Alat Bantu Selfie | Monopod Untuk Smartphone Dan Kamera

Alat Bantu Selfie | Monopod Untuk Smartphone Dan Kamera | Semalam sempat menghadiri satu majlis yang dianjurkan untuk persahabatan kami anak muda dari Malaysia dan Indonesia. * okay chop.. MY taknak cerita mengenai even itu tapi apa yang menjadi tumpuan ketika tu. * tunggu story event after this entry ya :P

Sangat teruja dengan budaya mengambil gambar sendiri atau lebih dikenali sebagai #selfie [klik]. Fenomena itu sudah tersebar dipelusuk dunia ada mungkin huhu. Ianya mungkin terjadi setelah popularnya laman sosial Instagram yang mana fokusnya untuk perkongsian gambar. Begitu juga dengan MY .

Mungkin mudah untuk mengambil gambar selfie bila keadaannya kita hanya seorang. tapi bagaimana kalau ramai? mungkin tidak muat kan. Tangankita pula limit, tidak boleh di extend lagi huhu. Jadi monopod telah dicipta dan telah menjadi trend masa kini. Bukan sahaja boleh memegang handphone sepertimana asal terciptanya monopod ni. Ia juga mampu memegang kamera yang kecil.*mampu nk letak DSR kan. mau patah 3 monopod tu ahhaha.

Cubaan menggunakan monopod pada kamera telah kami uji dengan Kamera Sony Alpha 5000 [klik]. *hasilnya seperti foto diatas. Jangan silap. bukan kamera handpone sahaja mampu untuk merakan foto selfie ya. Dengan kelebihan teknologi sekarang kamera baru keluaran #sony ini juga mampu memberi foto selfie berkualiti untuk anda dan teman-teman.

Bila kami beraksi selfie di sekitar pavillion, ternyata ia menjadi tarikan dan mengundang banyak pertanyaan dari pengunjung-pengunjung sekitar. *excuse me, dimana saya boleh beli monopod ni?. Haha, jawapannya itu bukan milikku, dan ia milik teman-teman dari Indonesia. 

Banyak kegunaanya monopod ini, bukan sahaja untuk selfie. Tetapi juga untuk mengambil gambar di tempat tinggi  dan sempit, pendek cerita tempat yang tidak mampu untuk tangan kita capai. Ok sekian haha



Post a Comment

7 Comments

  1. menarik utk dijadikan hak milik ni... hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon beli laju2 abng lan. nnti senang nk ambik gambar buah kelapa atas pokok hahah. xpyah panjat

      Delete
  2. selfie..selfie..selfie.. aku hanya menumpang diselfie kan.. ahaks.

    ReplyDelete
  3. hihi..bijork,.bijork alat tu...ada jual on9 tak?

    ReplyDelete
  4. dah beli madi.hehe.tengah tunggu sampai umah ni.tak sabrrrr.haa

    ReplyDelete
  5. menang camera tu? makin berselfie dak Adi pasni.. heee

    ReplyDelete