TONTON FILEM MUNAFIK | FILEM SERAM WAJIB TONTON 2016


Sekarang sedang heboh diperkatakan dengan Filem Munafik sejak ia mula ditayangkan di pawagam pada 25 Februari 2016 lepas. MY sendiri telah megambil kesempatan yang ada untuk pergi dan menonton sendiri filem arahan Syamsul Yusof ni. *memang sangat berbaloiSyamsul Yusof, siapa tidak mengenali diakan? sebagai seorang pengarah dan pelakon muda yang cukup hebat dalam industri perfileman tanah air kita. Penyampaiannya dari filem seram sebelum ini iaitu Filem Khurafat: Perjanjian Syaitan pun sudah cukup membanggakan dan sangat memberi ikhtibar.

cepat pergi tengok!! God of Egypt tu besok-besoklah pun xpe :)
Posted by Farizz Izzuan on Friday, February 26, 2016

Syamsul Yusof sebagai peneraju utama , pelakon dan penulis skrip

Filem Munafik merupakan filem terbaru arahan Syamsul Yusof setelah hampir 4 tahun berehat dari bidang perfileman selepas filem KL Gangster 2“MUNAFIK” merupakan sebuah cerita yang mengisahkan tentang kegaamaan dan islamiah ini akan membawakan Syamsul Yusof sendiri sebagai pengarah dan turut berlakon sebagai peneraju utama sebagai watak Adam iaitu seorang ustaz yang boleh mengubati penyakit gangguan syaitan atau sihir.


Kalau anda nak tgok citer hantu. Saya syorkan anda ke panggung dan tengok filem MUNAFIK.Sebuah filem araham shamsol...
Posted by Mawardi Yunus on Friday, February 26, 2016

Nabila Huda sebagai watak Maria

Nama yang tidak asing dalam dunia perfileman iaitu Nabila Huda sangat memberi kesan di dalam Filem Munafik ini. Lakonan beliau yang cukup berkesan mampu melakonkan watak Maria yang mengalami masalah tekanan perasaan atau mental dan sering tertekan akibat di ganggu dan di rasuk jin.

Kepada yang betul tonton Munafik, tengok reaksi kami ni dulu so at least korang boleh prepare. Hahahahaha!
Posted by Afil Jefri on Friday, February 26, 2016


Di dalam Filem Munafik ini juga, Nabila Huda mencabar dirinya apabila berani untuk masuk ke dalam peti mayat bagi menjayakan watak seorang wanita yang tertekan diganggu makhluk halus.


Selain Syamsul Yusof  dan Nabila Huda, ramai lagi pelakon-pelakon hebat dalam Filem Munafik antaranya seperti  Fizz Fairuz, Pekin Ibrahim & Datuk Rahim Razali.

Apa yang MY puji dengan filem ini, ia bukan sahaja sebuah filem yang banyak memberikan kita pengajaran tentang dunia sihir dan ghaib, ia juga sebuah filem yang mana tiada langsung aksi bersentuhan antara pelakon lelaki dan wanita aurat-aurat setiap pelakon lelaki dan wanita juga dijaga. Satu filem yang harus dipuji kerana ianya bukan semata-mata filem untuk hiburan, tetapi cukup ramuannya untuk pengajaran kita umat islam khususnya dalam ilmu keagamaan dan sihir. Salah sebuah filem wajib untuk saya tonton pada tahun 2016 ni.

Sumber foto: Google

JOM KITA BACA APA KATA MEREKA



Post a Comment

5 Comments

  1. dengar juga orang kata best citer ni, nanti nak tengoklah

    ReplyDelete
  2. I hate horror movie. Hehehee...

    ReplyDelete
  3. Serius memang best la ni kalau semua review yang best2 ja...

    ReplyDelete
  4. ramai yang review citer ni best

    ReplyDelete
  5. Boleh tonton kat sini --> http://www.mytontontube.com/2016/01/filem-munafik-2016-full-movie.html

    ReplyDelete