travel, food and lifestyle blog

Followers

SUSU TERBAIK UNTUK PENGHADAMAN KANAK-KANAK | FRISO GOLD




Ramai diantara kawan-kawan seusia saya sudah mempunyai anak. Namun ada diantara mereka sudah mempunyai lebih dari seorang anak. *saya je yang belum berkahwin apatah lagi nak mempunyai anak kan. hehe. Kebiasaannya heboh jugak di group-group whatsapps dengan mereka-mereka ni dengan perihal anak masing-masing. Kadang-kadang tu terfikir jugak, walaupun masih belum berkahwin, saya perlu belajar dan bersedia dari sekarang tentang hal-hal rumah tangga ni.



Bila kita sentuh berkenaan isu anak-anak, banyak perkara yang kita perlu ambil tahu walaupun masih belum berkahwin, bukan apa bila dah berumah tangga dan dapat anak nanti mudah. Bagi kawan-kawan yang dah berkahwin, kebiasaan bila ada berlaku apa-apa masalah berkenaan anak-anak mereka akan cuba untuk mendapatkan pandangan dari kawan-kawan dari group whatsapp. Kadang-kadang tu, kita yang masih belum berkahwin ni secara dengan sendiri belajar dari apa yang mereka bincangkan. Apa yang menarik perhatian saya berkenaan isu masalah kanak-kanak ni adalah seperti masalah penghadaman. *agak-agak apa puncanya? dan apa pula ubatnya?



Saya yakin ramai ibu bapa di luar sana sedar bahawa manakanan bernutrisi boleh membantu menjaga anak mereka supaya membesar lebih kuat dan kurang terdedah kepada sakit biasa. Bagi si manja, ia bukan hanya cukup sekadar hal tersebut, kepentingan aspek penghadaman juga perlu di beri perhatian oleh ibu bapa mereka.


Sistem penghadaman kita bertanggungjawab untuk mencerna makanan supaya badan kita dapat menyerap nutrien. Oleh sebab tulah penghadaman yang baik memainkan peranan yang sangat penting dalam membina daya ketahanan semulajadi bayi terhadap penyakit.
Kita perlu sedar bahawa tak semua makanan bernutrisi adalah sama, ada juga diantara makanan bernutrisi ini sukar untuk dihadam kerana kaedah pemprosesan yang dilalui menggunakan haba yang terlalu panas dan tinggi.

Jadi, jom kita sama-sama lihat pada makanan asas kanak-kanak iaitu susu. Apa yang saya boleh katakan disini, susu yang ibu bapa berikan kepada anak-anak mereka haruslah dari susu yang berkualiti tinggi dan terbaik. Apa yang saya boleh cadangkan kepada para ibu bapa, susu Friso Gold merupakan pilihan susu yang harus dicuba oleh setiap ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka membesar tanpa masalah penghadaman yang serius kerana ianya telah ditambah baik dengan formulasi dengan teknologi LocNutri™ terkini.


Untuk pengetahuan korang, LocNutri™ini merupakan satu inovasi pengeluaran yang memastikan nutrien dalam susu tidak terlalu panas semasa waktu pemprosesan. Oleh itu, nutrisi dipelihara dalam stuktur semulajadinya yang mudah dihadam. Hal ini dapat menjelaskan bahawa produk susu dari jenama Friso Gold merupakan pilihan terbaik untuk penghadaman kanak-kanak.

Share:

THE STICK ECO RESORT | RESORT DALAM HUTAN DI SELANGOR


Dah lama rasanya tidak memanjakan diri bercuti bersama kawan-kawan ke tempat yang mempunyai sungai khususnya. Pada minggu lepas, dalam perjalanan kami ke Bukit Fraser, sempat juga kami singgah di satu lokasi dimana baru sahaja dibangunkan sebuah eco-resort yang cukup unik yang dikenali sebagai The Stick.


Untuk akses ke kawasan resort, kenderaan yang dipandu oleh pengunjung harus di parking di tepi jalan. Ini kerana, resort ini hanya boleh diakses dengan berjalan kaki menaiki jambatan gantung atau menggunakan trak 4x4 yang disediakan oleh pemilik resort untuk merentasi anak sungai. The Stick merupakan sebuah eco-resort yang terletak di dalam kawasan tanah persendirian. Semasa kehadiran kami, resort ini masih dalamproses pengubahsuaian.

keadaan penginapan yang kami stay

Secara peribadi tempat ini cukup sesuai bagi mereka-mereka yang perlukan privacy. Ini kerana resort ini boleh dikatakan terputus dari kehidupan bandar dan juga rangkaian internet. *mungkin ia masih terlalu baru untuk itu. Jom kita lihat keadaan penginapan yang kami stay pada hari tu.

keadaan dari luar 

keadaan dari dalam



keadaan bilik air dengan bumbung terbuka

Bilik kami mempunyai bilik mandi yang bersambung dengan pandangan atas bumbung terbuka yang indah. *sesuai untuk honeymoon gamaknya, pintu bilik air hanya sekadar tirai kain. hehe.

A photo posted by The Sticks (@thesticksguide) on

The Stick terdapat pelbagai jenis bilik mengikut pengunjung mahu pilih mana satu jenis penginapan yang diinginkan. Ada tu dari rumah kayu sehinggalah hanya khemah. Ada juga Tendoks (khemah + pondok) yang terletak di dalam hutan yang berhampiran sungai di mana anda boleh mendengar bunyi sungai yang mengalir.


Terdapat 2 lapisan untuk khemah di mana satu adalah kelambu dan satu lagi adalah keseluruhan penutup khemah.


Ada beberapa bilik yang tidak mempunyai bilik mandi di dalamnya. Jadi tandas luar adalah penyelesaiannya.


Jika inginkan sesuatu yang lebih mendamaikan, ringankan kaki anda untuk merasai kesejukan dan kejernihan air sungai yang terletak tidak jauh dari kawasan resort.*perlu jalan kaki sikit je. Sungai ini adalah benar-benar sejuk dan jernih air dia! kalau mandi di sini, betul-betul boleh membuatkan badan anda berasa begitu segar.
Tempat makan malam kami sangat open dan menarik. Hidangan dimasak sendiri oleh pemilik dan di hidang sendiri setiap seorang. Hidangan buffet sedikit aje tapi tampak menarik dan sedap.

Untuk info lanjut berkenaan tempat ni, korang boleh rujuk info berikut:


The Sticks Eco-Resort & Glamping Site
Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor, Malaysia
Telp.: +60 173459109
Instagram: @thesticksguide

Kredit Foto :EazyIzzuddin




Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Eat.Travel.Write Selangor 3.0 - Selangor International Culinary Adventure, iaitu lawatan media yang diadakan pada 21 hingga 24 April 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) sempena mempromosikan Negeri Selangor.


Share:

SHELL OUT NILAI MURAH DAN SEDAP


SHELL OUT MURAH DAN SEDAP DI NILAI | Demam-demam mulalah nak makan macam-macam kan. Ada pulak kaki mengajak sampai ke Nilai kami cari makanaan untuk makan malam. Plan asal nak makan bubur Kak Laila di MMA Santai Corner terhalang sebab kedai Kak Laila tutup malam tu.


Memandangkan tak banyak pilihan untuk kami try, terdetik untuk cuba Shell Out Nilai yang ada di MMA Santai Corner tu. Teruslah tanya kan kot-kot mahal nanti. Maklumlah baru pertama kali nak cuba Shell Out ni. Memandangkan diorang tak tulis harga, jadi terpaksalah tanya. Kat kedai tu hanya display portion untuk makan sorang dan dua orang makan je, harga pulak entah kemana.


Sebelum kami tanya tu, sempat juga usha sekeliling kot ada yang order kan. Bukan apa nak tengok portion dia camne. Menggiurkan ke tidak. Memandangkan ianya nampak ok dan sangat mengiurkan, kami oder set untuk makan 2 orang iaitu hanya RM35 je okay. *kongsi dua orang baru RM17.50 seorang. Bahan-bahan dia 2 ekor ketam, sotong, udang, dan lala. *memang agak memuaskanlah. Portion dia memang cukup-cukup untuk 2 orang makan, tapi rasanya ok je kalau nak makan bertiga sebab banyak.


Dari segi rasa saya boleh puji, bak kata Penaberkala "kalau kat KL ni mau hari-hari datang oder Shell Out ni".


Kalau korang nak makan malam korang lagi best, boleh try air KELAPA, LEMON, LAICI ni. Hanya RM5 untuk portion gelas besar. Rasa dia memang sedap dan yang penting sihat. hehehehehe. Memang ngamlah kalau disatukan Shell Out Nilai tu dengan air KELAPA, LEMON, LAICI ni. Air ni korang boleh beli di gerai yang bertentangan dengan gerai Shell Out Nilai ni.


Alamat:
MMA Santai Corner
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:
6:00 petang - 12:00 malam



Share:

PENGINAPAN DI BUKIT FRASER | RUMAH REHAT SRI BERKAT


PENGINAPAN DI BUKIT FRASER | RUMAH REHAT SRI BERKAT | Pertama kali diberi peluang untuk datang ke Rumah Rehat Sri Berkat ni. *sebelum ni hanya mampu lihat dari filem-filem je. Rumah Rehat Sri Berkat dua tingkat ini merupakan sebuah banglo yang cukup besar dengan memiliki 9 buah bilik semuanya dan boleh menampung sehingga 40 orang dalam satu-satu masa. *bunyi macam tipu aje kan?.


Tapi korang kena percaya, ini kerana setiap satu biliknya boleh memuatkan sehingga 5-6 orang malah lebih dari itu. Memandangkan ianya berlokasi di atas Bukit Fraser maka udaranya cukup nyaman dan dingin amat sesuai untuk dijadikan tempat bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Malah mereka juga mempunyai sebuah bilik khas untuk pasangan honeymoon.

Kelihatan pintu masuk utama banglo

Ruang tamu utama & kaunter reception di tingkat bawah bertentangan dengan pintu utama

Untuk pengetahuan korang juga, disebabkan keadaan udara di Bukit Fraser yang sejuk dan nyaman ini, keseluruhan banglo ini bebas dari kewujudan penghawa dingin apatah lagi kipas. Tidak hairan lah kalau dilihat di beberapa ruang tamu dan sesetengah bilik disini, ada dibina alat pendiang api serta mempunyai cerobong asap sama seperti yang terdapat pada rumah dan bangunan di negara barat yang mengalami musim sejuk dan salji.  Dan ini sangat memenuhi syarat reka bentuk rumah Inggeris.

Ruang tamu bahagian tingkat 2 banglo
Rumah Rehat Sri Berkat merupakan salah satu bangunan yang menyerupai rekabentuk bangunan ala Inggeris. Rumah Rehat Sri Berkat dikatakan telah didirikan sekitar tahun 1926 oleh British Red Cross. Pembinaan bangunan ini telah diperintahkan oleh St John yang berasal dari Jerussalem di England yang ditujukan kepada bekas tentara pada tahun 1914-1918. Ia merupakan salah satu tanda terima kasih kepada Tanah Melayu atas layanan dan kerjasama yang telah diberikan ketika zaman pemerintahan mereka di luar negeri ketika zaman peperangan dahulu.
Keadaan bilik yang cukup luas seperti ruang tamu rumah biasa.

Mungkin disebabkan reka bentuk banglo ini seperti yang demikian, maka ia telah menjadi tarikan kepada pembuat-pembuat filem untuk tujuan rakaman filem. Jenis filem-filem yang biasa dibuat disini biasanya dari genre seram. Sekarang untuk menjaga prestasi  Rumah Rehat Sri Berkat ini, pihak pengurusan rumah ini telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan rakaman filem di sini lagi. *ianya bebas dari unsur-unsur seram tu sebenarnya.


Untuk pengethuan korang, Rumah Rehat Sri Berkat juga boleh disewa untuk majlis-majlis resepsi pernikahan dan sebagainya. Sesuai juga dijadikan tempat untuk sesebuah kompeni melakukan program hari keluarga. Kini, di bawah pengelolaan Tourism Selangor, mereka telah membuat satu pembaharuan dengan mengenalkan pelbagai pakej yang sesuai.

Sama seperti kebanyakkan bungalo yang terdapat di Bukit Fraser , Rumah Rehat Sri Berkat adalah tinggalan sejarah oleh pihak British yang turut memperingati seni bina bangunan di England. Keadaan ini menyebabkan Bukit Fraser dikenali sebagai "Little Soctland".
Kini, Rumah Rehat Sri Berkat diletakan sepenuhnya di bawah pentadbiran Jabatan pembangunan Produk, Tourism Selangor Sdn Bhd. Setiap bilik boleh disewa secara individu (bilik) ataupun seluruh banglo.


Untuk keterangan lanjut bisa menghubungi Tourism Selangor Sdn Bhd:

Tourism Selangor Sdn Bhd

Lot P7, Jalan Indah 14/12
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: 603 5513 2000
Fax: 603 5518 2407

Website :
http://www.tourismselangor.my

Kredit Foto : Akugraphy EazyIzzuddin




Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Eat.Travel.Write Selangor 3.0 - Selangor International Culinary Adventure, iaitu lawatan media yang diadakan pada 21 hingga 24 April 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) sempena mempromosikan Negeri Selangor.



Share:

CERMIN MATA POTT GLASSES MENGIKUT CITARASA REMAJA MASA KINI


Dah lama usha sunglasses untuk bawak pergi bercuti, tapi banyak pulak yang tak kena dengan muka ni. Orang kata kalau nak beli biar yang puas terus, harus pula berkualiti. Sekurang-kurangnya selesa bila pakai.


Hujung minggu lepas, selepas balik dari raptai konvokesyen di UPM, sempat jugak pergi ke grand opening branch ke-2 POTT GLASSES di SS2 PETALING JAYA. Siapa sangka pemilik jenama gah seperti POTT GLASSES ni masih muda belum mencecah usia 30.


POTT GLASSES di SS2/55 PETALING JAYA ni cukup mudah diakses. Outlet disini sungguh selesa dengan konsep "Home Treat", ruang kedai seolah-olah korang berada di rumah sendiri. Sambil menunggu korang boleh layan diri korang dengan hot choclate atau teh tarik dari mesin yang berada di ruang bawah.


Apa yang saya sendiri perasan, POTT GLASSES DI SS2/55 PETALING JAYA ni sangat mesra pengunjung. Mereka tidak meletakkan setiap model spek mereka di dalam glassbox dan mudah untuk setiap pengunjungnya untuk tengok, pegang dan cuba.

Menurut Tai Hau, mereka di POTT GLASSES sangat menitik beratkan hal berkaitan dengan fitting. Beliau sendiri merasakan tidak semua wajah orang Asia sesuai menggayakan cermin mata yang kebanyakkannya direka untuk wajah Eropah.


Jadi semua model cermin mata dari POTT GLASSES ini dicipta khas dengan Asean fit dan sesuai dengan kita di Malaysia. Apa yang lebih menarik, staff di POTT GLASSES ni mampu untuk advise pilihan style cermin mata yang sesuai dengan muka dan kehendak kita.


POTT GLASSES  mempunyai 5 series cermin mata dengan 15-20 pattern bagi setiap series. Kesemua cermin mata dari POTT GLASSES hadir dengan 1 tahun warrantty dengan terma tertentu.


Jadi korang tunggu apa lagi, kalau nak yang bagus kena beli yang betul betul baguslah. Lagi-lagi hal berkaitan dengan mata. 


Untuk maklumat lanjut mengenai POTT GLASSES, korang boleh rujuk di Website dan social media mereka:


Share:

CABAR KETAKUTAN KORANG DI NIGHT OF FRIGHT 4


Apa perkara yang mencabar boleh dilakukan pada malam hujung minggu korang jika bukan ke Night Of Fright 4 !!! Seperti tahun-tahun sebelum ni, Night Of Fright ini telah menjadi "month festival" yang paling dinanti-nantikan oleh kami. *memang buang tabiat kan. huhu


Artikel Berkaitan : Night Of Fright 3


Night Of Fright 4



Bermula dari 7 Oktober sehingga 31 Oktober 2016 ni, Sunway Lagoon sekali lagi akan dipenuhi dengan roh-roh dan penampakan kelibat yang sudah semestinya akan membuatkan korang meremang bulu roma. Pintu akan dibuka tepat pada jam 7.30 petang sehingga lewat 11.30 malam dan hanya pada hari jumaat, sabtu dan ahad sepanjang Oktober ini.

Rumah Hantu Night Of Fright 4



Terdapat banyak tarikan Rumah Hantu yang pasti membuatkan korang puas menjerit. Apa yang sempat saya dan kawan-kawan masuk ialah MALAYA HIGH-SCHOOL, CHAONEI No. 81, Ghosbusters Adventure Live, Zombie Apocalypse, KEVIL Hill dan beberapa lagi.

Map night of fright 4

Selain dari rumah-rumah hantu yang saya nyatakan tadi, ada juga beberapa 'Scare Zone' yang anda bakal tempuhi seperti Ah Wing's Butcher Shop, Tanah Perkuburan Bukit Lang, The Clown , Zombie Walk dan banyak lagi.*yang ni sangat mencabar dan cukup mendebarkan. Bukan setakat itu je, korang juga boleh mencabar diri dengan 11 rides yang dibuka untuk semua pengunjung Night Of Fright 4.


Ketakutan korang bukan hanya terhad hanya pada rumah-rumah hantu yang korang bakal masuk, tapi korang juga bakal berjumpa dengan roh-roh dan hantu yang cukup mengerikan di sekitar luar rumah-rumah hantu. *makin kita tunjuk ketakutan pada mereka, semakin diorang akan ganggu dan kejar kita.


Macam-macam hal jugalah terjadi pada kitaorang semasa kat Night Of Fright 4 tempoh hari. Dinasihatkan pergilah beramai-rami max 8 orang untuk pergerakan kumpulan korang. Pastikan salah seorang dari korang itu BERANI !!!! *bukan apa, mudah untuk lead pergerakan korang semasa tempuh rumah-rumah hantu. Dan pastikan orang yang berani itu tidak rabun untuk mengelakakn beliau bawa kumpulan korang ke jalan yang salah. hahahahahaha.


AWAS!!!! korang dilarang sama sekali untuk menyentuh mana-mana hantu yang menghampiri korang kerana mereka juga tidak sama sekali akan menyentuh korang.


Pengalaman kami pada minggu lepas memang cukup best, keseraman yang kami lalui tu memng mencapai tahap maximum dan tak pasal-pasal ada hantu kena azan oleh kami. hahahah. Walaupun sampai tahap tu, serius nak cerita kat korang yang kami akan repeat lagi minggu depan. 

Maklumat Night Of Fright 4



Lokasi

Sunway Lagoon

Tarikh 

7 Oktober - 31 Oktober 2016

Waktu Beroperasi Nights Of Fright 4

7.30 malam - 11.30 rnalarn

Hari Beroperasi Nights Of Fright 4

Jumaat, Sabtu dan Ahad Sepanjang Bulan Oktober


Harga Tiket Nights Of Fright 4

- RM58 (Harga Biasa)
- RM50 (Harga Pelajar)
- RM120 (Pass masuk Sunway Lagoon berserta 1 tiket Night Of Fright 4)
- RM80 (2 tiket untuk kemasukan pada hari Ahad sahaja)

Untuk maklumat laniut : 

Tel : 03-5639 0000
Website : sunwaylagoon.com
Facebook : Sunway Lagoon Malaysia 

Share:

APAKAH ITU RESUME?



Apakah itu Resume? | Resume adalah suatu kenyataan yang disusun padat bagi memberitahu secara ringkas mengenai seseorang. Ia bukanlah seperti biodata yang menterjemahkan hal – hal peribadi dan kehidupan seharian. Pada asalnya,resume berasal dari perkataan Perancis dan kini digunakan secara menyeluruh di serata dunia. 

Resume adalah suatu medium bagi membolehkan sesebuah majikan atau pihak tertentu untuk mengetahui mengenai diri seseorang yang berkaitan dengan kepentingan dan keperluan majikan atau pihak tersebut. Ini bermaksud, resume amatlah berkait rapat dengan kejayaan dan kelebihan yang ada pada diri individu tersebut. 

Tujuan utama resume dibuat adalah bukan untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi adalah bagi membolehkan seseorang itu layak untuk di temuduga. Ramai yang beranggapan bahawa resume adalah suatu medium bagi memohon sesuatu pekerjaan atau sebagainya. Ini adalah konsep yang salah dan menyebabkan kebanyakkan daripada mereka gagal dalam sesi temuduga

Resume perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menarik hati pembaca atau pemilih. Ia bertujuan memperkenalkan diri sebaik yang mungkin tanpa melakukan penipuan atau pemalsuan fakta. Ini adalah kerana individu yang telah berjaya dalam peringkat pertama ini akan dipanggil untuk sesi temuduga.


Dalam sesi ini, penemuduga mempunyai teknik untuk mengenali diri seseorang itu. Maka, pemalsuan dalam resume dapat diketahui oleh penemuduga tersebut. Kebanyakkan daripada mereka menghasilkan resume yang cukup mantap dan baik tetapi ianya tidak mampu memenuhi hati si pemilih. Masalah ini adalah disebabkan individu tersebut tidak memenuhi kriteria yang diperlukan syarikat terbabit serta tidak mempunyai kelebihan atau kepentingan untuk syarikat tersebut.


Resume adalah amat penting bagi membuahkan kejayaan. Ini kerana resume menjadi medium perbandingan antara seseorang individu dengan individu lain. Resume yang lebih menarik dari segi yang ditetapkan akan dipilih. Ia juga merupakan batu loncatan bagi melepasi tahap pertama sebelum di temuduga. Dengan resume,majikan tersebut lebih mudah untuk membuat pemilihan dan perbandingan. Ia turut menjadi persepsi awal sesebuah majikan dalam menilai kebolehan dan kelebihan individu tersebut

Resume dan Curriculum Vitae


Ramai yang beranggapan resume dan curriculum vitae (CV) adalah sama. Pada hakikatnya, kedua – dua iniadalah berbeza. Namun, disebabkan era pemahaman yang dipegang menganggap kedua – duanya serupa. Resume sebenarnya lebih memberi fokus kepada pendidikan dan pekerjaan serta pengalaman yang dimiliki.


Sementara CV lebih memberi penekanan kepada   seperti penghargaan, jawatan,prestasi dan sebagainya disamping pendidikan dan pekerjaan. Namun, perbezaan ini tidak lagi dilihat danditekankan oleh mana – mana syarikat kerana ianya mampu dinilai dan disesuaikan oleh pemilih mahupun penemuduga.

Oleh itu, bagi mengahsilkan resume yang terbaik dan menepati kehendak majikan atau sesuatu pihak, konsepdan tujuan resume perlulah difahami supaya resume yang dihasilkan nanti memiliki fakta yang padat dan ringkas.
Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive