travel, food and lifestyle blog

Followers

BERCUTI DI DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR


DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR | Terletak di tepi tebing Sungai Selangor, De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan kepada anda suasana percutian yang cukup tenang. Untuk pengetahuan korang De Palma Eco Resort Kuala Selangor ini terletak dekat dengan pusat bandar Kuala Selangor hanya dalam beberapa minit perjalanan. Jadi secara tidak lansung ianya memakan masa hanya beberapa minit dari lokasi popular Bukit Malawati iaitu sebuah lokasi bersejarah dimana berdirinya sebuah rumah api, muzium sejarah dan rumah-rumah kolonial lama yang dibina pada zaman British dahulu kala.


De Palma Eco Resort Kuala Selangor ini merupakan sebuah tempat percutian berkonsepkan chalet yang menawarkan aktiviti team building dan mendekati alam flora dan fauna. Mereka mempunyai 48 buah chalet dan 12 buah villa untuk disewa. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV plasma, bar mini dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan kemudahan air panas.


Bilik yang saya dan rakan blogger Rafzan Tomomi inap pada tempoh hari adalah Deluxe (Triple Sharing) dimana harga asalnya ialah RM295.00++ dan harga promosinya boleh mencecah sehingga RM 165.00++. Bilik jenis ini merupakan bilik paling murah diantara bilik-bilik jenis lain.


Oleh kerana mereka kearah resort patuh syariah (shariah compliant), Al-Quran, sejadah dan buku islamik turut disediakan di dalam bilik. Selain itu mereka juga mempunyai sebuah surau dimana mempunyai Imam dan bilal tetap untuk meyempurnakan setiap waktu solat wajib.



Kemudahan lain di De Palma Hotel Kuala Selangor adalah seperti berikut:

  • Surau (bersama Imam tetap)
  • Kolam renang
  • Bilik-bilik mesyuarat / jamuan
  • Kemudahan Wi-Fi percuma (hanya di lobi hotel)
  • Perkhidmatan dobi
  • Keselamatan 24 jam
  • Bilik-bilik
  • Perkhidmatan Shuttle
  • City Tour (atas permintaan)


AKTIVITI DI DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR

AKTIVITI KECERGASAN DAN KESIHATANSelain dari aktiviti kecergasan merentas halangan, De Palma Eco Resort Kuala Selangor juga ada menyediakan pelbagai jenis aktiviti kecerdasan lain seperti aktiviti team building, menunggang kuda, berbasikal, badminton, volley ball, zumba, jungle tracking, night walk dan banyak lagi.

Aktiviti menunggang kuda

Aktiviti team building

De Palma Hotel Kuala Selangor

Alamat:
Jalan Tanjung Keramat, 
45000 Kuala Selangor, 
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel: +603-3289 7070
Fax: +603-3489 7080
Email: info@depalmahotel.com

LOKASI YANG MENARIK DI BOLEH DILAWATI SEKITAR DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR


Selain dari beraktiviti di sekitar resort, banyak lokasi menarik yang boleh korang kunjungi berdekatan dengan De Palma Hotel Kuala Selangor ni. Antaranya seperti Bukit Malawati, Taman Alam Kuala Selangor, Kelip-kelip Kg. Kuantan, Sasaran (Skymirror), dan Pasar Basah & Kering Pasir Penambang.

Share:

AKTIVITI HUJUNG MINGGU SIXTH MILES TUNNEL DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK


Lost World of Tambun cukup sinonim dengan lokasi percutian berkonsepkan taman tema. Tapi korang perlu tahu bahawa, selain tarikan taman tema dan kehidupan suasana malam hot spring nya, mereka ada menawarkan tarikan lain seperti kemudahan aktiviti team building.

TRAVEL RECOMMENDS : SEWA POCKET WIFI


Apa yang lebih menarik, korang boleh isi hujung minggu korang dengan aktiviti meneroka Sixth Miles Tunnel (6th Miles Tunnel) yang sangat mencabar dan menyeronokkan. Nama Sixth Miles Tunnel ini diambil sempena jarak perjalanan di dalam terowong sepanjang 6 batu. Perjalanan 3 batu pergi dan 3 batu balik ini sudah semestinya cukup menyeronokkan jika dilakukan bersama-sama kawan-kawan yang sporting. Kali ni saya bersama 10 lagi rakan blogger lain bersama-sama menyahut cabaran Sixth Miles Tunnel ni.


SEJARAH SIXTH MILES TUNNEL

Terowong yang kami lalui sepanjang 6 batu ini terletak di bawah bukit batu kapur yang mana pada asalnya telah dijadikan sebagai terowong jalan pintas untuk pelombong bijih timah pada masa dahulu ke seberang bukit. Selepas itu, ia dikatakan telah dijadikan sebagai tempat persembunyian tentera komunis dan tempat strategik untuk menyerang hendap askar Melayu mahupun masyarakat setempat.


Sebelum cabaran dimulakan, kami telah diberi taklimat tentang keselamatan oleh marshal yang bertugas. Selain daripada itu, kami juga telah dibekalkan dengan beberapa peralatan keselamatan seperti topi keselamatan, lampu kepala, vest keselamatan, sebotol air mineral dan chocolate bar. Untuk pengetahuan korang perjalanan pergi dan balik kami akan mengambil masa selama 4 jam.  Maka, air mineral dan chocolate bar sangat penting untuk mengisi perut jika lapar.


Perjalanan kami dimulakan dengan merentasi Tasik Boga sehingga tiba di sebuah kawasan perumahan. Dari sana kami akan menuju (jalan kaki) ke tapak aktiviti Xtreme yang mana terletaknya Sixth Miles Tunnel tersebut. Jarak dari tasik tempat dimana kami mendarat ke tapak aktiviti Xtreme tersebut dianggarkan dalam 300 meter je. *tak jauh sangat pun. Memandangkan lokasi kami di kawasan perumahan orang, kami dinasihatkan supaya tidak membuat bising.


Untuk pengetahuan korang  tapak aktiviti Xtreme tersebut ada menyediakan kemudahan chalet khas untuk para pengunjungnya. Selain dari itu, mereka juga ada menyediakan kemudahan bilik air yang cukup besar, tapak aktiviti untuk wall climbing dan macam-macam lagi.


AKTIVITI SIXTH MILES TUNNEL

Cabaran pertama sebelum kami merentasi Sixth Miles Tunnel adalah kami perlu melintasi paya berair kurang dari 100 meter. Nampak senang, tapi kami perlu apungkan diri di dalam paya tersebut kerana dasarnya adalah berlumpur.


Apa yang dikhuatiri, jika tersalah langkah kaki kami akan tersangkut dan sukar untuk bergerak. *jadi cara selamat untuk kami melintasi paya tersebut adalah adalah dengan cara mengapungkan diri. Ia tidak terlalu susah kerana sepanjang paya itu kami akan berenang berpandukan tali yang telah disediakan.


Memandangkan aktiviti ni melibatkan air dan sebagainya, saya sendiri nak nasihatkan korang yang nak cuba aktiviti ni nanti untuk memakai pakaian yang bersesuaian, kasut getah, tidak membawa telefon bimbit, dan peralatan-peralatan lain yang tidak kalis air.


Kami dikhabarkan bahawa sepanjang perjalanan kami akan bakal menempuh laluan berair. Dari awal perjalanan kami hanya melalui air yang cetek dan rata. Kemudian, jalan yang kami tempuhi mula sukar berbatu-batu dan air mula meningkat hingga ke paras perut. Marshal juga telah menasihatkan kami agar tidak sesekali menyentuh sesetengah bahagian dinding gua kerana dikhuatiri akan merosakkan pertumbuhan dan perkembangan kristal.


Korang juga boleh melihat dinding gua yang berkaca yang dipanggil stalagtite dan stalagmite. Di sepanjang terowong tersebut ada ketikanya korang akan melihat batu-batu disusun cantik tersusun pada dinding gua. Ia adalah hasil kerja pelombong-pelombong bijih timah lama sewaktu menggali terowong berkenaan dan memastikannya lebih kukuh dan kuat dari dalam. Selain dari menjaga kepala dan tangan supaya tidak terhantuk dan terpegang kristal yang dimaksudkan, kami jugak perlu jaga setiap langkah kami kerana jalan berbatu yang kami lalui cukup mencabar. *hati-hati kalau tidak boleh terseliuh.


Setelah berjalan merentasi terowong sejauh 3 batu, maka akhirnya kami sampai ke hujung terowong.  Sambil berehat untuk minum dan makan bekalan yang kami bawa, kami dikhabarkan bahawa tidak jauh dari situ ada air terjun. Disini juga kami dapat melihat sendiri beberapa bukti barang peninggalan dan barang-barang lama seperti pasu dan tembikar di sekitarnya.


Setelah berehat dan mengambil gambar permandangan sekitar, kami bergerak pulang mengikuti jalan yang sama kami lalui pada awalnya tadi. 


Alhamdulillah, walaupun pada awalnya pelbagai alasan diberikan kerana tidak mahu melakukan aktiviti ni. Akhirnya, dengan bantuan semangat dari kawan-kawan lain dan dengan bimbingan marshal yang cukup professional, saya, Rafzan Tomomi dan rakan-rakan lain berjaya meyelesaikan aktiviti ini dengan jayanya.


Jadi kepada sesiapaberminat dan ingin cuba sendiri meneroka Sixth Miles Tunnel, boleh lah rujuk atau layari maklumat yang tertera di bawah :

Share:

5 JENIS KAMERA YANG SESUAI UNTUK VLOGGERS



Perubahan populariti setiap platform social media dari tahun ke tahun dapat kita lihat melalui pelbagai kajian yang telah dilakukan di luar negara khususnya. Pada tahun 2017, Youtube berada pada tempat kedua selepas Facebook mengalahkan Instagram dan Twitter yang cukup popular pada tahun-tahun sebelumnya. Tidak hairanlah jika kita dapat lihat ramai sudah mula celik untuk kearah vlog termasuklah mereka di kalangan Influencer seperti Instafamous atau Blogger.


Rajah diatas dirujuk pada artikel Top 15 Most Popular Social Networking Sites and Apps [October 2017] yang telah ditulis oleh PRIIT KALLAS dan di publish pada OCTOBER 9, 2017. Kita sebagai influencer tidak salah untuk membuat sedikit kajian berkaitan supaya kita lebih tahu dengan apa yang kita buat. Ini akan lebih membantu kita untuk pergi leh jauh dan berjaya. Insyaallah.


Ramai yang akui bahawa, perkara paling penting untuk menjadi seorang youtubers atau vloggers adalah memiliki sebuah kamera yang boleh merakam video. *agak-agaknya kamera apa yang sesuai untuk dibeli ya? Jadi disini saya ingin berkongsi dengan korang tentang 5 kamera terbaik untuk merakan video bagi mereka yang baru.


Memandangkan saya juga baru belajar, jom kita sama-sama rujuk artikel The 5 Best Vlogging Cameras for YouTube Beginners yang ditulis oleh Eric Bieller. Semoga bermanfaat.

Share:

BRUNCH BERKONSEPKAN MAKANAN ITALI ASLI DI SHERATON IMPERIAL KL


LUNCH BERKONSEPKAN MAKANAN ITALI ASLI DI SHERATON IMPERIAL KL | Baru-baru ni berpeluang untuk merasai sendiri keunikan menu makan tengahari berkonsepkan Itali di Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur. Apa yang boleh dibanggakan disini, menu yang dihidangkan adalah betul-betul asli Itali dan tidak sama sekali diolah mengikut selera setempat (Malaysia).


DEKORASI VILLA DANIELI BERKONSEPKAN ITALI | Hidangan Itali ini dihidangkan di sebuah restoran Itali yang pernah mendapat anugerah dinamakan Villa Danieli. Susunan dekorasi luar dan dalam termasuk keseluruhan suasana Villa Danieli cukup membawa hati setiap pelanggan mereka terbang jauh ke Negara Itali.


Phone : +603 2717 9922 , +6032717 9900 
Email : villa.danieli@sheraton.com

MAMMA MIA ITALIAN BRUNCH | Memandangkan ini merupakan kali pertama saya makan makanan selera Itali, jadi banyak hal yang kena belajar khususnya dari segi selera dan makanan rutin mereka.


Dari jauh lagi sudah kelihatan kegebuan hidangan pizza seolah-olah sedang menunggu kehadiran kami. Orang kata Pizza ni cukup sinonim dengan orang itali. Jadi memang sah lah menu brunch kami untuk kali ni menu Itali. *wow memang excited lah.


Untuk pengetahuan korang semua MAMMA MIA ITALIAN BRUNCH merupakan hidangan berkonsepkan buffet. Tapi apa yang menariknya, untuk hidangan main utama mereka pelanggan perlu oder dan akan dihidangkan seakan hidangan ala-cart. Ini adalah semata-mata untuk menjaga kualiti hidangan tersebut supaya setiap pelanggan dapat menikmati setiap hidangan seperti yang sepatutnya.


Tapi korang tak perlu risau kerana, jumlah oder tiada terhad dan anda boleh oder berulang kali dari jam 12 tengahari sehingga jam 3 petang. *macamana best kan, memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan iaitu RM148 nett/dewasa dan RM74 nett/kanak-kanak (9-12 tahun).

Grilled Octopus with Cherry Tomato Basil Salad

Whole Sea Bass Mediterranean Style

Banyak lagi hidangan Itali menarik yang boleh korang cuba dari hidangan utama sehingga pencuci mulut mereka. Pelanggan juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari artis berbakat yang bersuara hebat dengan lagu-lagu english. 


MAMMA MIA ITALIAN BRUNCH

Harga : RM121 nett/dewasa, RM60.50 nett/kanak-kanak (9-12 tahun) - termasuk coffee dan teh
Masa : Setiap Ahad ~ 11:00am to 3:00pm

Lokasi : Villa Danieli, Sheraton Imperial Hotel KL

Share:

DAMAINYA JATILUWIH GREEN LAND BALI

Ramai yang mengagumi akan keindahan kawasan pelancongan popular Tegallalang Rice Terraces di Ubud, Bali Indonesia dan keindahan pemandangannya memang tidak dinafikan oleh saya sendiri. Selain dari Tegallalang Rice Terraces, Bali juga mempunyai satu lagi lokasi pelancongan Rice Terraces yang kurang diketahui umum iaitu di Jatiluwih Green Land.

Jatiluwih Green Land

Jatiluwih Green Land telah dicalonkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO, menawarkan pemandangan indah sawah berasaskan kontur yang diairi menggunakan impressive communal water system yang dicipta oleh petani setempat.


Bagi pelancong yang ingin menikmati keindahan kawasan ini, bayaran sebanyak 60k rupiah akan dikenakan untuk seorang pelancong.






Share:

TONTON RANCANGAN VERSUS 1001 RASA BABA'S DI TV3

BABA'S satu jenama yang cukup popular dengan dunia makanan di Malaysia ni. *tipulah kalau ada yang kata diorang tak pernah dengar ataupun tahu tentang jenama besar ni kan. Walaupun banyak saingannya, jenama BABA'S tetap menjadi pilihan dan teguh dalam pasaran Malaysia ni.


Walaupun sudah popular, BABA'S  tetap menghargai peminat dan pelanggan mereka dengan pelbagai kempen berkaitan. Kini sempena ulangtahun ke-40 Baba's, mereka telah menyediakan pelbagai jenis kempen dan juga acara seperti logo Baba's diletakkan di badan kapal terbang AirAsia, 50 tiket ke Gold Coast, Australia juga diberi kepada followers setia facebook Baba's untuk sambutan tahun baru. Untuk pengetahuan korang, BABA'S  juga merupakan salah satu dari penaja global untuk siri rancangan realiti TV Bigg Boss musim pertama di VijayTV dan juga penaja untuk program mencari bakat, Million Dollar Feet yang diharapkan akan memberi peluang kepada dua remaja Malaysia untuk meneruskan karier bolasepak di bumi Eropah.

VERSUS 1001 RASA BABA'S


Selain dari tu, BABA'S  juga telah mengadakan rancangan pertandingan memasak yang diberi nama Versus 1001 Rasa Baba's yang akan ditayangkan di TV3. Rancangan ini akan di hostkan oleh 2 selebriti chef yang cukup popular di malaysia ni iaitu  Chef Dr. Kamarul dan Chef Adu. Pertandingan ni diberi sentuhan dengan sedikit kelainan di mana peserta akan menerima arahan dari Mentor untuk bertanding dengan pihak lawan. Masa yang diberi untuk memasak cuma 30 minit dengan menggunakan bahan yang disediakan sahaja. Paling mencabar bila ada pula Mentor di depan peserta yang akan memberi arahan sahaja tanpa boleh membantu dari segi fizikal. *30 minit dengar bebelan dari mentor la ye. haha.



Untuk pengetahuan korang, pertandingan Versus 1001 Rasa Baba's ni memilih juri dari kalangan editor kulinari dan juga food blogger. Antara salah seorang dari mereka adalah food blogger famous iaitu saudara Mahamahu. *agak-agak telus tak ni? eh gurau je hahahaha. Dengar khabar Top 4 resepi terbaik akan ke peringkat terakhir dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM10,000. *wowww bestnya, rugi tak cuba nasib kan. Tapi dengar khabar untuk penonton pun ada juga peluang untuk memenangi hadiah wang tunai dan hadiah lain yang menarik. Cuma perlu follow Facebook Baba's dan ikut arahan serta syarat yang dinyatakan kat situ. *jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang ni. hehe




MAJLIS PELANCARAN RANCANGAN VERSUS 1001 RASA BABA'S


Sebagai memperkenalkan rancangan ini kepada umum, Majlis Pelancaran Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's telah berlansung di Empire Hotel Subang baru-baru ni. Dalam majlis tersebut, mereka telah memperkenalkan barisan pengacara dan juri-juri yang terlibat dalam rancangann tersebut.


HIDANGAN DARI BABA'S

Selain dari itu mereka juga turut mengadakan demo pertandingan memasak yang melibatkan para media yang hadir. Kami juga dijamu dengan beberapa hidangan pilihan dari menu yang dipertandingkan di dalam rancangan tersebut iaitu :

Stu Kari Makanan Laut Berempah_Kredit foto: www.dikbee.com

Kepak Ayam Goreng Maruku Bersalut Sos Tom Yam_Kredit foto: www.dikbee.com

Kek Keju Labu Kesari_Kredit foto: www.dikbee.com

Kepada semua pembaca jangan lupa saksikan Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's di TV3 setiap hari Khamis, jam 5:35 petang bermula 26 Oktober 2017 dan siaran ulangan setiap hari Isnin, 5:35 petang bermula 30 Oktober 2017.

Share:

JOM BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN MALAM GALA VEST 2017





Mesti korang dah baca mengenai artikel yang saya telah tulis berkenaan dengan VEST 2017 : PERTANDINGAN KEUSAHAWANAN UNTUK MAHASISWA beberapa bulan yang lalu kan? Kalau korang nak tahu, sedar tak sedar  VEST2017 telahpun sampai ke penghujungnya. Agak-agak macamana dengan progress diorang kan, mesti best giler!


Untuk pengetahuan korang juga, sebelum berlabuhnya tirai VEST2017, mereka bakal mengadakan satu acara gilang gemilang iaitu MALAM GALA VEST 2017 yang akan diadakan pada 15 Oktober 2017 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) UKM, Bangi. Walaupun acara itu MALAM GALA tetapi majlis bermula pada jam 9 pagi sehinga 10 malam ! 


PERSEMBAHAN ARTIS JEMPUTAN | Korang kalau nak merasai kehangatan penutupan VEST2017 ni kenalah datang sebab ada ramai artis dan selebriti yang akan hadir antaranya , Fizo Omar, Mawar Karim, Izzue Islam, Faizal Ismail, Wany Hasrita, Heliza Helmi dan juga Dato Dr Izhar Arif. Tiada bayaran masuk ya kerana Masuk adalah PERCUMA. So boleh datang ramai-ramai, ajaklah semua kawan-kawan dan sanak saudara yang ada. 


Malam Gala VEST 2017 ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan semua pelajar pelajar IPT-IPT yang terlibat dalam pertandingan VEST tahun ini supaya majlis ini dapat merapatkan lagi silaturahim antara pihak penganjur, VEST, siswa dan siswi.


Bukan itu juga, matlamat utama MALAM GALA VEST 2017 adalah untuk menyaksikan pertaruhan idea dan daya keusahawanan mahasiswa menerusi Program Varsity Entrepreneurship Skills & Talent – VEST diiktiraf sebagai juara!


CABUTAN BERTUAH | Nak tambah BEST lagi, banyak hadiah-hadiah untuk LUCKY DRAW yang bukan biasa-biasa menunggu pengunjung yang hadir tau. Dari sekecil-kecil Go pro Hero5 sampai la sebesar motorsikal YAMAHA 135LC . Siapa rasa nak menang motor tu boleh lah cuba nasib kan. Tak lupa jugak tshirt ekslusif VEST2017 & sijil penyertaan utk mahasiswa yg hadir! *senang cerita korang tengoklah sendiri list klat bawah ni.


Dengar khabar ada lebih dari RM50000 hadiah wang tunai yang bakal dienangi oleh JUARA VEST 2017. *perghhhh siapa lah agaknya yang bakal menang tu kan?. Berikut merupakan 10 finalist yang telkah berjaya ke peringkat akhir dan siapakah agaknya yang akan menang?


kalau korang nak tahu universiti mana yang bakal dinobatkan sebagai juara, kenalah hadirkan diri ke MALAM GALA VEST 2017 nanti.

Untuk Matlumat Lanjut :

Facebook : VEST MALAYSIA
Instagram : @vest_malaysia
Twitter : @vestmalaysia
Youtube : VEST MALAYSIA
Share:

WAJAH BARU KR1M : LEBIH DEKAT DENGAN HATI PENGGUNA


Mesti ramai sudah mengetahui mengenai kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sebelum ni kan. Untuk pengetahuan korang, KRIM telah kembali dengan strategi baru iaitu KR1M 2.0 yang dibangunkan lebih menyeluruh dengan jual produk yang lebih berkualiti dengan harga rendah. 


Pada 29 Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menamatkan segera kontrak syarikat mengendalikan KR1M yang menjual produk jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan memberikan peruntukan kepada syarikat berkenaan untuk memastikan produk yang dijual lebih murah._sumber m.utusan.com.my
Penutupan sementara Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sebelum ini dibuat sebagai persediaan kepada pelaksanaan KR1M 2.0 ini, di samping bagi tujuan penambahbaikan kepada kelemahan sebelum ini. Insyaallah dengan usaha ini, kita sebagai rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan terjamin.


Pengenalan KR1M 2.0 juga dikatakan bakal memasarkan produk keluaran daripada koperasi dan usahawan tempatan, berbeza dengan sebelum ini yang diuruskan sebuah syarikat pengendali.

KR1M yang diilhamkan Najib pada Jun 2011 telah dilancarkan di seluruh negara bertujuan mengurangkan beban kos sara rakyat selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan.
Share:

TAEYANG (태양) – EYES, NOSE, LIPS (눈, 코, 입) LYRIC


Bukan senang nak tengok saya dengar lagu bergenre k-pop ni. Tapi lagu yang dibawa oleh TAEYANG (태양) sangat best okay. *tak pasal-pasal kita jadi peminat k-pop. Memandangkan tak lama lagi akan ada Konsert  TAEYANG (태양)  di Malaysia, maka terviral lah lagu-lagu beliau. Jom tengok video klip EYES, NOSE, LIPS (눈, 코, 입) dan lirik kat bawah ni.


[Intro]Mianhae mianhae hajima
Naega chorahaejijanha
Ppalgan yeppeun ipsullo
Eoseo nareul jugigo ga
Naneun gwaenchanha
Majimageuro nareul barabwajwo
Amureochi anheun deut useojwo
Nega bogo sipeul ttae
Gieokhal su itge
Naui meorissoge ne eolgul geuril su itge

Neol bonael su eomneun naui yoksimi
Jipchagi doeeo neol gadwotgo
Hoksi ireon na ttaeme himdeureonni
Amu daedap eomneun neo
Babocheoreom wae
Neoreul jiuji motae
Neon tteonabeoryeonneunde

[Chorus]Neoui nun ko ip
Nal manjideon ne songil
Jageun sontopkkaji da
Yeojeonhi neol neukkil su itjiman


Kkeojin bulkkoccheoreom
Tadeureogabeorin
Uri sarang modu da
Neomu apeujiman ijen neol chueogira bureulge

Saranghae saranghaetjiman
Naega bujokhaesseonna bwa
Hoksi uyeonirado
Hansunganmanirado neol
Bol su isseulkka
Haruharuga buranhaejyeo
Ne modeun ge galsurok huimihaejyeo
Sajin soge neoneun wae
Haemarkge utneunde
Uriege dagaoneun ibyeoreul moreun chae

Neol bonael su eomneun naui yoksimi
Jipchagi doeeo neol gadwotgo
Hoksi ireon na ttaeme himdeureonni
Amu daedap eomneun neo
Babocheoreom wae
Neoreul jiuji motae
Neon tteonabeoryeonneunde

[Chorus]Neoui nun ko ip
Nal manjideon ne songil
Jageun sontopkkaji da
Yeojeonhi neol neukkil su itjiman

Kkeojin bulkkoccheoreom
Tadeureogabeorin
Uri sarang modu da
Neomu apeujiman ijen neol chueogira bureulge

Namaneul barabodeon neoui kkaman nun
Hyanggiroun sumeul dameun neoui ko
Saranghae saranghae naege soksagideon geu ipsureul nan... 

Neoui nun ko ip
Nal manjideon ne songil
Jageun sontopkkaji da
Yeojeonhi neol neukkil su itjiman

[Outro]Kkeojin bulkkoccheoreom
Tadeureogabeorin
Uri sarang modu da
Neomu apeujiman ijen neol chueogira bureulge
Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive