travel, food and lifestyle blog

Followers

SEPETANG DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU



Asyik sibuk mempromosikan negeri lain dari tanah tumpah darah sendiri. Akhirnya, sempena Tahun Melawat Kelantan 2016, setelah pulang dari bercuti di Pulau Perhentian, saya dan kawan-kawan telah dijemput dan berpeluang untuk singgah di hotel bertaraf lima bintang di Kota Bharu iaitu HOTEL PERDANA.


Perasaan agak terharu apabila kehadiran kami ke HOTEL PERDANA KOTA BHARU ini disambut dengan penuh meriah oleh staf-staf mereka. Tidak hairanlah, beberapa orang tetamu mereka yang berselisih dengan saya ketika hendak masuk ke lobi hotel ini semuanya ceria belaka. *sungguh hebat layanan mereka.


Untuk pengetahuan korang, HOTEL PERDANA KOTA BHARU  ini terletak di sepanjang Jalan MahmoodHOTEL PERDANA KOTA BHARU ini berjarak hanya 5 minit berjalan kaki dari Stadium Sultan Muhammad IV dan Pusat Kebudayaan. Bazaar Tok Guru pula hanya terletak sejauh 10 minit pemanduan, manakala Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra boleh diakses dengan pemanduan selama 20 minit. *lokasi yang sangat strategik dan mudah diakses.



HOTEL PERDANA KOTA BHARU mempunyai beberapa pilihan tempat menjamu selera (restoran), sebuah kolam renang terbuka, pusat kecergasan (gym) dan kedai. Selain dari kemudahan-kemudahan tersebut Hotel bertaraf 5 bintang yang mewah ini juga ada menyediakan tempat letak kenderaan PERCUMA dan akses Wifi PERCUMA di semua kawasan hotel.

Ruangan bilik yang cukup selesa


HOTEL PERDANA KOTA BHARU mewah dihias elegan dengan lantai berkarpet. Bilik-bilik mereka pula selesa berhawa dingin dan mempunyai kemudahan peti keselamatan peribadi, TV satelit skrin rata, ruang duduk yang selesa dan kemudahan sterika. Cerek elektrik dan bar mini juga disediakan. Tetamu boleh mengatur aktiviti bersiar-siar dan perjalanan di meja tempahan lawatan. perkhidmatan dobi, sewaan kereta dan ulang-alik disediakan dengan bayaran tambahan. *mereka juga ada menawarkan pakej PERDANA TRAIL untuk mereka yang berminat.


Cerena Coffee House


Cerena Coffee House di HOTEL PERDANA KOTA BHARU menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa yang disahkan Halal untuk dinikmati oleh setiap tetamu mereka. Makanan yang menjadi tumpuan disini adalah seperti Laksam Kelantan, Nasi Kerabu dan pelbagai makanan popular Kelantan. Pilihan sajian Cina dan Thai yang lazat  pula ada ditawarkan untuk makan tengah hari dan makan malam di Restoran Jade.

Pelbagai pilihan makanan enak termasuk selera Kelantan


Selain dari menyediakan makanan utama yang sangat sedap, mereka juga ada menyediakan pencuci mulut seperti ABC gergasi ni. *harga ABC ni cuma RM18 je, murah kan?. Ajak kawan-kawan datang lepak makan ABC, berbaloi-baloi okay. Boleh makan ramai-ramai.

Air Batu Campur hanya berharga RM18

Walaupun lawatan kami ke sini hanya sekejap, namun ianya cukup bermakna dengan layanan yang cukup istimewa dari seluruh warga kerja HOTEL PERDANA KOTA BHARU. Terima kasih diucapkan kami ucapkan. Insyaallah, kami tidak akan menyesal untuk datang bertandang lagi ke sini pada masa akan datang.


Bagi korang yang nak datang ke Kota Bharu, tak rugi untuk pilih HOTEL PERDANA KOTA BHARU ni sebagai tempat untuk korang stay. KENAPA?? itu korang kena datang sendiri dan rasai sendiri.

Hotel Perdana Kota Bharu

Jalan Mahmood
15200 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia

For Booking & Reservation :
T: +609.7458888
F: +609.748 8855

Website

sumber foto :
Share:

TRAVEL BERSAMA TOURIST GUIDE



Setiap orang mengimpikan sesuatu yang luar biasa. Nak nak pula kalau dapat peluang untuk travel dengan sesuatu yang luar biasa. Seperti sebuah travel agen ni, mereka menawarkan sesuatu yang luar biasa dengan Menawarkan Pakej-Pakej Travel Yang Sangat Murah !

Tourist Guide


Tourist Guide menyediakan tawaran di sebahagian kecil daripada kos asal. Bagaimana kita berbeza daripada orang lain adalah kami pakar dalam satu industri, iaitu Pelancongan. kerjasama dalam kita dengan agensi yang bereputasi baik di dalam dan di seluruh rantau ini telah membuat peluang ini boleh diakses kepada anda.

Untuk pengetahuan korang, Tourist Guide mempunyai misi untuk membina Travel Network Terbesar di dunia, dan sedang berusaha keras ke arah itu. Tourist Guide juga menawarkan harga pakej-pakej sangat berpatutan, lebih murah, dan ada juga Percuma. Untuk lebih meyakinkan setiap pelanggannya, Tourist Guide telah pun berkejasama dengan travel agensi yang bereputasi baik.

AHLI TOURIST GUIDE


Tourist Guide mempunyai cara rangkaian sendiri nak berjimat dan mengalukan-alukan korang yang suka travel untuk berdaftar jadi ahli mereka. Dengan hanya membayar yuran pendaftaran sebanyak RM150, pelbagai benefit yang korang boleh  dapat dari mereka. Antaranya seperti, dapat point, dapat travel percuma dan pelbagai lagi. Untuk memudahkan pemahaman korang berkenaan Tourist Guide ni. Boleh baca dan tengok video tu kat sini Benefits & Rewards :)


Apa lagi yang Tourist Guide sediakan? Banyak pakej-pakej yang menarik dan antaranya ialah seperti berikut :



Untuk Hotel Booking pula, lebih dari 7200 yang berada dalam network Tourist Guide dari hotel yang murah sehingga hotel yang mewah tetapi masih dalam harga murah. *amacam menarik tak?


Bagi korang yang memang kaki travel tu, korang bolehlah jadi member tourist guide dulu. RM150 je. Sekali dalam seumur hidup. Dengan bayar RM150 dalam hidup tu boleh dapat benefit yang berpanjangan. Korang boleh dapat pakej diskaun sehingga 90% tau ! Bukan tu je yang FREE pun ada.

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)
Suite A25-3A, Sentral Business Park,
Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor,
Malaysia.

Tel: 603-8734 2802 
Fax: 603-8740 2953
Toll Free: 1800 38 3338
Office Hours: 9 a.m. - 6 p.m. (Mon - Fri)
Share:

PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2 | TEMPAT REHAT SEMENTARA MENUNGGU FLIGHT



Perjalanan jauh dari utara cukup memenatkan badan. Sampai di KL Sentral saya terus menuju ke tempat menunggu bas untuk ke KLIA2. Perjalanan saya ke KLIA2 tidak kesorangan kerana ditemani oleh sahabat dari Indonesia iaitu saudara Helmi. Memandangkan waktu penerbangan kami pada keesokan hari hampir sama, jadi tidak salah untuk mempelawa beliau bergerak bersama-sama. *sekurang-kurangnya ada juga teman untuk berborak ketika atas bas nanti. Perjalanan kami menaiki bas dari KL Sentral ke KLIA2 mengambil masa hampir 1 jam 15 minit. 


Tepat jam 11.15 malam kami telah sampai di KLIA2Memandangkan waktu penerbangan kami ialah di awal pagi iaitu pada jam 7 kami megambil keputusan untuk bermalam di PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2 yang berada di Lavel 2M KLIA2 .


Sedikit info berkenaan dengan PLAZA PREMIUM LOUNGE yang mesti korang tahu. PLAZA PREMIUM LOUNGE sebenarnya sudah lama ditubuhkan di setiap Lapangan Terbang Antarabangsa di seluruh negara. Tapi apa yang membanggakan kita, PLAZA PREMIUM LOUNGE yang pertama di buka ialah di Malaysia dan Hong Kong.

Ilham untuk membuka PLAZA PREMIUM LOUNGE ini adalah dari Mr Song Hoi See merangkap CEO, apabila beliau mendapati di setiap Lapangan Terbang Antarabangsa tiada lounge yang istimewa dan selesa untuk berehat sebelum menunggu penerbangan yang seterusnya dalam beberapa jam yang singkat. Oleh sebab yang demikian Mr Song Hoi See cuba mengeluarkan satu idea dan mencipta satu lounge yang selesa dan boleh membenarkan pelanggannya menginap beberapa jam sebelum berlepas dan boleh berehat sambil menjalankan tugasan anda seperti biasa secara layanan exclusive.


Dengan lebih daripada 16 tahun pengalaman, PLAZA PREMIUM LOUNGE  menawarkan perkhidmatan istimewa premium airport services. Perkhidmatan syarikat kini terdiri daripada mereka bentuk, mengendali dan menguruskan PLAZA PREMIUM LOUNGE , hotel transit, private relaxing suites, meet & greet services, dining concept dan perkhidmatan limosin.


PLAZA PREMIUM LOUNGE  yang unik dan exclusive ini juga termasuk hotel transit dengan bilik-bilik peribadi untuk membolehkan para tetamu untuk berehat, segarkan badan dan bersantai di KLIA2 sementara menunggu penerbangan yang seterusnya. Ianya tidak hanya terhad kepada mereka yang menunggu penerbangan sahaja, bagi mereka yang ingin saja - saja bersantai di PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2 juga sangat dialu-alukan.

Berikut merupakan perkhidmatan yang korang boleh dapat di PREMIUM LOUNGE KLIA2 .

PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2 juga ada menyediakan stesen kerja yang dilengkapi dengan Wi-Fi berkelajuan tinggi dan perkhidmatan percetakkan untuk memudahkan pelanggan mereka untuk melakukan urusan kerja atau business. Selain dari itu, PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2 juga menawarkan pengendalian bagasi dan perkhidmatan dobi kepada pengunjung yang memerlukan. Bagi pelancong yang memerlukan tempat untuk berehat secara express, mereka telah menawarkan tempat rehat peribadi yang sangat selesa.



Jika menginap di PLAZA PREMIUM LOUNGE ini pelancong dapat menikmati masa mereka dengan baik di KLIA2 sementara menunggu penerbangan mereka karena mereka juga ada menyediakan tempat duduk yang selesa dan pelbagai makanan dan minuman untuk dinikmati di ruang tamu.




Location
Level 2, Gateway@klia2,
Kuala Lumpur International Airport

Opening Hours
24 hours daily

Contact Information
malaysia@plaza-network.com

+603 4065 0156

Website

Jika mempunyai masa yang banyak, korang boleh menikmati makan malam di The Green Market KLIA2 yang terletak tidak jauh dari PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2.




Share:

#FRESHTOGOCONTEST2016 | NIKMATI FRESH TO GO DI 7-ELEVEN


Apa yang kita rencanakan tidak semuanya akan berhasil dengan jayanya. Jika bermasalah, berseorangan itu bukan jalan kepada penyelesaian yang sepatutnya kita ambil. Jika cara hidup kebiasaan kita tidak memberikan apa-apa kebaikan, cuba lakukan sesuatu yang jauh dari perlakuan kehidupan asal kita. *kita cuba.

Anda akan menjadi lebih hebat dan lebih yakin dengan mereka-mereka yang HEBAT, begitu juga dengan hal yang berlaku dalam kehidupan seharian korang. Nak jadi seorang yang HEBAT, kita juga perlu memilih dan menggunakan perkara-perkara yang HEBAT. Anda pandai membuat pilihan yang terbaik, itu bermakna anda HEBAT.

------------------------------------x------------------------------------

Sibuk dengan kerja? Tiada masa untuk keluar makan di restoran lama-lama? Waktu makan tak menentu? 7-Eleven ada jawapannya.

Jangan jadikan masa itu sebagai alasan untuk anda tidak dapat menikmati hidangan keperluan anda kerana dengan kelebihan *24jam sehari, 7-Eleven ada untuk menjamu anda sebagai one-stop center untuk membeli pelbagai produk makanan, minuman dan keperluan peribadi anda.


Untuk pengetahuan korang yang HEBAT-HEBAT di luar sana, 7-Eleven kini tampil dengan variasi produk makanan yang sesuai untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam ataupun supper yang dikenali sebagai Fresh To Go. Sempat juga saya dan kawan-kawan blogger singgah untuk menikmati menu diorang semasa travel ke Kuala Lumpur minggu lepas.


Untuk mengekalkan kesegarannya, semua rangkaian produk Fresh To Go dihantar setiap hari dan disahkan halal.*jadi tak perlu was-was untuk makan. Jom kita tengok apa menu Fresh to Go yang ada 7-Eleven tawarkan kepada semua pelanggan mereka.



MENU
BREAKFAST
Chicken Mayo Salad Wholemeal
Chicken & Scrambled Egg Toast
Nasi Lemak
Fried Mee Hoon
Sip N' Savour Teh Tarik

LUNCH
 Stir Fried Chicken Chili With Rice
Original/ Spicy Udon
Lasagna
Garden Salad With Roasted Sesame Sauce
Big Gulp

TEA
English Shortbread
Cookie
Banana
Slurpee

DINNER
Chicken Rendang With Rice
Macaroni & Cheese
Original/ Spicy Ramen
Sip N' Savour Coffee

SUPPER
Chicken Meatloaf With Egg Spread
Sip N' Savour Latte

* Certain product are currently available at selected stores

Korang tak perlu risau, kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia mempunyai 1,050 cawangan di seluruh negara dan merancang membuka banyak lagi cawangan baru tahun ini. Ini menjadikan rangkaian *kedai serbaneka 24 jam terbesar dunia ini memiliki kira-kira lebih 30,000 cawangan di 16 buah negara.


Dengan concept store yang  7-Eleven perkenalkan, korang jugak berpeluang untuk beli dan makan terus di ruangan yang selesa yang disediakan di 7-Eleven.


Kalau takut makanan tu sejuk. Korang perlu ambil, bayar dan boleh panaskan dengan kemudahan macrowave yang 7-Eleven sediakan. Jadi korang boleh menjamu selera dengan makanan panas seperti baru sahaja dimasak. 


Makan-punya makan dengan kawan-kawan ni, sedar tak sedar makanan semua licin. *Alhamdulillah kenyangnya. Kalau tak cukup beli lagi *iye dop? heheheh. Kalau nak bercerita pasal rasa, memang tidak mengecewakan, memang saya akan beli lagi. *mungkin every day? huhu.

Jadi apa lagi? jom ke  7-Eleven berdekatan dengan anda untuk menikmati pelbagai pilihan Fresh To Go yang sesuai dengan selera anda.


Apapon tahniah saya ucapkan diatas kejayaan mereka untuk beberapa award pada tahun 2015.

Catatan blog ini dapat diwujudkan untuk menyertai peraduan Fresh to Go Photoblog yang telah dianjurkan oleh  7-Eleven Malaysia. #‎FreshtoGo2016‬, ‪#‎7ElevenMY‬


Share:

PERAK “WORLD OF WONDERS” 2016 | HARI KE-2 : CITITEL EXPRESS HOTEL



Selesai menikmati keindahan hutan tertua Royal Belum, kami terus pulang ke BELUM RAINFOREST RESORT untuk bersiap dan checked out.


Bag masih belum dikemas, biasalah itu memai perangai saya dari dulu memang suka buat kerja last minit ha. 20 minit masa diberikan untuk bersiap sebelum bas bertolak ke bandar IPOH. Sempat jugak capai tuala dan terus ke bilik air untuk bersihkan badan, maklumlah masing-masing dah basah bermandi dengan peluh.


Selepas semuanya selesai, satu persatu barang kami dimasukkan ke perut bas dan bersiap untuk bertolak meninggalkan tanah bertuah ni. Perlahan-lahan kami melambai kearah sign ROYAL BELUM seolah-olahnya lambaian itu akan dibalas mesra. hahahah. *tetiba rasa macam kebudak-budakan pun ada. ahahah.


Lebih kurang 2 jam perjalanan kami, akhirnya kami selamat tiba di bandar IPOH. Dimana kali ini CITITEL EXPRESS HOTEL akan menjadi penginapan rasmi kami selama 2 malam.

Pada awalnya, ikhlas saya katakan bahawa hotel yang kami bakal stay ni terlalu biasa dilihat sepertimana hotel-hotel biasa lain yang pernah saya stay dan review. Tapi saya mula teruja bila mendapat penerangan dari staff mereka tentang apa yang ditawarkan oleh CITITEL EXPRESS HOTEL ni. *memang sangat menerujakan.



Macamana, dah baca artikel kat atas tu? Teruja bukan? Memang hotel sebegini yang saya cari di IPOH. Ternyata  CITITEL EXPRESS HOTEL ni sangat memenuhi kritiria seseorang traveller tidak kisah untuk mereka yang suka travel berseorangan, berkumpulan atau dengan family. Dengan harga yang murah dan banyak service percuma yang ditawarkan sudah tentu akan menjadi pilihan orang ramai jika ke IPOH. Service Free Shuttle juga memang strategi yang sangat bijak memandangkan sekitar CITITEL EXPRESS HOTEL atau bandar Ipoh sendiri sudah semestinya terlalu banyak tempat menarik.


Bagi korang yang suka lepak dibilik, tak perlu risau takut mereput didalam bilik kerana semua bilik di sini boleh akses Speed Wifi secara PERCUMA dan Video on Demand and Internet Programmes (150 saluran Movie) juga secara PERCUMA. *muntah korang dengan movie-movie terkini yang ada.


Selesai berjalan-jalan melihat kemudahan yang ada di CITITEL EXPRESS HOTEL ni, kami terus kebilik masing-masing untuk berehat seketika sementara untuk tunggu waktu untuk makan malam. Sesetengah floor mereka, ada dihiasi dengan lakaran lukisan bangunan-bangunan dan tempat menarik di IPOH.*seperti dalam gambar kat atas ni. Sempat juga kami posing sepam dua sementara menunggu lif untuk megambil kunci bilik.


Makan malam kami tidak seperti kebiasaan, kami dibekalkan duit dan diberi kebebasan untuk menikmati makanan yang di jual di Food Truck. Banyak juga makanan-makanan ala hipster yang dijual disini yang mana ia menjanjikan sesuatu lain dari yang lain.


Selepas semua kekenyangan  dengan makanan pilihan masing-masing, kami balik ke hotel untuk berehat dan bersiap sedia untuk aktiviti lasak keesokan harinya. *SELAMAT MALAM KORANG.


Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Perak World of Wonders, iaitu lawatan media yang diadakan pada 23 Mac hingga 26 Mac 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak sempena meraikan "Tahun Melawat Perak 2017".



Share:

PERAK “WORLD OF WONDERS” 2016 | HARI KE-2 : HUTAN ROYAL BELUM


Pagi 24 Mac 2016 tidur kami telah di sedarkan oleh bunyi dari 3 buah jam dari smartphone kami yang dikunci semalam. Pojiegraphy bersiap awal kerana ada urusan perlu diselesaikan, kerana kali ni dia mengikuti program ini bukan sebagai peserta tetapi sebagai salah seorang dari penganjur. Sementara beliau bersiap, saya dan Amir masih melekat diatas tilam yang sangat empuk tu. huhu.


Selepas saya dan Amir selesai bersiap, kami terus menuju ke Hornbill Restuarant untuk sarapan pagi. Walaupun kami sudah agak lewat, tetapi perut mesti diisi kerana hari ini kami bakal melakukan aktiviti yang agakberat dan mencabar dari segi fizikal iaitu meneroka Hutan Royal Belum.


Selepas bersarapan pagi, kami terus menuju ke jeti untuk menunggu bot untuk ke Hutan Royal Belum. Di sini kami dapat melihat ada sebuah House Boat yang mana ianya juga boleh disewa. *sudah semestinya bermalam di dalam house boat munkin akan memberi satu pengalaman baru untuk mereka yang sukakan sesuatu hal lain dari yang lain.



Kira-kira megambil masa  20 minit perjalanan dengan menaiki bot, kami telah berhenti di Kem Pelancongan Sg.Tiang dimana ianya juga merupakan salah satu tempat untuk sewa penginapan popular di sini.



Kem Pelancongan Sg.Tiang lengkap dengan dapur, dewan makan yang menghadap ke tasik, surau, tandas dan BBQ griller. Mereka juga mempunyai pejabat, dan kaunter penyambut tetamu. Kemudahan yang ada Kem Sungai Tiang adalah seperti berikut:

Kemudahan
Unit
Tandas
1
Dapur
1
Bbq griller
2
VIP chalet
5
A-shape chalet
2
Dewan makan
1
Surau
1
Campsite
6
Wakaf
4
Pos kawalan, pejabat
1




Mereka menggunakan nama jenis ikan, haiwan dan burung utuk setiap chalet VIP. Sebagai contoh, Chalet Enggang, Chalet Kijang, Chalet Jelawat, Kelah Chalet dan Chalet Taman. Manakala, untuk Wakaf mereka meletakkan nama berdasarkan nama bunga seperti Cempaka, Mawar, Angsana dan Bidara. Bagi dapur, mereka hanya menyediakan peralatan sahaja. Jadi anda semua perlu membawa barangan basah anda sendiri untuk memasak di sana. *sila ambil perhatian okay!


Selesai kami bersiar-siar disekitar Kem Pelancongan Sg.Tiang kami mula dipanggil untuk kembali ke boat untuk meneruskan perjalanan ke destinasi setrusnya iaitu untuk menjejaki Air Terjun Sungai Kooi. Untuk sampai ke lokasi tersebut, kami perlu berjalan meredah hutan selama beberapa puluh minit .*hati-hati kerana keadaan jalan berbatu. Ketika ini saya nasihatkan supaya korang bawa bekalan air kosong secukupnya.


Sepanjang perjalanan ke sana, kita boleh menikmati sendiri keindahan kehijauan hutan tertua ini. Banyak pokok-pokok hutan yang sudah semestinya tidak ada di bandar Kuala Lumpur. Jadi inilah masa yang sesuai untuk kita mendekati dan menikmati alam semulajadi yang sudah ada di hadapan kita.


Sampainya kami di lokasi yang dicari ternyata keindahannya cukup untuk menghilangkan lelah kami mendaki dan meniti atas batu-batu hutan tadi. Subhanallah, *terdetik di hati, ada juga tempat seindah ini di Malaysia tanah tumpah darah kita sendiri.


Selepas selesai semuanya, kami mula kembali meredah hutan untuk kembali ke bot. Destinasi kami seterusnya adalah Perkampungan Orang Asli Aman Damai yang dihuni oleh Puak Jahai .


Alhamdulillah kedatangan kami di sambut baik oleh penduduk kampung aman damai. Kanak-kanak pula seperti sudah mengetahui ada saguhati yang bakal mereka terima. Di sini kita dapat melihat rumah-rumah yang di bina menggunakan daun pelepah, batang buloh dan batang pokok kayu yang cukup untuk melindungi mereka dari hujan dan panas mentari.


Setelah beberapa ketika disini, kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Santuari Ikan Sungai Ruok.



Selain korang dapat melihat ikan-ikan kelah yang hidup sihat, disini juga ada air terjun yang cukup untuk menyegarkan badan korang. *tak perlu takut untuk mandi manda dengan ikan-ikan yang sangat jinak ni. 


Peringatan mesra amatlah dilarang untuk mengambil ikan disini atau memancing, dan menjadi satu kesalahan sekiranya anda melakukan perkara tersebut dan sekiranya ditangkap boleh didenda.

Selesai menikmati keindahan disini, kami terus kembali ke bot untuk balik ke BELUM RAINFOREST RESORT untuk check out dan bergerak ke IPOH.



Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Perak World of Wonders, iaitu lawatan media yang diadakan pada 23 Mac hingga 26 Mac 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak sempena meraikan "Tahun Melawat Perak 2017".


Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive