travel, food and lifestyle blog

Followers

PERHENTIAN ISLAND RESORT | POINT PENYU POPULAR DI PULAU PERHENTIAN




PERHENTIAN ISLAND RESORT | POINT PENYU POPULAR DI PULAU PERHENTIAN | Sibuk di Kuala Lumpur mendorong saya  dan kawan untuk merancang percutian ke sebuah pulau yang cukup popular di Malaysia ni iaitu PULAU PERHENTIAN yang terletak di Negeri Terengganu. Ramai orang sudah tahu akan kewujudan dan kehebatan PULAU PERHENTIAN ini khususnya KEINDAHAN LAUT nya yang cukup mengagumkan.


Perjalanan kami menaiki perkhidmatan AirAsia telah bermula di KLIA2 ke Kota Bharu memakan masa hampir 60 minit perjalanan. *kenapa ke Kota Bharu? kenapa tidak terus ke Kuala Terengganu?.
Hal ini perlu diambil berat oleh korang jika ingin ke PULAU PERHENTIAN, sudah ramai tersalah mengambil keputusan apabila mereka telah menaiki penerbangan yang mana destinasinya adalah Kuala Terengganu!!! Untuk pengetahuan korang, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Baharu) merupaka lokasi paling dekat dengan Jeti Kuala Besut berbanding dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (Kuala Terengganu). Jeti Kuala Besut ini merupakan sebuah jeti yang akan menyediakan perkhidmatan boat untuk ke PULAU PERHENTIAN . 


Untuk pengetahuan korang, PULAU PERHENTIAN ini secara amnya terbahagi kepada dua iaitu PERHENTIAN KECIL dan PERHENTIAN BESAR. Bagi mereka yang pernah ke sini pasti dapat membezakan antara kedua-dua lokasi ini. Tetapi jujur saya katakan, jika anda inginkan percutian yang exclusive dan privacy, maka PERHENTIAN BESAR adalah pilihan yang terbaik.



Lokasi percutian saya dan kawan-kawan pada kali ini sudah semestinya ke PERHENTIAN BESAR di mana resort yang telah menjadi pilihan kami disini ialah PERHENTIAN ISLAND RESORT yang terletak di Pantai Teluk Pauh. *pantai yang cukup bersih dan mendamaikan.

Bilik Superior Classic

Di sini kami telah memilih bilik dari jenis Superior Classic yang mana ianya mempunyai 3 buah katil single yang dengan keluasan bilik yang cukup selesa. *katil tambahan disediakan pada RM80.00 Nett setiap katil / malam. Keselesaan bilik ini ditambah lagi dengan penghawa dingin dan pilihan mandian air panas yang boleh dipasang sepanjang 24 jam. *24 jam akses elektrik.



Banyak aktiviti yang korang boleh lakukan di sini. Rugi kiranya ke PERHENTIAN ISLAND RESORT ini jika kita hanya duduk di bilik sahaja, saya sendiri tidak melepaskan peluang yang ada untuk berjalan di sekitar resort terutama di sekitar pantai Pantai Teluk Pauh yang dikatakan menjadi tempat tumpuan utama penyu di Pulau Perhentian ini. *jangan terkejut jika rezeki anda utntuk melihat penyu naik untuk bertelur di pantai ini semasa kehadiran korang ke resort ini. Boleh sewa google snorkeling dengan harga RM15 termasuk life jacket di pusat sukan mereka dan korang boleh berenang mencari sang penyu. 


Apa yang menariknya lagi, pihak PERHENTIAN ISLAND RESORT  juga telah bekerjasama dengan pihak bertanggungjawab mewujudkan zone penetasan telur penyu sendiri.

Temuramah bersama Mr. Tan

Selain dari tarikan penyu, PERHENTIAN ISLAND RESORT  juga sangat mesra dengan keindahan flora dan fauna. Ada kelihatan kawanan monyet dan sebatang pokok dimana hidupnya beberapa tupai yang sangat jinak berhampiran pusat sukan mereka.


kredit foto amazingterengganu


PERHENTIAN ISLAND RESORT turut menawarkan fasiliti mewah lain di sekeliling resort ini termasuk kemudahan kolam renang, bilik karaoke, kedai cenderamata, pusat urutan (spa wanita) serta restoran mewah dalam dekorasi kayuan klasik.

Restoran Pinang Seribu



PKEJ DI PERHENTIAN ISLAND RESORT

Perhentian Island Resort ada menawarkan 2 jenis pakej untuk setiap pelanggannya. Untuk yang gemarkan suasana santai, ‘Perhentian Discovery’ menawarkan pakej penuh 3 hari dan 2 malam bermula serendah RM430 seorang yang terdiri daripada:

✽ Minuman Selamat Datang
✽ Penginapan 2 Malam
✽ 2 kali Sarapan Pagi
✽ 2 kali Makan Tengah Hari
✽ 2 kali Makan Malam
✽ Pengangkutan bot pergi-balik Jeti Kuala Besut
✽ Tiket Taman Marin


Manakala, buat yang menggemari aktiviti lasak pakej 'Perhentian Snorkeling' bermula pada harga serendah RM510 seorang:

✽ Minuman Selamat Datang
✽ Penginapan 2 Malam
✽ 2 kali Sarapan Pagi
✽ 2 kali Makan Tengah Hari
✽ 2 kali Makan Malam
✽ 2 kali trip snorkeling termasuk peralatan snorkeling
✽ Pengangkutan bot pergi-balik Jeti Kuala Besut
✽ Tiket Taman Marin

Untuk aktiviti snorkeling, kami cukup bertuah kerana berpeluang ke Pulau Rawa dimana lokasi yang cukup cantik yang menjadi tumpuan untuk aktiviti diving.


Apapon jom kita tonton video teaser yang telah disediakan oleh AKUGRAPHY berkenaan percutian kami di Perhentian Island Resort ini.



Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Perhentian Island Resort ini korang boleh terus ke :

Instagram :
@PerhentianIslandResort
Hashtag :
#PerhentianIslandResort

Kredit foto AKUGRAPHY 

Share:

BERAYA DI BENTONG DAN TEMERLOH



Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog saya. Sudah lama rasanya blog ni tak terupdate kerana kesibukan menyambut Syawal. *macamana raya korang tahun ni, ada yang best nak dikongsikan tak? . Kalau tanya kisah cerita raya saya, semuanya baik-baik je. Pada minggu pertama sahaja sempat saya bersama rakan blogger lain turun ke Bentong dan Temerloh untuk beraya. *alang-alang semua jemputan pula pada hari yang sama kan.

KENDURI AZWAN KOMBOS | Lokasi pertama kami selepas food review di Damansara ialah ke kenduri kahwin Azwan Kombos dengan pilihan hatinya Ezzaty di Bentong. Kami sampaipun agak kelewatan kerana jalan yang jammed. Kat kenduri ni, pertama kali saya makan kulit lembu masak lemak. Boleh tahan jugak rasa, sebelum ni mampu tengok je kan.


OPEN HOUSE NISA KAY | Lokasi kedua kami ialah ke Temerloh iaitu dimana terletaknya rumah keluarga Nisa Kay. Memandangkan Temerloh ni cukup popular dengan masakan patin masak tempoyak, maka ibu beliau sendiri telah menyediakan patin masak tempoyak untuk kami. Bukan tu je, hidangan lontong, lemang dan amcam-macam lagi.


OPEN HOUSE POTIA | Selepas ke Temerloh, kami berpatah balik ke Bentong untuk memenuhi jemputan makan-makan oleh Potia. Apa yang bestnya di rumah potia, ianya cukup mengingatkan suasana rumah kampung saya sendiri di Kelantan. Kalau bab makanan pulak memang tidak mengecewakan. Mak beliau masak ala kenduri kawin di pantai timur, dengan acar timun, gulai ayam, ayam masak merah, sambal kenduri dan lain-lain. Serius menyelerakan, semuanya makan bertambah-tambah ha.


Selesai di rumah Potia, kami mula bertolak balik ke Kuala Lumpur dan balik ke rumah masing-masing. Walaupun dah agak lewat, masing-masing cukup gembira dengan trip seharian ni.

p/s : jemputan rumah terbuka banyak sangat, tapi baju yang sesuai pula tak cukup. Rasanya plan nak beli online je. Dengar khabar Saleduck Malaysia ada bagi discount code sekarang. Memang kenalah dengan masa kan. Beli dan jimat.

Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive