travel, food and lifestyle blog

Followers

BEAUTIFULL TERENGGANU DI ANGSANA JOHOR BAHRU


Tahun 2017 merupakan tahun melawat Negeri Terengganu. Salah sebuah negeri yang berada di Pantai Timur semenangjung yang cukup sinonim dan popular dengan keunikan adat budayanya. Ramai juga di antara kawan-kawan dan saudara saya sendiri berasal dari Negeri Terengganu ni. Saya sendiri pun berasal dari negeri pantai timur di Negeri Kelantan iaitu jiran kepada Negeri Terengganu ni. Jadi sedikit sebanyak memahami dan tahu akan adat budaya di sana.



Beautiful Terengganu23-27 Mar 2016Angsana Johor Bahru Mall
Posted by Terengganu Tourism on Thursday, March 17, 2016

Sempena menyambut tahun melawat Terengganu 2017, slogan beserta program Beautiful Terengganu telah diperkenalkan. Untuk pengetahuan korang, Beautiful Terengganu pada tahun sebelum ini dikenali sebagai Pesona Terengganu, dan telah di tukar kerana sebab-sebab tertentu. Walaubagaimana sekalipun, ianya tidak lari dari misi asal.

foto oleh malaysiaaktif.my

Program Beautiful Terengganu ini telah berlangsung selama lima hari bermula 23 Mac sehingga 27 Mac 2016 lepas di Angsana Johor Bahru Mall dan telah dirasmikan oleh  Yab. Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman selaku Menteri Besar Terengganu.

"BEAUTIFUL TERENGGANU kali ini menampilkan 4 seksyen utama yang boleh dilawati. Pertama: Consumer Show, Kedua: Trade Show, Ketiga: Terengganu Kitchen, dan yang Keempat: Travel Mart. Melalui 4 seksyen ini, pengunjung bakal melihat gambaran serta persepsi sebenar mengenai keindahan Negeri Terengganu, negerinya cantik, budayanya menarik, orangnya baik-baik. Bahkan kehadiran pengunjung akan disambut mesra, dihiasi dan diwarnai dengan aktiviti-aktiviti yang tersedia untuk semua. Jika dulu kita tampilkan PESONA TERENGGANU, hari ini kita tampilkan BEAUTIFUL TERENGGANU. Jika dulu 100,000 pengunjung, hari ini kita sasarkan lebih dari itu. Jika dulu Terengganu menyepi, hari ini Terengganu bangkit disegani." Yab. Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman selaku Menteri Besar Terengganu.


Pemilihan venue ‘Beautiful Terengganu 2016’ di Angsana Johor Bharu Mall kali ini adalah amat bersesuaian memandangkan ianya merupakan lokasi utama membeli belah dan riadah keluarga bukan sahaja kepada masyarakat Johor, malah ianya turut menjadi tumpuan utama rakyat negeri-negeri di selatan Semenanjung dan juga antara pilihan utama wargakota daripada Singapura.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri menaruh harapan yang tinggi pada Beautiful Terengganu 2016 dalam memastikan lebih ramai pelancong terutama dari selatan tanah air selain Singapura.

`Kira-kira 100,00 pengunjung dengan pulangan pendapatan yang diperolehi usahawan negeri ini hampir mencecah RM2.0 juta dan adalah tidak mustahil jumlah pengunjung serta pendapatan yang lebih besar menanti di Johor Bahru, katanya selepas merasmikan Pra Pelancaran Beautiful Terengganu 2016 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 24 Februari 2016.



Program Beautiful Terengganu 2016 menampilkan produk pelancongan seperti hotel, tempat menarik, makanan, pakaian dan sebagainya yang terdapat di Terengganu. Seramai 30 usahawan makanan tradisional tempatan dan 100 usahawan produk tempatan telah menyerai program itu pada kali ini.

Menteri Besar , berkata pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan, demonstrasi kraftangan dan pertunjukkan permainan tradisional pada program itu. Apapon tahniah kepada Beautiful Terengganu kerana telah berjaya menarik ramai pengunjung untuk promosi kali ini. Berikut merupakan statistik :

Jumlah Pengunjung ke Beautiful Terengganu dari 23 ke 27 Mac adalah sebanyak 226,000

Hari pertama : 40,000
Hari kedua : 20,000
Hari Ketiga : 50,000
Hari Keempat : 70,000
Hari Kelima : 46,000

Pulau Perhentian Foto Oleh : perhentianislands.asia


Pulau Kapas Gambar Oleh : Bruno Maltor



Sungai Bangang Gambar Oleh : Murshid Haji Maktar


Uptown Kontena Dapo Pata Gambar Oleh : Positive Pixel



Share:

KUBULTRA TRAIL RUN 2016 KUALA KUBU BARU



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Agak lama saya menyepi dari update apa-apa entry. Kali ni ada perkara menarik yang saya nak kongsikan bersama korang. Pada 5 mac 2016 lepas, telah berlansungnya satu aktiviti menarik di Kuala Kubu Baru iaitu KubUltra Trail Run 2016 yang mana ianya telah melibatkan penyertaan dari golongan kanak-kanak hinggalah dewasa. Antara yang join aktiviti ini sudah semestinya dari Malaysia sendiri dan yang tidak terkecuali dari luar negara.


Antara kategori yang telah dipertandingkan adalah seperti berikut:-

KubUltra 5 : for children, families,newcomers - 5 km
KubUltra 10 : for children, families, newcomers, not so fit hikers and runners - 10 km
KubUltra 20 : for those who are not ready yet to go longer distances - 20 km
KubUltra 40 : for those willing to push themselves - 40 km
KubUltra 60 : for those looking for the real deal and are prepared to leave their comfort zone - 60 km



Berbaloilah bagi mereka  yang suka pada aktiviti macam ni kan. Sambil berlari boleh menikmati keindahan alam semulajadi.






Share:

SUNWAY PUTRA HOTEL FOOD FESTIVAL 2016



Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca. Pada hari khamis yang lepas (17 Mac 2016), saya dan beberapa orang rakan blogger berkesempatan ke Sunway Putra Hotel untuk bersama-sama memeriahkan SUNWAY PUTRA HOTEL FOOD FESTIVAL 2016 yang telah dianjurkan oleh pihak hotel sendiri. Untuk pengetahuan pembaca, Sunway Putra Hotel merupakan antara top food hot spot di Kuala Lumpur yang menyediakan pelbagai jenis masakan yang enak. 


Ketika SUNWAY PUTRA HOTEL FOOD FESTIVAL 2016 berlangsung, tiga selebriti popular tempatan iaitu Ramona Zam Zam, Shakilla Khoriri dan Anding Indrawani telah dijemput untuk berentap di dalam Celebrity Cook Off Challenge yang diadakan selama 45 minit di lobi Sunway Putra Hotel. Mereka bertiga telah dicabar untuk memasak 3 jenis menu popular yang ada di hidangkan di dapur Sunway Putra Hotel.


Mee goreng mamak hasil dari air tangan Ramona Zam Zam telah berjaya memikat hati para juri untuk menobatkan beliau sebagai juara dalam pertandingan ini. Shakilla Khoriri pula berjaya dapat tempat ke-2 manakala Anding Indrawani pula di tempat ke-3. *tahniah saya ucapkan.


Bersama rakan-rakan blogger yang hadir memeriahkan suasana majlis termasuk Yazid IzzatNeyra Shazeyra, Emas Putih, Amir Nawawi, Halim Brothers, Feeq Says, Fatin Bella dan Mahamahu . 


Bergambar bersama pemenang MSMW2016 kategori Best Food Blog iaitu Mahamahu.


Sempat juga merasa beberapa sample menu dari Gen Restaurant yang mana ianya merupakan restoran yang menghidangkan makanan Jepun.

Setelah majlis selesai, kami telah berpeluang untuk makan malam di Coffe House, Sunway Putra Hotel. Dengan harga buffet makan malam biasa RM78 nett seorang.

A photo posted by projektravel (@projektravel) on



*ha, amacam, tergoda tak? itu baru sikit, ada berpuluh jenis makanan lagi yang ada. Nak sushi ada, western ada dan macam-macam lagi. Kalau korang nak tahu apa lagi yang ada, kenalah datang dan jamu perut anda sepuasnya okay. hehe


Berikut merupakan detail jika anda ingin berurusan berkaitan hotel.

Telefon:
+6 03 40409888

Email:
dinesph@sunwayhotels.com
Facebook:
www.fb.com/sunwayputrahotelkl

Intagram:
@sunwayputrahotel

Website:
Share:

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih



*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

Share:

TONTON WAYANG DI HALL BEANIE TGV CINEMAS


Selesai saja menghadiri majlis persmian OUTLET KE-100 SUSHI KING DI AEON MALL SHAH ALAM, kami telah berkesempatan ke Sunway Piramid untuk menonton wayang. Pengalaman menonton wayang kali ni cukup berbeza bagi saya kerana ianya bukan pengalaman biasa-biasa dan sudah semestinya agak exclusive.

Kalau sebelum ni, harga tiket RM 18 pun saya dah membebel berhari-hari. Inikan pula kalau harganya lebih dari harga tersebut. Untuk kali ni saya berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman hebat menonton di dalam ruangan hall yang berkonsepkan beanie dan ianya dikatakan hanya ada di TGV Cinemas. Untuk maklumat lanjut leh rujuk sini www.tgv.com.my.

Sumber : sevilla.abc.es


Seat dalam hall ni masih ada penghadang dan ada juga yang jenisnya satu-satu, tak asing seperti yang kami duduk ni. *memang syok, boleh bentuk-bentukkan dia ikut keselesaan kita. huhu


Nasib baik kami tengok cerita action (London Has Fallen), kalau tak boleh bawak berdengkur masing-masing ha. Seat ni dengar cerita harga dia boleh tahan RM50 satu kepala. Masa ni nasib baik Khai Artzfar belanja kan. Kalau nak harapkan diri sendiri memang tak merasa lah.


Share:

OUTLET KE-100 SUSHI KING DI AEON MALL SHAH ALAM


Agak jauh juga kalau nak dikirakan perjalanan kami dari Kajang ke Shah Alam, tetapi oleh kerana lunch nanti ada Sushi yang unlimited untuk dimakan saya gagahkan juga.*sangat gigih disitu ahahaha.

*amboih Sushi King ada buat open house ke? Bukan open house, tapi jemputan ini adalah sempena perasmian outlet ke-100 Sushi King di AEON MALL Shah Alam. Pengasas Sushi King dan Pengarah Urusan Texchem Resources Berhad, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Fumihiko Konishi juga hadir dan melahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh Sushi King. *tahniah saya ucapkan.


Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Fumihiko Konishi berucap dalam majlis perasmian tersebut, Sushi King menawarkan hidangan Jepun yang berkualiti dengan bahan-bahan yang diimport terus dari Jepun, Norway dan sebagainya. Dengan slogan “Smiling, Served Fresh”, Sushi King dapat memikat pelanggan-pelanggan untuk menjadi rantaian restoran jepun kesukaan ramai di Malaysia.”


Sebagai salah satu rantaian restoran makanan Jepun terbesar di Malaysia dan telah beroperasi lebih dari 20 tahun, pembukaan outlet terbaru ini satu pencapaian terbesar bagi Sushi King.


Ha ada berita baik nampaknya dari Sushi King ni.*Apa dia? Untuk pengetahuan korang, Sushi King dalam proses memohon status Halal daripada JAKIM pada 7 Mac yang lepas dan berkemungkinan akan dapat status Halal tu pada bulan Jun atau Julai 2016.

Dear valued customers, we’re pleased to inform that Sushi King has submitted application for Halal certification to JAKIM on 7 March 2016.
Posted by Sushi King on Thursday, March 17, 2016

Berikut merupakan antara menu popular yang korang boleh dapat di mana-mana outlet Sushi King di seluruh Malaysia.


Dibawah ni pula antara menu yang mana ianya hanya ada di outlet Sushi King di AEON Mall Shah Alam sahaja.





Mochi Durian dan Mochi Pandan


Mochi Durian

Sushi King Aeon Shah Alam

Lot 606, First Floor, Aeon Shah Alam,
No. 1, Jalan Aquatik 13/64,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Share:

PROJEK TRAVEL DALAM PENCALONAN APO 2016


Selepas dipilih sebagai portal gaya hidup terbaik, Anugerah Media Digital Asia di Hong Kong pada 18 November lalu, mStar Online mengorak langkah baru bersama-sama Suria FM untuk mengangkat kepentingan dunia digital dengan penganjuran satu program khas yang dinamakan Anugerah Pilihan Online 2016 atau ringkasnya APO 2016. Anugerah ini melibatkan pengundian sepenuhnya menerusi elemen dalam talian(online). *tahniah saya ucapkan

Alhamdulillah. Walaupun masih baru, Blog Projek Travel telah tercalon dalam pencalonan awal di Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) tersebut. Ini membuka peluang kepada kami untuk pergi lebih jauh dengan sokongan pengikut dan pembaca blog kami. Untuk Senarai Penuh Calon APO2016 pembaca boleh rujuk pada artikel berikut : Senarai Penuh Calon APO2016.


Untuk pengetahuan korang, Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) ini telah dianjurkan bersama mStar Online dan Suria FM dan membawakan Dnars sebagai penaja rasmi mereka.


Untuk pengetahuan korang, pencalonan ini merupakan pencalonan awal nama projek travel bersama 19 lagi nama besar dalam kategori Anugerah Blog Pilihan Online. Untuk memasuki dalam Top 5 kategori ini, kami memerlukan sokongan dari pembaca untuk mencalonkan kami di dalam kategori tersebut (Anugerah Blog Pilihan Online). Pengundian calon Anugerah Pilihan Online APO 2016 untuk memilih top 5 dibuka dari 3 Mac 2016 sehingga 30 Mac 2016 sementara pencalonan untuk memilih pemenang Anugerah Pilihan Online 2016 bagi setiap kategori adalah dari 1 April 2016 sehingga 27 April 2016. *yeah, dah boleh undi start dari sekarang.

Tanpa membuang masa, jom saya terangkan secara ringkas dan lebih jelas melalui ilustrasi berkenaan sistem pemilihan pencalonan Top 5 Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016).


Langkah 1:
Layari Laman Sesawang APO2016


Layari http://apo.mstar.com.my/utama.aspx untuk dapatkan info.


Langkah 2:
Log masuk dengan menggunakan social connect yang merangkumi Facebook, Twitter atau Google+.



Pilih salah satu dari 3 pilihan social connect yang diberikan iaitu facebook, twitter atau google+.


Langkah 3:
Masuk pada ruangan CALON APO


Setelah mendaftar, tekan pada pilihan Calon Apo untuk melihat kategori yang dipertandingkan.

Langkah 4:
Cari kategori ke 15



Calonkan Projek Travel – www.projektravel.com
di ruangan calon yang disediakan.


Anda dibenarkan untuk mencalonkan tiga nama untuk setiap kategori berbeza.

Selain dari (Anugerah Blog Pilihan Online) ada banyak lagi kategori yang dipertandingkan di dalam Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) ni.  Jika inginkan selebriti kesayangan atau personaliti pilihan anda tersenarai sebagai calon lima teratas dalam Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016)
Langkah 4:
Hantarkan pencalonan anda.



Setelah mengisi ruangan calon. Anda boleh terus menghantar pencalonan anda dengan menekan butang berikut. Jangan lupa untuk terus menghantar pencalonan bagi setiap kategori sehingga 30 Mac ini.*macamana, mudah bukan?

Untuk pengetahuan korang, hanya nama yang memperoleh pencalonan paling banyak yang akan layak ke peringkat seterusnya iaitu pengundian yang akan bermula 1 April 2016 sehingga 27 April 201. Pencalonan terbanyak ini akan diambil kira bagi menentukan nasib calon terbabit berada dalam senarai lima teratas dalam setiap kategori.

Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) akan disiarkan secara langsung pada 30 April 2016 menerusi TV2 pada pukul 9 malam bertemakan Glam Digital. Bertemakan “Glam Digital” ia adalah majlis anugerah pertama anjuran Star Media Group Berhad yang bukan sahaja mengiktiraf industri hiburan, sebaliknya memberi keyakinan kepada pemain media sosial untuk melihat kepentingan saluran digital ketika ini yang semakin berkembang.

Terima kasih kami dahulukan kepada semua mereka yang sudi mencalonkan kami.

Share:

LIRIK LAGU LEPASKAN – Wani feat Juzzthin






Lirik Lagu Lepaskan – Wani feat Juzzthin

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Mungkin kau bukan buatku

Berlalu waktu bersamamu
Kau beri rindu namun palsu
Mana setia bersamaku
Bunga kau beri sudah pun layu

Kata-katamu lengkap bersandiwara
Nilai cintamu tak berharga

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, kasihmu

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Mungkin kau bukan buatku

Meniti sepi bersendiri
Bahagia cuma ciptaan mimpi
Mana setia bersamaku
Janjimu palsu yang aku ragu

Kata-katamu lengkap bersandiwara
Nilai cintamu tak berharga

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, kasihmu

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Mungkin kau bukan buatku

Benar buat otak aku semak
Aku banyak makan hati engkau lagi naik lemak
Cinta itu ikhlas bukannya peraduan
Kira lain kelakuan sebab tu tak sehaluan

Lepaskanlah lepaskan
Takde rasa sayang buat aku jadi rimas dan
Oh lepaskan oh lepaskan
Hubungan ini buat aku rasa lemas kan

Jangan cemas jangan gelojoh
Angan bintang kan jatuh ada ke takde jodoh
Dalam hatiku tiada siapa tahu
Maaf takde masa angkat kaki aku chow

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, kasihmu

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Mungkin kau bukan buatku

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, kasihmu

Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Oh! Lepaskan, hatiku
Oh! Lepaskan, lepaskanlah
Mungkin kau bukan buatku
Share:

HOTEL & HOTSPRING LOST WOLD OF TAMBUN

Pertama kali berpeluang ke LOST WOLD OF TAMBUN yang berada di daerah Ipoh, Negeri Perak. Untuk pengetahuan korang, LOST WOLD OF TAMBUN ni merupakan salah satu taman tema besar yang ada kat Malaysia selain Sunway Lagoon dan Legoland. Dalam LOST WOLD OF TAMBUN ni ada Lost World Amusement Park, Lost World Water Park, Lost World Tiger Valley, Lost World Petting Zoo, Lost Wolrd Tin Valley, Lost World Lupe's Adventure dan tarikan terbaru iaitu Lost World Hot Springs & Spa. *siapa pernah ke Sunway Lagoon mesti boleh bayangkan .

Lost World Hotel
Dengan menaiki van bersama blogger-blogger lain, kami telah selamat sampai di LOST WOLD OF TAMBUN sekitar jam 4 petang macam tu. Selepas taklimat ringkas oleh staff LOST WOLD OF TAMBUN yang bertanggungjawab, kami dibenarkan untuk check-in bilik di Sunway Lost World Hotel dan bersiap sedia untuk program pada sebelah malam.


Kami telah ditempatkan di dalam bilik berkeluasan 22.76 sqm iaitu (Exotic Room) yang mana harga biasa ialah MYR530,00 net. Bilik ni mempunyai 2 single bed dan berhawa dingin.


Bilik yang agak luas dan selesa untuk kami. Cuma lantai tidak berkarpet. Apa yang penting, akses internet di bilik tidak mengecewakan.


Puas merehatkan diri seketika di bilik, kami terus bersiap untuk event yang bakal berlansung disebelah malam iaitu perasmian Lost World Hotspring & Spa. *yeah tiba masanya untuk manjakan diri dengan air panas. hehehehe.



Untuk pengetahuan korang, Lost World Hotspring & Spa mempunyai sebanyak 15 tarikan yang terdiri daripada 13 kolam renang, 3 pondok persendirian dan Crystal Spa. Fellow guests will be privy to 5 of newest hot springs pools, a 25ft gushing waterfall and for the adrenaline seekers and an exhilarating hot springs body slide!

Crystal Spa menawarkan hot springs spa treatments untuk memulihkan dalam keadaan semulajadi Antara tawaran rawatan spa yang korang boleh dapat di Crystal Spa ni adalh seperti Aromatherapy Massage, urut kepala & bahu dan juga urutan badan penuh, all within the privacy and comfort of your own massage hut.

Crystal Falls and three Jacuzzi Pools
Witness hot springs waterfall splash over the rocks thundering down into a hot springs pool like a gigantic waterspout, only the fittest can enjoy its downpour! One will also find three relaxing and rejuvenating Jacuzzi Pools surrounding our Crystal Falls. The Amethyst, Topaz and Sapphire pools temperatures range from 47- 50 degree Celsius.
Emerald Lagoon
Soak in the hot mineral springs at the end of the day’s activities in a pool fit for royals. Heated deep within the earth, let crystal-clear carbonated waters relax and rejuvenate you.
Saphira’s Twister
A water attraction for young and old to have a go. Experience the gravity-defying thrills of Saphira’s Twister! It's fun for all!




The Lost World Annual Pass

Lost World of Tambun dengan sukacitanya ingin memperkenalkan Pas Tahunan Lost World Hot Springs & Spa!

It is a passport to wholesome fun for Perakian of all ages who are BORN, WORK and STAY in Perak with an affordable rate of RM 50 only! This promotion is only available during our roadshows around Perak for a limited time only! 

---------------------------------------------------------------------------------

ADDRESS

Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd.
(240342-P)

No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia

Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my

THEME PARK OPERATION HOURS

Open Mon-Fri: 11:00am till 6:00pm
Weekends, School and Public Holidays: 10:00am till 6:00pm
Closed on Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.

LOST WORLD HOT SPRINGS & SPA BY NIGHT

Open daily: 6:00pm till 11:00pm
Crystal Spa Treatment: 12.00 noon till 11:00pm
Closed on Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.



Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive