperti dalam gambar di bawah ni.



5. MENGEMBARA DI ALAM DINO

Bagi mereka yang sukakan dunia yang penuh pengembaraan, jangan lupa untuk ke ruangan Alam Dino. Pelbagai replika dinosaur berwarna warni pasti menjadi tarikan anak-anak korang.


Haiwan ganas dan besar pada asalnya menjadi cukup comel di Alam Dino*saya sendiri rasa geram nak cubit-cubit je sekor-sekor sebab comelnya ya ampun. Alami sendiri pengalaman bergambar bersama beberapa karekter dinosaur yang cukup comel dan ianya bergerak dan mempunyai suara.



6. MENONTON WAYANG KULIT UPIN IPIN

Kebiasaannya kita pernah dengar dan tahu mengenai wayang kulit dari Kelantan sahaja kan. Untuk karnival Upin Ipin kali ni, kanak-kanak dapat melihat sendiri bagaimana persembahan wayang kulit yang diolah kepada penceritaan kanak-kanak Upin Ipin. *musik asal wayang kulit digunakan .


Persembahan wayang kulit ini dilakukan secara lansung disebalik tirai putih oleh tok dalang dan ahli musik yang bertanggungjawab. *kanak-kanak mesti suka !!



8. MELUKIS DAN MEWARNA DI DINDING UPIN IPIN

Aktiviti melukis dan mewarna merupakan salah satu aktiviti yang cukup digemari oleh kanak-kanak, nak pula kalau tempatnya di dinding kan! Disini juga mereka ada menyediakan satu sekyen khas untuk anak-anak meyumbangkan idea kretif mereka dalam menconteng dan mewarna. Jika anak-anak korang suka menconteng, inilah tempatnya!!!



9. MENONTON PERSEMBAHAN UPIN IPIN DAN KAWAN-KAWAN

Semua persembahan Upin Ipin berlansung di pentas utama yang berada di Dewan A. Dalam persembahan yang diorang buat juga ada melibatkan kanak-kanak yang dipilih secara rawak dari kalangan penonton yang hadir.


Selepas buat sketsa, kanak-kanak yang terlibat akan dapat cenderahati dari mereka. *memang terbaiklah. Selain dari persembahan Upin Ipin, persembahan Ultramen Ribut dan Puteri juga turut diadakan khas untuk pengunjung.



10. BERGAMBAR BERSAMA MASKOT UPIN IPIN

Selain dari menonton persembahan dari mereka, pengunjung juga berpeluang untuk bergambar dengan maskot Upin Ipin dan kawan-kawannya. Dan jika bernasib baik, pengunjung juga boleh bergambar dengan Ultraman Ribut dan Puteri.


Anak-anak pasti teruja dengan mereka. *jaga-jaga dengan telatah anak anda, jangan sampai seluar Upin Ipin terlondeh disebabkan mereka!! hahahahaha.



11. MILIKI CENDERAHATI UPIN IPIN

Bila dah selesai, mesti nak cari sesuatu untuk dibawa balik dan jadikan sebagai kenangan kan? Di penghujung Dewan A, mereka ada sediakan tempat untuk kita shopping cenderahati Upin Ipin


Macam-macam ada seperti tabung Upin Ipin, Shampoo mandian Upin Ipin, anak patung Upin Ipin, t-shirt Upin Ipin dan banyak lagi. Apa yang saya lihat, cetakan design t-shirt mereka dibuat secara lansung selepas mendapat tempahan. Kalau nak cerita pasal kualiti tu memang tip top lah. Sehelai t-shirt dewasa hanya dijual RM15 sahaja manakala untuk t-shirt kanak-kanak pula RM 10 sehelai. memang laku habis.


Selain dari aktiviti-aktiviti di atas, sebenarnya masih banyak lagi aktiviti menarik lain yang saya tak sempat kongsikan dalam atrikel kali ni. Kalau nak bercerita tentang crowd yang hadir, ianya cukup lumayan. Ada diantara mereka sanggup beratur lama semata-mata untuk dapatkan tiket dan hiburkan anak-anak mereka. Apa yang saya boleh katakan ianya merupakan pengalaman yang sangat best. Walaupun seharian di Karnival Upin Ipin 2017 ni rasanya tidak puas dan ianya cukup berbaloi. Insyaallah kalau Karnival Upin Ipin dibuat lagi pada 2018 akan datang, saya dan rakan-rakan pasti akan kembali. *hope kita dapat bertemu lagi ya Nenek. hehehe!



HARGA TIKET MASUK KE KARNIVAL UPIN IPIN 2017

Untuk tidak membuang masa, anda dinasihatkan untuk membeli tiket masuk secara online di upinIpinstore.com . Walaubagaimana pun, tiket masih boleh dibeli secara manual di pintu masuk Dewan C ketika hari karnival.


Untuk pengetahuan korang, kanak-kanak berumur bawah 6 tahun, warga emas dan orang kelainan upaya dapat masuk ke Dewan A & C secara PERCUMA . Bagi mereka yang mampu, boleh beli pas VIP untuk mendapat privilege, seperti short cut ke Rumah Opah, Green Boom (sesi potografi), tabung Upin Ipin dan peluang sesi temu mesra bersama maskot Upin Ipin / Ultraman Ribut / Puteri.

Nak tengok gambar sepanjang karnival yang dikongsikan oleh pengunjung boleh cari di hashtag #KarnivalUpinIpin .

Jangan lupa follow Upin Ipin di social media akaun mereka :

Share:

VISUALISASI MASA DEPAN MALAYSIA DI EXPO NEGARAKU


Korang perasan tak apa yang sedang berlangsung di Dataran Merdeka sejak 15 November 2017 yang lepas. Terdapat 5 biji kubah besar yang menyerupai lima biji bola golf gergasi jika di lihat dari pandangan atas. Lihat dari kemegahan rekabentuknya dari luar, saya sendiri dapat rasakan ada sesuatu yang menarik berlansung di dalamnya. 


Untuk pengetahuan korang semua, satu karnival terbesar telah dianjurkan iaitu EXPO NEGARAKU dan akan berlangsung selama sebulan iaitu 15 November 2017 sehingga 15 Disember 2017 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Setiap dome akan dibahagikan kepada sektor berlainan seperti telekomunikasi, tenaga, pengangkutan, dan sebagainya. Khabarnya pameran kali ini bakal menyajikan hal yang cukup menarik berkenaan masa depan negara kita.

"Maklumat mengenai infrastruktur pengangkutan awam negara hanya menerusi sentuhan, mendengar dan mencuba program sendiri pengalaman kendali pegangkutan awam melalui simulasi."
Saya sendiri difahamkan bahawa EXPO NEGARAKU ini merupakan ekspo infrastruktur yang terbesar pernah dianjurkan di Malaysia.  Apa yang menariknya berkenaan expo ini, pengunjung akan dijanjikan satu kepuasan yang tidak akan diperolehi di tempat lain kerana kebanyakkan bahan yang dipamerkan dipersembahkan dalam bentuk interaktif dan interaksi. Ianya juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan bayaran MASUK ke #ExpoNegaraku ini adalah PERCUMA!!


TARIKAN INTERAKTIF DAN INTERAKSI

Pameran ini membolehkan korang mencuba sendiri pelbagai aktiviti interaktif seperti Simulator memandu bas Rapid, simulator perjalanan tren pelbagai Transit Aliran Ringan (LRT), proses penebukan terowong MRT, Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan rel berkelajuan tinggi (HSR) dengan tempat duduk sebenar beserta maklumat di skrin televisyen memaparkan destinasi yang dilalui tren.

Simulator memandu bas Rapid

proses penebukan terowong MRT

Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan rel berkelajuan tinggi (HSR) dengan tempat duduk sebenar.

Selain dari itu, korang juga bakal disajikan dengan pameran yang didatangkan dalam bentuk interaktif seperti paparan 3D bergerak dan pancaran cahaya projector yang sangat menarik. Kalau korang tak percaya cubalah buat carian #ExpoNegaraku di Instagram korang untuk melihat sendiri perkongsian dari mereka yang dah pergi. 


Untuk pengetahuan korang lagi, Expo Negaraku ini akan dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari. Pada korang yang tiada masa untuk datang pada waktu petang, bolehlah hadir pada waktu malam. Pada waktu malam, saya difahamkan akan ada pertunjukkan cahaya lampu yang akan dipancarkan ke kelima-lima biji kubah gergasi /dome atau bagunan.


TARIKAN LAIN DI EXPO NEGARAKU


Selain dari tarikan seperti pameran di atas, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang turut dianjurkan khas untuk pengunjung-pengunjung yang hadir. Antara tarikan-tarikan lain adalah seperti berikut :

  1. Pertandingan Futsal (18-19 November 2017) jam 8 pagi
  2. Zumba Nation (18 November 2017) jam 8.30 pagi
  3. Pesta Buah-Buahan (26-26 November 2017) Jam 10 pagi – 10 malam
  4. Pasar Malam
  5. Sukan Rakyat 
  6. Comedy Night 
  7. KL Go Cart
Selama seminggu expo ini berlangsung, ianya disertakan dengan tema mingguan yang berlainan iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan pada minggu pertama, diikuti Citarasa Kita pada minggu ke dua, Kebudayaan dan Pelancongan pada minggu ke-tiga, dan diakhiri dengan tema Aktiviti dan Permainan pada minggu ke -empat penganjurannya.
p/s : pengguna jalan raya yang ingin ke Ekspo Negaraku dinasihati supaya menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan Monorail serta elak daripada menggunakan laluan yang terlibat jika memasuki pusat bandar pada tarikh tersebut. Grab akan memberi diskaun RM5 untuk pengunjung Expo Negaraku bagi setiap perjalanan mereka.

Expo Negaraku 
Lokasi : Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Tarikh : 15 Nov hingga 15 Dis 2017
Masa : 10am hingga 10pm
Bayaran : PERCUMA.

Share:

BUFFET MAKANAN HALAL VIETNAM DI ALOFT KUALA LUMPUR SENTRAL


Jika korang merupakan salah seorang dari penggemar masakan Vietnam dan berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor , ini merupakan salah satu promosi makan malam yang korang perlu ambil tahu. Tidak terlalu jauh kerana ianya di Aloft Kuala Lumpur Sentral yang berada bersebelahan dengan KL Sentral.

Nguyen Huu Trung dan Nguyen Phuoc Hau dari Sheraton Nha Trang, Vietnam

Untuk pengetahuan korang semua, Promosi yang diperkatakan akan bermula dari 10 hingga 22 November 2017 di Restoran Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral dan akan menyajikan buffet makan malam berkonsepkan Vietnam iaitu Festa Makanan Pho You dengan hidangan khas dari tetamu Nguyen Huu Trung dan Nguyen Phuoc Hau yang diterbangkan khas dari Sheraton Nha Trang, Vietnam.


Promosi Buffet Makanan Vietnam ini berharga RM118 nett bagi setiap orang dewasa dan akan menampilkan masakan Vietnam asli, mulai dari hidangan sup Vietnam, makanan utama dan pencuci mulut.

PESTA MAKANAN PHO YOU


Dari bar salad, anda akan menemui "Pomelo with chicken""Jelly fish salad""Bitter melon with shrimp""Banana blossom with chicken" dan "Green mango with prawns salad".

Pomelo with chicken

Jangan terlepas untuk mencuba pembuka selera yang wajib iaitu "Fresh spring rolls" (goi cuon). Ayam dan udang, bersama dengan  rice vermicelli, lobak merah, timun dan salad dibalut dengan kertas nasi yang halus cukup memberi kombinasi rasa yang sangat segar dan sedap.


Untuk hidangan utamanya pula, anda bakal menemui Nasi Goreng Hue, "Wok-fried prawn in tamarind sauce", "Sauteed crab with tamarind sauce", "Squid stuffed with minced prawns", "Braised chicken leg with red beans", "Grilled fish in banana leaf", "Braised beef with coconut", "Braised duck with ginger" and "Sauteed king prawn with coconut milk". Semuanya boleh dikatakan sangat sedap.

Squid stuffed with minced prawns

Wok-fried prawn in tamarind sauce
Pho dan Vietnam tak dapat dipisahkan. Mi daging Vietnam, yang dikenali sebagai pho ini cukup popular disana. Sup yang jelas mempunyai keseimbangan rasa yang betul dari rasa manisdatang dengannya dari daging lembu yang paling lembut yang pernah saya alami dalam pho. Ternyata mereka menggunakan bahan yang sangat berkualiti.

cara hidangan Pho

Mi daging Vietnam "Pho"

Sudahi makan malam korang dengan pelbagai jenis pencuci mulut Vietnam, iaitu sup Pisang dan kelapa, Jagung dan sup kelapa, Jeruk kacang hijau, Kentang goreng manis, Kek kacang merah dan Pisang panggang dengan nasi melekit. Bukan itu sahaja, terdapat juga hidangan pencuci mulut asli dari Malaysia dan kek.


Harga untuk promosi Pesta Makanan Pho You di restoran NOOK ni adalah seperti berikut ; RM118 nett per dewasa dan RM59 nett untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Ia boleh didapati dari 10 - 22 November 2017 dari 6.30 malam hingga 10.30 malam. Sila lihat tawaran kad kredit yang menarik ini (mis. 40% dengan kad CIMB).

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi 03-2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com

Lokasi:
NOOK, Aras 1, Aloft KL Sentral, 
No 5 Jalan Stesen Sentral, 
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

Share:

SEMAK DAN BANDING HARGA BARANG HARIAN DENGAN APLIKASI PRICE CATCHER


Salah satu dari langkah jimat belanja yang boleh diamalkan oleh suri rumah tangga khususnya dalam menguruskan bajet pembelian barang dapur khususnya adalah dengan perancangan awal dan melakukan senarai semak barang yang hendak dibeli sebelum keluar ke pasaraya atau market. Hal ini memang saya sendiri amalkan untuk mengelak dari berlakunya pembaziran ketika membeli belah barangan dapur khususnya. Selain daripada itu, ia dapat mengelakkan dari kita tercicir dari membeli barangan yang patut.


Memandangkan teknologi sudah semakin maju, semuanya boleh dikatakan mampu diselesaikan hanya di hujung jari. Demi memudahkan lagi pengguna di Malaysia ni untuk merancang perbelanjaan mereka, KPDNKK telah megambil inisiatif dengan mencipta satu aplikasi baru yang diberi nama PRICE CATCHER dimana ia dikatakan boleh membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat dan membuat perbandingan harga bagi 6 kategori yang merangkumi 446 barangan keperluan harian di premis-premis terpilih.




SEBAB APLIKASI "PRICE CATCHER" DIWUJUDKAN

"Barang-barang keperluan negara ditawarkan oleh pelbagai pihak, harga ditentukan oleh permintaan pasaran, apabila barang berlebihan di pasaran maka harga akan jatuh. Manakala jika barangan kurang, maka sebaliknya akan berlaku. Oleh sebab itu, premis yang berbeza akan menawarkan harga yang berbeza, jadi sebagai pengguna yang bijak, pilihan dan keputusan yang tepat harus di buat. Dengan bantuan aplikasi ni, pengguna dapat membuat perbandingan harga dan mengetahui lokasi premis yang berhampiran dengan cepat dan mudah."

KELEBIHAN PRICE CATCHER


Antara KELEBIHAN yang korang boleh dapat jika memuat turun aplikasi PRICE CATCHER ni adalah seperti berikut :

  1. Maklumat terkini perubahan harga minyak.
  2. Carian harga barang mengikut kategori dan lokasi
  3. **Perbandingan harga (paparan harga disusun mengikut harga terendah ke harga tertinggi)
  4. Maklumat tunjuk arah ke lokasi premis (sycn ke waze atau google maps).
  5. Kongsi carian ke media sosial.

6 KATEGORI KEPERLUAN ASAS


Bukan semua barangan boleh diakses di menggunakan aplikasi PRICE CATCHER ini. Hanya 6 kategori utama keperluan asas sahaja yang mereka utamakan. Antara 6 kategori utama keperluan asas yang di maksudkan adalah seperti berikut:


  1. "Barang Segar" seperti ayam, daging, buah-buahan, makanan laut, syur-sayuran, telur dan mee kuning dan lain-lain.
  2. "Barangan Kering" seperti barangan kering ( agar-agar, asam jawa, bihun kering, garam halus, ikan bilis, sotong kering, udang kering), rempah ratus, cili, bawang, beras, ubi, kacang dan lain-lain
  3. "Barang Berbungkus / Tin / Kotak / Botol" seperti esen dan ragi, gula, ikan dalam tin, jem, kicap dan sos, minyak masak dan minyak sapi, roti, tisu, susu, tepung, santan kotak, jem, marjerin dan mentega, dan lain-lain
  4. "Barangan Kebersihan" seperti berus gigi, sabun, dan ubat gigi.
  5. "Barangan Susu dan Barangan Bayi" seperti susu bayi, makanan bayi dan lampin pakai buang.
  6. "Minuman" seperti bahan-bahan minuman ( horlicks, kordial, milo, nescafe quacker oats instant, teh dan lain-lain) dan minuman ( ali cafe tin, coca cola botol, soya kotak,  dan  lain-lain).

Tonton video dibawah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan aplikasi ini.


Jadi apa tunggu lagi!!!! Jadilah PENGGUNA yang BIJAK dan berbelanja secara BERHEMAH dengan aplikasi PRICE CATCHER . Muat turun aplikasi ini secara PERCUMA di google play dan app store sekarang.

Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive