travel, food and lifestyle blog

Followers

MRP DIET | KURUS CEPAT DENGAN HANYA MINUM SUP


MRP DIET | KURUS DENGAN HANYA MINUM SUP | Banyak sangat dah produk kurus yang ada kat pasaran sekarang kan. Tapi untuk produk yang saya nak cuba kali ni cukup berbeza dengan produk-produk lain yang ada kat pasaran sekarang. *apa yang lainnya kan?.

Ubat kurus biasanya kita dapat tengok kewujudannya dalam bentuk lotion, ubat dalam bentuk pil atau cecair kan, tapi produk terbaru mrp diet ni datang dalam bentuk berkonsepkan sup. First time  okay saya tengok produk kurus berkonsepkan sup ni, itu yang tertarik nak cuba. *bila pengasas Zawara sendiri telah membuktikannya, maka terbelilah sekotak eh.


Tak rugi beli sekotak ni, kerana ianya datang dengan 3 perisa iaitu sup Tom Yam, sup Ayam dan sup Cendawan yang sangat lazat. Bukan sekadar sedap je, ianya juga dikatakan sangat mengenyangkan & boleh menghilangkan lemak degil dengan berkesan dan CEPAT! *wah dengar macam menarik bukan? Hanya 100 kalori je setiap hidangan ya.

#info : MRP Diet adalah Sup Kurus PERTAMA DI DUNIA berasaskan sup Tom Yam, sup Ayam dan sup Cendawan yang sangat lazat, mengenyangkan & menghilangkan lemak degil dengan berkesan dan CEPAT!

HARGA | Apa yang boleh saya katakan, harga untuk sekotak mrp diet ni cukup berpatutan iaitu hanya RM 129 sekotak dan di dalamnya megandungi 30 sachet semuanya (10 ayam, 10 tomyam, 10 mushroom).

" RM 129.00 sekotak "

BAGAIMANA MRP DIET BERFUNGSI?
➜ Menyekat lemak ke dalam badan.
➜ Juga membakar lemak ketika anda tidur.
➜ Mengempiskan perut yang buncit.
➜ Membersihkan usus serta mencegah kanser usus.
➜ Menghalang pembentukan lemak asid dalam badan.
➜ Awak akan berasa kenyang sehingga 5 jam.
➜ Membantu memudahkan pencernaan.
➜ Meningkatkan tenaga/metabolisme.

Bagi siapa-siapa yang memang jenis suka minum sup tu, saya memang sarankan untuk cuba produk mrp diet ni. Bukan sahaja sihat, tapi mudah untuk disediakan. *semudah satu, dua tiga je. Buka, tuang dan bancuh dengan air panas. Saya sendiri cuba untuk ambil 2 sachet untuk sehari. Ambil satu untuk sarapan pagi dan satu lagi untuk makan malam. Sekali cuba memang terbukti tahan lapar, siap boleh bagi tenaga lagi.


Kuantiti dia memang banyak, tapi ikut jumlah air panas yang korang guna untuk bancuh la. Kalau sedikit air korang guna memang pekatlah, jadi pandai-pandai la korang sukat ye. Bila dah lepas bancuh tu biarkan seketika supaya bahan-bahan tu kembang sikit kan. *perghhhh, memang mengeyangkan weh. 


Bila dah cuba sup mrp diet ni memang ada sebablah kan. Satunya adalah untuk kurus. *ini sudah semestinya. Yang paling penting sekali risiko penyakit gemuk seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis yang boleh dielakkan. Jom kita tonton video kat bawah ni.


Bagi korang yang berminat untuk cuba produk ni, bolehlah beli di website www.mrpdiet.com atau di toko jamu berhampiran korang dan stockiest berdaftar.


Share:

GLAMPING : BERKHEMAH KONSEP GLAMOUR DI LOST WORLD OF TAMBUN


Korang pernah dengar atau terbaca mengenai "GLAMPING" tak? Tak hairan kalau korang tak biasa dengan perkataan ni kerana di Malaysia ianya baru sahaja mula popular.

APA ITU GLAMPING ?


Glamping : Satu gabungan glamor dan perkhemahan, wujud di peringkat antarabangsa dan telah merentasi Atlantik sejak sedekad yang lalu. Konsep ini telah membawa kelainan dalam dunia perkemahan dengan menawarkan aspek positif perkhemahan tanpa negatif (tidak selesa). Glamping memberi tumpuan kepada keselesaan yang lengkap untuk tetamu. Kemudahan didapati di destinasi Glamping jauh melebihi dari apa-apa rekreasi pengalaman berkhemah lain.

Untuk pengetahuan korang, pada tahun 2015 jumlah carian untuk kata kunci, "Glamping" sahaja telah mencapai sehingga 260,000 dalam pencarian bulanan (lebih 3 juta carian tahunan). _sumber Glamping.com.

GLAMPING DI MALAYSIA


Menurut www.sgmytaxi.com ada beberapa tempat yang menyediakan perkemahan "GLAMPING" seperti yang di bincangkan dan antaranya ialah seperti di Caravan SeraiCanopy Tribes, JohorSailor’s Rest Resort, Janda BaikJapamala Resorts, Tioman IslandTanah Aina Fahad in Ulu Dong, Raub, PahangWalai Penyu Resort, SabahTadom Hill Resorts, Selangor dan yang terbaru ialah di Lost World of Tambun, Ipoh.


PENGALAMAN GLAMPING DI LOST WORLD OF TAMBUN


Pasti ramai tertanya - tanya dimana kedudukannya Lost World Glamping yang di heboh-hebohkan? Haaa. ini yang menarik untuk saya bercerita kat korang. Lost World Glamping yang diperkatakan terletak di dalam taman tema yang berlokasi di LOST WORLD ADVENTURE PARK yang dekat dengan landmark batu "Needle of Tambun" dan kawasan LOST WORLD TIN VALLEY.


Kedudukan Lost World Glamping di dalam taman tema ini menjadikan pakej ini cukup istimewa dengan layanan dan kelebihan terbaik yang mana pengunjung dan penyewa Hotel Lost World sendiri tidak dapat. *dengan unit GLAMPING yang tidak banyak, tidak hairan korang bakal menerima layanan terbaik dari diorang.


Buggy akan bersiap sedia untuk bawa korang ke lokasi LOST WORLD ADVENTURE PARK dari lobi hotel dimana tempat korang mendaftarkan diri.

BETUL KE SELESA GLAMPING NI ?


Bagi korang yang tidak pernah berkhemah secara biasa, mungkin anda akan kurang selesa sedikit kerana perlu berkongsi tandas dan bilik air dengan orang lain. Tapi jika korang pernah mengalaminya ianya akan menjanjikan sesuatu yang cukup hebat.


Apa yang hebatnya? Giler ada katil queen siap berbantal dan tilam hotel kot, siap ada kipas dow. Ni nak honeymoon pon tak ada masalah ni. *tapi kena pandai pilih khemah la kan ada yang menyuluh ekekekeke.


Khemah sebesar ni boleh memuatkan lebih dari 4 orang. Tapi untuk keselesaan pihak Lost World Of Tambun menetapkan hanya sehingga 4 orang sahaja, dengan 1 katil queen dan 2 katil single. Nak solat pun senang sebab ada kemudahan sejadah dan arah kiblat. Kat luar pula ada tempayan dan batuk untuk memudahkan korang basuh kaki sebelum masuk ke dalam khemah.


Kalau nak charge bateri phone atau kamera, power socket diorang ada sediakan, cuma kalau rasa phone korang tu banyak, bawaklah extention plug sendiri. Kang nanti ada bergaduh tarik-tarik rambut plak rebut soket tu. hahahaha.


*Macamana dengan nyamuk? mesti banyak kan? Eh hallow, sepanjang kami berglamping kat Lost World Of Tambun tu kami ibarat dilindung dan kawasan khemah kami bebas dari nyamuk. Pihak Lost World sendiri telah mengambil kira dari setiap sudut dan menanam serai wangi di sekitar khemah. *so jangan risau, no mosquito.


Memandangkan bilik air kat luar, kalau terjaga pukul 3 pagi tu pandai-pandai la korang ya. hehehehe. Kemudahan toiletries seperti sabun, shampoo ada disediakan. Berus gigi dan ubat gigi tu korang kena bawah sendiri lah.

AKTIVITI SEMASA BERGLAMPING DI LOST WORLD OF TAMBUN


Apa yang saya boleh jamin, korang boleh mencuba semua aktiviti yang ada di Lost World Of Tambun termasuk aktiviti advanture, mandi di hotspring, aktiviti di taman tema dan macam-macam lagi. Any time taman tema dibuka korang boleh akses. Dan yang paling bestnya, kalau rasa penat bermain air, korang boleh balik ke khemah dan tidur seketika sebelum menyambung balik aktiviti di dalam taman tema. *amacam best tak?




Itu kalau di siang hari, kalau malamnya selain merehatkan diri di hotspring, korang boleh ke petting zoo untuk melihat haiwan-haiwan comel yang aktif di waktu malam. *pengalaman sangat best wei.


HARGA PAKEJ GLAMPING DI LOST WORLD OF TAMBUN

*sila rujuk pada website LWOT untuk rujukan harga semasa!!



For reservation kindly contact Lost World Hotel Reservation.
Tel:05-5408801/02 or email: lwhreservation@sunway.com.my

Tents are subject to availability upon reservation.
Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive